Pulau Batu Puteh

wilayah sengketa di Asia Tenggara

Pulau Batu Puteh (bahasa Portugis: Pedra Branca) adalah pulau tunggul batu yang terletak di titik pertemuan Selat Singapura dengan Laut Cina Selatan. Mercu Suar Horsburgh di pulau ini dibangun pada tahun 1851 oleh pemerintah Inggeris atas izin Sultan Johor Darul Ta'zim pada ketika itu [1]. Pulau ini telah berada di bawah administrasi Singapura selama lebih dari satu abad hingga Malaysia menerbitkan peta yang menunjukkan Pedra Branca sebagai wilayahnya pada 21 Desember 1979. Singapura menyebutnya Pedra Branca ("batu putih" dalam bahasa Portugis), dan Malaysia sebagai Pulau Batu Putih (dalam Bahasa Melayu) atau ejaan lamanya Pulau Batu Puteh.

Pulau Batu Puteh {Pedra Branca)
Geografi
LokasiSouth China Sea
Koordinat1°19′48″N 104°24′27″E / 1.33000°N 104.40750°E / 1.33000; 104.40750
Luas8.560 m2 (92.100 sq ft) km2
Panjang137 m (449 ft) km
Lebar60 m (200 ft) (average) km
Pemerintahan
NegaraSingapore
Peta
detai dari "Map of Sumatra" tahun 1620 oleh Hessel Gerritz, seorang kartographer bekerja pada Hydrographic Service of the Dutch East India Company. lokasi dari "Pulau Batu Puteh (Pedrablanca)" (Pedra Branca) berada.

Walaupun berlaku pertentangan selama kurang lebih 29 tahun yang kemudian berakhir setelah Mahkamah Internasional memutuskan pada 23 Mei 2008 bahwa pulau tersebut diserahkan pada Singapura berdasarkan pertimbangan effectivity.

Versi Malaysia

Namun rakyat di selatan semenanjung Malaysia Barat terutamanya di negeri Johor Darul Ta'zim masih menganggap pulau tunggul batu ini masih lagi sebahgian dari kedaulatan mereka.

Baginda Sultan Johor ketika merasmikan pembukaan persidangan Dewan Undangan Negeri Johor pada 19 Jun, 2008 menegaskan bahawa pulau berkenaan bukan milik Singapura sebaliknya hak milik kerajaan Johor. [2]

"Suka beta ingatkan bahawa beta tidak lupa pada Pulau Batu Puteh. Pulau Batu Puteh bukan hak Singapura tetapi hak milik Johor. Sampai bila pun beta akan cari ikhtiar untuk mendapatkan semula pulau milik Johor itu," titah baginda.

referensi

  1. ^ "Islands 'part of Johor Sultanate'". New Straits Time. 14-11-2007. 
  2. ^ Perenggan 1. Sultan Johor Akan Ikhtiar Kembalikan Kedaulatan Pulau Batu Puteh Bernama. 19 Jun 2008.

Pranala luar

Malaysia

Singapura

Antarabangsa