Azlan Shah dari Perak
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah (19 April 1928 – 28 Mei 2014) merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kesembilan. Ia memerintah sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia dari tanggal 26 April 1989 hingga tanggal 25 April 1994. Ia merupakan Sultan Perak yang memerintah dari tanggal 3 Februari 1984 hingga kemangkatan nya pada 28 Mei 2014.
Azlan Shah | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Yang di-Pertuan Agong Malaysia Ke-9 Sultan Perak Darul Ridzuan Ke-33 ڤدوک سري سلطان ارسلان محب الدين شاه إبن المرحوم سلطان يوسف عزالدين شاه غفر الله له | |||||||||||||
Yang Dipertuan Agong Ke-9 | |||||||||||||
Berkuasa | 26 April 1989 – 25 April 1994 | ||||||||||||
Pendahulu | Baginda Al Mutawakkil Alallah Sultan Mahmud Iskandar Al Haj Ibni Al Marhum Sultan Haji Sir Ismail Al Khalidi | ||||||||||||
Penerus | Tuanku Ja'afar Ibni Al Marhum Tuanku Abdul Rahman | ||||||||||||
Sultan Perak Ke-33 | |||||||||||||
Berkuasa | 3 February 1984 – 28 Mei 2014 (30 tahun) | ||||||||||||
Pendahulu | Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah | ||||||||||||
Penerus | Sultan Nazrin Muizzuddin Shah | ||||||||||||
Ketua Hakim Negara Malaysia Ke-5 | |||||||||||||
Masa Jabatan | 12 November 1982 - 2 Februari 1984 (1 tahun) | ||||||||||||
Pendahulu | Tun Mohamed Suffian Mohamed Hashim | ||||||||||||
Penerus | Tun Salleh Abas | ||||||||||||
Kelahiran | Raja Azlan Shah 19 April 1928 Batu Gajah, Perak, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Malaya Britania | ||||||||||||
Kematian | 28 Mei 2014 Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur, Malaysia | (umur 86)||||||||||||
Pemakaman | 29 Mei 2014 | ||||||||||||
Pasangan | Tuanku Bainun Binti Mohamad Ali | ||||||||||||
Keturunan | Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Raja Dato’ Seri Azureen Raja Dato’ Seri Ashman Shah Raja Eleena Raja Yong Sofia | ||||||||||||
| |||||||||||||
Ayah | Sultan Yusuff Izzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil Karamatullah Nasiruddin Mukhataram Shah Radziallah Hu'an-Hu | ||||||||||||
Ibu | Paduka Bonda Raja Toh Puan Besar Hatijah binti Dato' Seri Amar Di Wangsa Ahmad | ||||||||||||
Agama | Islam Sunni | ||||||||||||
Pekerjaan | Pengacara, Hakim, Sultan |
Kelahiran
Raja Azlan Shah telah dilahirkan pada 19 April 1928, di Kampung Manggis, Batu Gajah, Perak, Malaysia. Beliau merupakan putra dari Sultan Yusuff Izzudin Shah Ghafarullahu-lah ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil Karamatullah Nasiruddin Muhtaram Shah Radziallah Hu'an-Hu dan Toh Puan Besar Hatijah binti Toh Indera Wangsa Ahmad.
Riwayat Pendidikan
- Belajar di Government English School, Batu Gajah, kini dinamai SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah, Perak. Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)
- Belajar bidang undang-undang di University of Nottingham, United Kingdom dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Undang-undang pada tahun 1953.
- 23 November 1954 sah menjadi ahli di dalam The English Bar oleh The Honorable Society of Lincoln’s lnn.
Ketua Hakim Negara
Pada 12 November 1982 , Raja Azlan Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah telah dilantik sebagai Ketua Hakim Negara ke-5 setelah Tun Mohamed Suffian Mohamed Hashim pensiun pada 12 November 1982. Baginda menerima surat perlantikan daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Ahmad Shah di Istana Tetamu, Kuala Lumpur. Turut hadir ialah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. Dari 1979-1982, baginda menjadi Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaysia.
Raja Muda Perak
Raja Azlan Shah telah dilantik sebagai Raja Muda Perak oleh ayahanda saudara baginda, Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah II pada 1 Juli 1983 setalah kemangkatan Raja Muda Musa II ibni Almarhum Sultan Abdul Aziz al-Mutasim Billah Shah ibni al-Marhum Raja Muda Musa I. 6am bulan kemudian, Sultan Idris Shah pun mangkat Raja Azlan Shah dilantik sebagai Sultan Perak yang ke-34 pada 3 Februari 1984. Pada Desemberer 1985, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah dilantik sebagai Sultan Perak ke-34 di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak, Malaysia. Tuanku Bainun binti Mohamad Ali juga dilantik sebagai Raja Permaisuri Perak. Semasa hidupnya, baginda menetap di Istana Kinta, Ipoh dan hanya pulang ke Istana Iskandariah, Kuala Kangsar apabila upacara resmi.
Sultan Perak
- 1 Juli 1983 Dewan Negara Perak memahkotakan baginda sebagai Raja Muda Perak. Ketika itu baginda masih lagi memegang jabatan sebagai Ketua Hakim Negara Malaysia.
- 3 Februari 1984 baginda mengundurkan diri dari jabatan Ketua Hakim Negara setelah dilantik menjadi Sultan Perak setalah kemangkatan Sultan ldris Shah.
- 3 Februari 1984 dinobatkan sebagai Sultan Perak ke-34. Upacara penobatan pada 9 Disember 1985 dinobatkan sebagai Sultan Perak secara resmi.
Meninggal Dunia
Sultan Azlan Shah mangkat pada 28 Mei 2014 jam 1:30 tengah hari di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur kerana sakit pada usia 86 tahun. Kemangkatan baginda, diumumkan secara rasmi pada 3:45 petang oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir cuti umum telah diumumkan di negeri Perak untuk 29 Mei supaya penduduk boleh memberi penghormatan terakhir kepada baginda akan disemayamkan di Balairong Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. mengumumkan bahawa bendera Malaysia diturunkan separuh tiang selama 7 hari, dan bendera Perak selama 100 hari. Di samping itu, "semua dunia hiburan dan perayaan" dibatalkan sebagai tanda penghormatan ke atas kemangkatan Sultan Perak. Jenazah Baginda dimakamkan bersebelahan pusara ayahanda saudara Baginda, Sultan Idris Shah di berdekatan dengan Masjid Diraja Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. selepas Solat Asar pada 29 Mei 2014 dan Baginda bergelar Marhum Al-Maghfur-lah.
Lihat pula
Gelar kebangsawanan | ||
---|---|---|
Didahului oleh: Sultan Iskandar |
Yang di-Pertuan Agong 26 April 1989 – 25 April 1994 |
Diteruskan oleh: Sultan Ja’afar |