Kerteh
artikel ini perlu dirapikan agar memenuhi standar Wikipedia. |
Kerteh ialah salah satu mukim yang terletak di negeri Terengganu. Kerteh di bangun dari hasi 'emas hitam' iaitu petroleum yang terdapat di dasar Laut China Selatan yang menghadap ke pantai Kerteh.
Kerteh menjadi salah satu kawasan terpenting di daerah Kemaman karena kepadatan penduduk dan juga fasilitas yang lengkap. Kerteh juga sering disebut sebagai "City of Light" di kalangan pelancong kerana deretan cahaya dari Kawasan Perindustian Petroleum Petronas yang menerangi kawasan Kerteh pada waktu malam.
Berbagai bentuk bangunan telah dibangunkan di Kerteh. Antaranya ialah Bandar Sri Kerteh, Lapangan Terbang Kerteh, Kawasan Perindustrian Petronas, Pelabuhan Kerteh, Loji Penapis Minyak Terengganu, Rantau Petronas, Sekolah Rantau Petronas, Rantau Mall Kerteh, Stadium Mini Kerteh, Klub Desa Rantau Petronas, Lapangan Golf, dan lain-lain. Rantau Petronas turut dibangunkan oleh PMINT. Terdapat banyak bangunan muncul di Kerteh seiring dengan pembangunan ECER di seluruh negeri Terengganu.
Asal-usul nama
- Dahulu kawasan Kerteh dipenuhi dengan air. Karena kawasan ini adalah kawasan rawa. Selepas itu, kawasan rawa ini kering dan bertukar menjadi daratan dan disebut 'kering kerotey' mengikuti dialek Terengganu. Akhirnya disebut Kerotey, Kretay, dan sekarang disebut Kerteh.
- Kisah seorang lelaki yang mempunyai istri bernama Cik Teh. Ketika mereka membuat Ruma, Cik Teh terpandang seekor kera lalu bertanya kepada suaminya. Lalu dijawab 'Kera Teh'. Dialog itu berubah menjadi 'Kerteh'.
Sejarah
Pada awalnya penduduk Kerteh bekerja sebagai nelayan, petani, dan pekerja kerajinan tangan. Nelayan secara kecil-kecilan dan untuk keperluan rumah saja. Mereka hanya menggunakan sampan sampan saja ketika menangkap ikan. Tampak kawasan Loji Penapis Minyak Terengganu asalnya ialah kawasan kebun kelapa.
- 1920-an : Telah berubah wujud menjadi industri pembuatan belacan, ikan kering dan budu. Perahu nelayan semakin besar dan belayar lebih jauh ke tengah laut.
Sebelum 1979, tidak ada siapapun yang singgah di Kerteh, Terengganu. Mulai 1979, pekerja Petronas mula mengukur tapak bagi pembuatan lapangan terbang baru, skim perumahan laluan saluran paip gas, dan stesen kajicuaca.
Antara pekerja Petronas terawal ialah Encik Wahab bin Abdul Rahman yang duduk di 'rumah putih'. Mereka menjumpai kesan tapak kaki babi, rusa, beruang, dan harimau ketika kerja-kerja ukur tanah. Jambatan yang merentangi sungai tidak ada ketika itu dan kaedah yang harus digunakan ialah berenang.
- 1960-an : Rumah-rumah kampung beratap rumbia atau zink
- 1970-an : Pantai Laut China Selatan sepanjang 225 km masih tenang dan kelihatan penyu mendarat dengan tenang.
- 1980-an : Perubahan cukup pesat di Kerteh. Istilah petroringgit, pelantar minyak, minyak mentah , gas petroleum cair digunakan.
Asal usul Kampung Labuhan, Kerteh ialah berasal daripada nama pelabuhan. Menurut orang tua yang lama menetap di situ, Pantai Ma'Daerah adalah kawasan pelabuhan penting ketika itu. Pada zaman dahulu kawasan Loji Penapisan Minyak Terengganu adalah ladang kelapa terbesar di daerah ini. Antara bukti pentingnya, ada terdapat satu perkampungan awal yang dinamakan Kampung Nyior Matir iaitu berhampiran loji yang ada sekarang ini yang mana penduduk asalnya dipindahkan ke Kampung Labuhan kerana kawasan itu adalah kawasan berhampiran loji. Penanaman kelapa bermula daripada Kampung Labohan sehinggalah di kawasan Stesen Janakuasa Elektrik Paka, merupakan salah sebuah ladang terbesar di Terengganu ketika itu. Produk utama ladang tersebut ialah kelapa kering. Hasil kelapa kering diekspot keluar negara melalui pelabuhan di Kampung Labuhan.