Internet

sistem global berupa jaringan komputer yang saling terhubung
Revisi sejak 4 April 2004 22.35 oleh Webkid~idwiki (bicara | kontrib) (+bg:)


Secara harafiah, internet (kependekan daripada perkataan 'inter-network') ialah rangkaian komputer yang berhubung menerusi beberapa rangkaian. Manakala Internet (huruf 'I' besar) ialah sistem komputer umum, yang berhubung secara global dan menggunakan TCP/IP sebagai protokol pertukaran paket(packet switching communication protocol). Rangkaian internet yang terbesar dinamakan Internet. Cara menghubungkan rangkaian dengan kaedah ini dinamakan internetworking.

Kemunculan Internet

Rangkaian pusat yang membentuk Internet bermula pada tahun 1969 sebagai ARPANET, yang dibangunkan oleh ARPA (United States Department of Defense Advanced Research Projects Agency). Beberapa penyelidikan awal yang disumbang oleh ARPANET termasuk kaedah rangkaian tanpa-pusat (decentralised network), teori queueing, dan kaedah pertukaran paket (packet switching).

Pada 01 Januari 1983, ARPANET menukar protokol rangkaian pusatnya, daripada NCP kepada TCP/IP. Ini merupakan permulaan Internet yang kita kenali hari ini.

Pada sekitar 1990-an, Internet telah berkembang dan merangkaikan kebanyakan daripada rangkaian-rangkaian komputer yang sedia ada.

Internet Hari Ini

Intenet dikuatkuasa oleh perjanjian bi- atau multilatera dan spesifikasi teknikal ( protokol yang menerangkan tentang perpindahan data antara rangkaian). Protokol-protokol ini disediakan berdasarkan perbincangan Pasukan Jurutera Internet(Internet Engineering Task Force), yang terbuka kepada umum. Badan ini mengeluarkan dokumen yang dikenali sebagai RFC (Request for Comments). Sebahagian daripada RFC dijadikan Piawaian Internet (Internet Standard), oleh Badan Arkitek Internet (Internet Architecture Board - IAB). Protokol-protokol internet yang sering diguna adalah seperti, IP, TCP, UDP, DNS, PPP, SLIP, ICMP, POP3, IMAP, SMTP, HTTP, HTTPS, SSH, Telnet, FTP, LDAP, dan SSL.

Beberapa perkhidmatan popular di internet yang menggunakan protokol di atas, ialah Emel, Usenet, Newsgroup, perkongsian fail (File Sharing), WWW (World Wide Web), Gopher, Capaian Sessi (Session Access), WAIS, finger, IRC, MUD, dan MUSH. Di antara semua ini, Emel dan World Wide Web lebih kerap digunakan, dan lebih banyak servis yang dibina berasaskannya, seperti Senarai Mel (Mailing List, dan Weblog. Internet memungkinkan adanya servis masa-benar (Real-time service), seperti web radio, dan webcast, yang boleh dicapai di seluruh dunia.

Beberapa servis Internet popular yang berdasarkan sistem Tertutup(?)(Proprietary System), adalah seperti IRC, ICQ, AIM, CDDB, dan Gnutella.

Budaya Internet

Jumlah pengguna Internet yang besar dan semakin berkembang, telah mewujudkan budaya internet. Internet juga mempunyai kesan yang besar ke atas ilmu, dan pandangan dunia. Dengan hanya berpandukan Enjin Pencarian seperti google, pengguna di merata dunia mempunyai capaian serta-merta kepada bermacam-macam maklumat. Berbanding dengan buku dan perpustakaan, Internet melambangkan penyebaran(decentralization) maklumat dan data secara ekstrim.

Isu Moral dan Undang-undang

Terdapat kebimbangan masyarakat tentang Internet yang berpunca daripada beberapa bahan kontroversi di dalamnya. Pelanggaran Hakcipta, bahan lucah, curian identiti, dan ucapan benci(?)(Hate speech), adalah biasa dan sukar hendak dijaga.

Kematian juga telah disalahkan ke atas Internet oleh sesetengah orang. Brandon Vedas meninggal dunia akibat pengambilan dadah yang melampau sambil rakan-rakan sembang IRCnya memberi semangat. Shawn Woolley bunuh diri kerana ketagihan dengan permainan online, Everquest. Brandes ditikam bunuh, dan dimakan oleh Armin Meiwes setelah menjawab iklan dalam internet.

Capaian Internet

Negara dengan capaian internet yang terbaik termasuk Korea Selatan (50% daripada penduduknya mempunyai capaian jalurlebar - Broadband), dan Swedia. Terdapat dua bentuk capaian internet yang umum, iaitu capaian dial-up, dan jalurlebar.

Penggunaan Internet di Tempat Awam

Internet juga semakin banyak digunakan di tempat awam. Beberapa tempat awam yang menyediakan perkhidmatan internet termasuk perpustakaan, dan internet cafe(juga disebut Cyber Cafe). Terdapat juga tempat awam yang menyediakan pusat capaian internet, seperti Internet Kiosk, Capaian Terminal awam (Public access Terminal), dan Telefon web.

Terdapat juga kedai yang menyediakan capaian wifi, seperti Wifi-cafe. Pengguna hanya perlu membawa Komputer(notebook), atau PDA, yang mempunyai kemampuan wifi untuk capaian internet.


Lihat pula: