Attila
[[Imej:Checa-HunCharge.jpg|right|thumb|300px|Huns, diketuai oleh Attila (kanan, hadapan), menunggang mesuk ke Itali.]] Attila the Hun (Ic. Atle, Atli; Ge. Etzel; c. 406–453) merupakan raja Huns terakhir dan paling berkuasa di Eropah. Dia memerintah empiri terbesar di Eropah masa itu, daripada tahun 434 sehingga kematiannya. Empirenya mengunjur dari Eropah tengah ke Laut Hitam dan dari sungai Danube ke Laut Baltic. Semasa pemerintahannya dia merupakan musuh ketat bagi Empire Rom Timur dan Barat: dia menceroboh Balkan sebanyak dua kali dan mengepong Constantinople dalam pencerobohan kedua. Dia bergerak melalui Perancis sejauh Orleans sebelum diundurkan dalam Pertempuran Chalons; dan dia mengusir maharaja barat Valentinian III daripada ibunegerinya di Ravenna pada tahun 452.
Walaupun empayarnya berkubur dengan kematiannya, dan dia tidak meninggalkan apa-apa warisan, dia menjadi lagenda dalam sejarah Eropah. Dalam kebanyakan Eropah Barat, dia diingati sebagai lambang kemuncak (epitome) kerakusan dan kekejaman. Sesetengah sejarawan menonjolkannya sebagai raja agung yang bangsawan, dan dia memainkan peranan penting sebagai salah satu dalam tiga saga Norse.