Lao Zi
Lao Tzu (Tionghoa:老子, pinyin:Lǎo Zǐ) merupakan ahli filsafat yang terpopuler dan juga merupakan pendiri Taoisme (Tionghua: 道教 atau 道家) kini. Riwayat hidup beliau tidak banyak terdapat dalam catatan historis, tetapi kewujudan beliau terbukti dalam catatan historis Tiongkok, Shiji.
Laozi (老子) | |
---|---|
Nama Tionghoa: | 老子 |
Pinyin: | Lǎo Zǐ, Laozi |
Wade-Giles: | Lao Tzu |
Ejaan lain: | Lao Tse, Laotse, Lao Tze, Laotze, Laozi |
Nama asli: | 李耳, Lǐ Ěr |
Nama sopan: | 伯陽, Bó Yáng |
Nama almarhum: | 聃, Dān |
Menurut kitab Shiji[[1]], (史記;pinyinShĭjì), nama aslinya Lier (李耳;pinyin:LĭĚr), nama sopanya Boyang (伯阳) dan nama almarhum kehormatannya Dan (聃). Terdapat segolongan sarjana mengatakan Boyang dan Dan adalah nama sopan beliau[[2]]. Laozi (SM570~SM470) [[3]], dilahirkan di Provinsi Ku(苦县), Chuguo (楚国), sekarang dikenali Provinsi Henan. Beliau merupakan ketua pustakawan Chuguo, Dinasti Zhou, masa kejawatannya, beliau banyak mendapat manfaat dengan membaca kitab-kitab serta catatan-catatan historis, sehingga beliau mencapai keinsafan wawasan.
Kemasyhuran beliau luas tersebar sehingga kenalan Kong Hu Cu. Menurut catatan Zhuangzi, Kong Hu Cu pernah berjumpa dengan Laozi untuk meminta ajar akan kesopanan [[4]]. Terdapat lukisan-lukisan berdasarkan kisah ini. Dengan ini, terdapat persangkaan Kong Hu Cu adalah lebih muda kurang lebih 20 tahun daripada Laozi. [[5]]. Menurut rujukan Zhuangzi [[6]] , kali pertama Kong Hu Cu berjumpa dengan Laozi pada usia 17 kemudiannya pada usia 34, perjumpaan ketiga berada di Xiangyi (相邑) serta semasa berusia 51 dan 66.
Pada waktu keruntuhan Dinasti Zhou, Laozi meletak jawatan dan meninggalkan negerinya dengan koaknya. Ketika beliau tiba di Kastam Hangu (函谷关), Guan Yixi (关尹喜) meminta beliau meninggalkan filsafat dalam bentuk tulisan. Atas permintaan Guan Yixi, Laozi meninggalkan dua karya yang berjudul Dao dan De sebelum meninggalkan Chuguo. Kedua-dua kitab digabungkan dan diperkenalan sebagai Daode Jing yang kepunyaan 5000 huruf Tionghua dalam 81 bab.
Argumen dan Legenda
Terdapat banyak legenda mengenai Laozi yang masih terlibat dalam argumen orang ramai. Argumen dan Legenda yang berkenalan adalah seperti berikut:
- Laozi berada dalam perut ibudanya selama 82 tahun dan dilahirkan dalam keadaan tua. Oleh itu digelarkan sebagai Laozi yang berarti Budak Tua.
- Laozi berusia 200 tahun
- Perjumpaan Kong Hu Cu dengan Laozi
Lihat pula:
Pranala luar (B.Tionghoa)
- Catatan Laozi dalam Shiji
- Pengkajian tempat lahir Laozi (老子诞生地考)
- Laozi dan Gunung Laozi
- Tokoh-tokoh Taoisme
- Laozi
- Diskusi tentang Laozi
- Pandangan Zhuangzi pada Kong Hu Cu
- Penemuan Daode Jing
- Rujukan
- Laman Laozi
- Budaya Taoisme
- Cerita semasa Laozi meninggalkan Chuguo
- Taoisme
- Asal unsur Taoisme
- Pemahaman tentang Agama Dao dan Daojia
- Kitab-kitab Taoisme
- Penerangan Daode Jing