Daode Jing (道德經,pinyin:Dàodé Jīng) merupakan sebuah ajaran Laozi yang berasal dari Taoisme. Atas permintaan Guan Yixi, Laozi meninggalkan dua karya yang berjudul De dan Dao (Judul pertama adalah "De" dan kedua adalah "Dao" ) sebelum meninggalkan Chuguo. Kedua-dua kitab digabungkan dan diperkenalan sebagai Daode Jing yang kepunyaan 5000 huruf Tionghua dalam 81 bab.

Huruf Daode Jing

Agama Dao merupakan ajaran-ajaran Laozi-Zhuangzi yang berkembang menjadi agama yang dipeluk banyak orang. Agama Dao mengandungi misteri untuk menjadi dewa, ia lebih bersifat kemanusiaan, ia berpotensi memenuhi keperluan rohaniah manusia. Dalam agama Dao, Laozi didewakan sebagai Taishanglaojun; kitab-kitab Daode Jing dan Zhuangzi menjadi kitab suci untuk dipelajari.

Daojia adalah pusat pengkajian filsafat dalam Daode Jing dan Zhuangzi, ia tidak mengandungi misteri dan tidak mendewakan apa-apa. Daojia digolongkan kepada tiga generasi iaitu “Daojia sebelum Qin” ”Qin-han Daojia” dan ”Wei-jin Daojia”. Selepas Wei-jin, Daojia tidak lagi wujud secara bersendirian tetapi diresap dalam Agama Dao dan diperkenalkan sebagai Taoisme kini.

Lihat pula

Pranala luar

Templat:Link FA