LGM-30 Minuteman

Revisi sejak 4 Agustus 2010 04.05 oleh Ailier (bicara | kontrib)

Minuteman I dan Minuteman II merupakan peluru kendali nuklir Amerika Serikat (ICBM) yang beroperasi dari 1960 sehingga 1997. Minuteman III operasional pada 1975 dan masih digunakan. USAF berencana pada 1998 untuk terus menggunakan Minuteman III sehingga 2025.)

LGM-30 Minuteman
LGM-30 Minuteman
LGM-30 Minuteman
Jenis Intercontinental ballistic missile
Sejarah pemakaian
Masa penggunaan 1962 (Minuteman I), 1965 (Minuteman II), 1970 (Minuteman III)
Digunakan oleh  Amerika Serikat
Sejarah produksi
Produsen Boeing
Biaya produksi $7,000,000
Spesifikasi
Berat 78,000 lb (35,300 kg)
Panjang 59 ft 9.5 in (18.2 m)
Diameter 5 ft 6 in (1.7 m) (1st stage)

Hulu ledak Nuclear W62, W78, or (2006-) W87

Jenis Mesin Three solid-propellant rocket motors; first stage - Thiokol TU-122 (M-55); second stage - Aerojet-General SR-19-AJ-1; third stage - Aerojet/Thiokol SR73-AJ/TC-1
Daya jelajah 8,100 miles (13,000 km)
Ketinggian terbang 700 miles (1,120 kilometers)
Kecepatan Approximately 15,000 mph (Mach 23, or 24,100 km/h, or 7 km/s) (terminal phase)
Sistem
pemandu
Inertial
Alat
peluncur
Silo

Inovasi dan risiko

Minuteman mempunyai dua inovasi yang memberikannya waktu operasional yang panjang dan berguna: roket pendorong berbahan bakar padat, dan komputer penerbangan digital.

Roket pendorong berbahan bakar padat menjadikan Minuteman dapat diluncurkan lebih cepat berbanding ICBM lain, yang menggunakan bahan bakar cair. Inovasi penting dalam bidang ini adalah penggunaan injap bagi melepaskan tekanan penguat, yang membenarkan kawalan berkesan pada penguat.

Sistem panduan inert "inertial guidance system" yang boleh program merupakan risiko utama dalam program asal. Apabila mula-mula dicadangkan, tiada orang yang pernah membina komputer digital yang muat dalam peluru berpandu. Program peluru berpandu meluncur supersonik SNARK telah gagal menghasilkan sistem sedemikian.

Berkas:Minuteman I Computer D-17.jpg
Komputer kendali Autonetics D-17 dari peluru berpandu Minuteman I.

Komputer digital amat penting kepada kelebihan ketepatan yang menjadikan senjata ini berkesan sepanjang perang dingin. Apabila Biro Pemetaan Pertahanan Amerika Serikat memetakan dengan lebih tepat jisim dalam Bumi, aturcara pemanduan inert boleh dikemaskinikan dan dimasukkan ke dalam peluru berpandu untuk menjadikan ia lebih tepat dengan mengambilkira sumber graviti tersebut.

Satu kelebihan lain yang mendorong pengurus projek menerima risiko penggunaan komputer, adalah komputer juga boleh digunakan untuk menguji peluru berpandu. Ini banyak dapat mengurangkan berat kabel dan sambungan.

Komputer penerbangan Minuteman I menggunakan cakera magnetik berputar untuk 4kB storan utama. Tidak seperti komputer moden, yang menggunakan hasil teknologi itu untuk storan kedua pada cakera keras, ini adalah ingatan komputer utama. Pada masa itu, ini adalah kaedah mudah dan kecil untuk menyimpan data, walaupun ia amat perlahan berbanding standard modern. Masa capaian purata 5ms adalah hampir 1000 kali lebih perlahan berbanding PC133 SDRAM yang biasa digunakan sebagai ingatan utama dalam komputer rumah sekitar tahun 2000. Storan cakera ini dianggap kebal sepenuhnya daripada letupan nuklear berhampiran, menjadikannya medium storan yang tepat, walaupun perlahan. Untuk mengatasi masalah kelajuan, kontraktor (Autonetics Division dari North American Aviation, yang menghasilkan komputer perdagangan kecil yang menggunakan cakera sebagai ingatan) telah menghasilkan aturcara khusus yang mengoptima simpanan arahan pada cakera untuk memberikan system pecutan kelajuan. Pelbagai pembangunan dan penggantian komputer selama ini telah menggantikan ingatan ini dengan ingatan teras magnetik dan akhirnya kepada ingatan semiconductor tahan radiasi.

Program Minuteman II adalah penting dari segi ekonomi kepada pembangunan litar bersepadu. Program Minuteman II merupakan sistem pertama dihasilkan secara pukal untuk komputer dibuat menggunakan litar bersepadu, dan program ini menggunakan kebanyakan dari litar sedemikian yang dihasilkan sepanjang 1962 sehingga 1967. Pelanggan utama lain bagi litar tersebut adalah komputer pemanduan program Apollo, yang mempunyai kekangan berat yang serupa.

 
Komputer kendalian peluru berpandu Minuteman III, dipamerkan di Muzium Udara dan Angkasa Kebangsaan "National Air and Space Museum" di Washington, DC

Pengaruh

Pengarang Thomas Pynchon bekerja sebagai penulis teknikal untuk unit sokongan lapangan bagi pelubu kendali Minuteman, sesuatu yang kemungkinannya terimbas dalam gambaran novelnya The Crying of Lot 49 dan Gravity's Rainbow.


Referensi

  • The Boeing Corporation (1973) Technical Order 21M-LGM30G-1-1: Minuteman Weapon System Description. Seattle: Boeing Aerospace. Contains basic weapon descriptions.
  • The Boeing Corporation (1973) Technical Order 21M-LGM30G-1-22: Minuteman Weapon System Operations. Seattle: Boeing Aerospace. Operators Manual.
  • The Boeing Corporation (1994) Technical Order 21M-LGM30G-2-1-7: Organizational Maintenance Control, Minuteman Weapon System. Seattle: Boeing Aerospace. Operators Manual.
  • Lloyd, A. (2000) Cold War Legacy: A Tribute to the Strategic Air Command: 1946-1992. New York: Turner Publishing.
  • Neal, Roy. (1962) Ace in the Hole: The Story of the Minuteman Missile. New York: Doubleday & Company. Library of Congress Catalog Card Number 62-7665.
  • Zuckerman, E. (1984) The Day after World War III. New York: Viking Press.

Pranala luar

Foto galeri