Bahasa Melayu Sarawak
Bahasa Melayu Sarawak (Dialek Sarawak: Klakar Sarawak (Berbahasa Sarawak), Jawi: بهاس ملايو سراوق) merupakan logat Melayu yang dipertuturkan oleh suku melayu di Negara Bagian Sarawak, Malaysia (Kecuali di kawasan Limbang serta Lawas yang menuturkan Bahasa Melayu Brunei). Bahasa ini juga berperanan sebagai Lingua Franca di Sarawak. Ia banyak dipengaruhi oleh Bahasa Dayak, Bahasa Iban, Bahasa Banjar, Bahasa Jawa, serta Bahasa-Bahasa yang dipertuturkan di Filipina. Bahasa ini mempunyai persamaan dengan Bahasa Melayu Brunei serta Bahasa Melayu Pontianak yang dipertuturkan di kawasan berhampiran, berbanding dengan Bahasa Melayu Basahan yang digunakan di Semenanjung Malaya.
Bahasa Melayu Sarawak
بهاس ملايو سراوق | |||||
---|---|---|---|---|---|
Dituturkan di | Malaysia | ||||
Wilayah | Sarawak | ||||
Penutur | 500.000 - 600.000 penutur asli total 2.4 juta | ||||
Kode bahasa | |||||
ISO 639-3 | – | ||||
LINGUIST List | zlm-sar | ||||
Portal Bahasa | |||||
Bahasa Melayu Sarawak boleh dibahagikan kepada beberapa sub-dialek, antaranya Dialek Kuching, Miri, Sri Aman, Kota Samarahan, Bintulu dan Sibu. Bahasa Melayu yang dipetuturkan di Kuching yang terletak di selatan Sarawak berkerabat dengan Bahasa Melayu Memperawah serta Pontianak, dialek Miri yang berada di utara Sarawak mempunyai pengaruh Bahasa Melayu Brunei berikutan kedudukan geografis yang bersempadan dengan Negara Brunei Darussalam, manakala dialek Sri Aman mempunyai pengaruh Bahasa Banjar.
Contoh perbedaan perkataan
Antara perbedaan perkataan antara Bahasa Melayu standar dan bahasa Melayu Sarawak:
Bahasa Melayu Sarawak | Bahasa Melayu Standar |
---|---|
Kamek | Saya |
Kitak | Kamu |
Nya | Dia |
Aok/Auk | Iya |
Sik | Tidak/Tak |
Sik Ada | Tidak Ada |
Kenak | Kenapa |
Sitok | Sini |
Sinun | Sana |
Sia | Sine |
Ne | Mana |
Madah | Mengadu / Beritahu |
Kelakar | Berbicara / berbincang |
Sidaknya | Mereka |
Sidak | Orang |
Empun | Punya |
Kinektok | Sekarang |
Dudi | Kemudian |
Ya | Itu |
Ari Marek | Kemarin |
Ari Ya | Hari Itu |
Contoh perbedaan ayat
Bahasa Melayu Sarawak | Bahasa Melayu Standar |
---|---|
Sine rumah kitak? | Di manakah rumah kamu? |
Nak ne rumah kitak? | Yang mana satu rumah kamu? |
Kamek dari Kuching. | Saya dari Kuching. |
Nya tetak nangga Awang gugok/terusuk ke dalam parit. | Dia ketawa apabila melihat Awang terjatuh ke dalam parit. |
Pusak tok kamek empun/mpun! | Kucing ini milik saya! |
Kamek sik kerja hari tok. | Saya tidak bekerja hari ini. |
Nenek kamek polah bubur | Nenek saya membuat bubur |
Pranala luar
- (Melayu) Puteri Santubung, Lagu Rakyat Sarawak di Youtube Media
- (Melayu) Bahasa Melayu Sarawak di Facebook
- (Melayu) Mari Kelakar Sarawak!
- (Melayu) Jom Belajar Bahasa Sarawak
- (Inggris) Sarawak Malay Language