Universitas Putra Malaysia

universitas di Malaysia

Universiti Putra Malaysia (UPM) telah ditubuhkan pada tahun 1971, sebagai Universiti Pertanian Malaysia, melalui penggabungan antara Fakulti Pertanian, Universiti Malaya dan Kolej Pertanian Malaya Serdang. Universiti ini bermula dengan tiga buah fakulti iaitu Pertanian, Perhutanan dan Kedoktoran Veterinar dan Sains Peternakan dan terus kekal sebagai sebuah universiti tradisional yang memberikan tumpuan terutama kepada pendidikan ijazah pertama, penyelidikan dalam bidang pertanian dan bidang yang berkaitan. Walaubagaimanapun, pada awal tahun 80-an, UPM telah memperluaskan bidang tumpuannya dengan memasukkan bidang Sains dan Teknologi (S&T).

Pada tahun 1994, UPM memulakan satu rancangan yang bercita- cita tinggi untuk membina Universiti Masa Hadapan yang menyediakan sistem-sistem penyampaian yang lebih baik dan terkini dalam pendidikan sains dan teknologi dengan memanfaatkan bidang teknologi maklumat (IT) yang sedang pesat berkembang. UPM telah bertukar dengan pesatnya menjadi kampus tanpa sempadan yang melampaui sempadan kebangsaan.

Kemuncak dari itu ialah dengan penukaran nama Universiti Pertanian Malaysia kepada Universiti Putra Malaysia pada 3 April 1997 oleh YAB Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad. la adalah merupakan satu langkah strategik untuk mencerminkan kedudukan UPM sebagai sebuah pusat pengajian tinggi yang berupaya menawarkan pelbagai program pengajian bagi menghadapi alaf baru pembangunan masa hadapan negara.

Pembangunan

Universiti Putra Malaysia memulakan program akademiknya pada bulan Julai 1973 dengan tiga fakulti asas iaitu Fakulti Pertanian, Fakulti Perhutanan, Fakulti Kedoktoran Veterinar dan juga Bahagian Sains Asasi. Pada ketika itu bilangan mahasiswanya berjumlah hanya 1,559 orang dan antara mereka mengikuti program-program Bacelor Sains Pertanian, Bacelor Sains Perhutanan, Doktor Perubatan Veterinar, Diploma Pertanian, Diploma Teknologi Rumahtangga, Diploma Sains Peternakan, Diploma Sains dengan Pendidikan dan Program Pendahuluan. Kini UPM menawarkan 73 program Bacelor, 8 program Diploma termasuk program-program diploma yang ditawarkan di Kampus UPM Cawangan Bintulu dan 12 program pengajian siswazah di peringkat sarjana (M.Sc./M.A.) dan Doktor Falsafah (Ph.D.). Setakat ini Universiti Putra Malaysia mempunyai 15 Fakulti, 8 Pusat, 6 Institut, 2 sekolah, 2 Akademi, sebuah Taman dan sebuah kampus cawangan iaitu :

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Fakulti Ekologi Manusia
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Fakulti Kejuruteraan
Fakulti Pengajian Pendidikan
Fakulti Perhutanan
Fakulti Pertanian
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Fakulti Perubatan Veterinar
Fakulti Rekabentuk dan Senibina
Fakulti Sains dan Pengajian Alam Sekitar
Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat
Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi
Fakulti Sains Pertanian dan Makanan (Kampus Bintulu)
Fakulti Sains Sosial dan Pengurusan (Kampus Bintulu)


Pusat Islam
Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Pusat Pemajuan Profesional (PACE)
Pusat Pembangunan Akademik
Pusat Pembangunan Perniagaan
Pusat Pendidikan Luar
Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC)
Pusat Perkhidmatan Kerjaya dan Alumni


Institut Biosains
Institut Gerontologi
Institut Multimedia
Institut Pengajian Komuniti dan Keamanan (PEKKA)
Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM)
Institut Teknologi Maju (ITMA)


Taman Pertanian Universiti
Sekolah Pengajian Siswazah
Sekolah Pengajian Siswazah Pengurusan

Akademi Hutan Hujan
Akademi Sukan
UPM Kampus Bintulu Sarawak

Pautan luar

http://www.upm.edu.my/


Templat:Universiti di Malaysia