KOMUNIKASI DATA

Pengenalan

Komunikasi ~ pertukaran maklumat antara 2 individu menggunakan set simbol, petunjuk @ kelakuan yg sama. Komunikasi juga bermaksud berkongsi maklumat sama ada secara setempat (local) contohnya: - Komunikasi setempat ~ muka-ke-muka - Komunikasi jauh ~ melalui jarak yang jauh - Data ~ nomor, huruf atau simbol yang boleh di proses oleh komputer. Fakta

mentah sebelum diproses. -Dalam komputer, data diwakili oleh digit perduaan (0s dan 1s) ~ binary

information units (bits)

-Maklumat ~ dalam bentuk data, suara, imej, aksara dan kod yang telah diproses

dalam bentuk yang boleh digunakan dan difahami oleh penerima.

_ Kod ~ sebarang mesej yg boleh dibaca dan mempunyai maksud dan difahami oleh pengguna akhir (sama ada mesin atau manusia). Definisi Komunikasi Data _ Komunikasi data ~ pertukaran data (dlm bentuk 1s dan 0s) di antara 2 peranti (dari satu titik ke titik lain) melalui media komunikasi data seperti talian telefon. _ Rangkaian komunikasi data ~ terdiri drpd semua komputer dan peranti yg diperlukan utk berkomunikasi antara satu sama lain. _ Telekomunikasi ~ pertukaran maklumat melalui jarak tertentu dgn menggunakan perkakasan elektronik utk penghantaran, e.g. telefon, telegraf, tv. Ciri-ciri Penting Keberkesanan Komunikasi Data _ Penyerahan (delivery) – Data mesti dihantar ke destinasi yg betul dan diterima oleh peranti atau pengguna yg betul sahaja. _ Kejituan (accuracy) – Sistem mestilah menyerahkan data secara jitu. Data yg telah diubah atau rosak semasa penghantaran dan tidak diperbaiki tidak dapat digunakan. _ Menepati masa (timeliness) – Sistem mestilah menyerahkan data mengikut masa yg telah ditetapkan. Data yg diserahkan lewat tidak berguna. Komponen Komunikasi Data _ Mesej – maklumat atau data utk berkomunikasi. _ Pengirim – peranti yg menghantar mesej. _ Penerima – peranti yg menerima mesej. _ Media – laluan fizikal di mana mesej bergerak dari pengirim ke penerima. _ Protokol – set peraturan yang meliputi komunikasi data. Protokol _ Set peraturan yang merangkumi penyelarasan perhubungan dalam komunikasi data. _ Ia mewakili persetujuan antara peranti yg berkomunikasi _ Persetujuan ini termasuklah:- – Jenis data (kod, bahasa, format, saiz, dll.) – Jenis media (kabel sepaksi, pasangan terpiuh, gentian optik, gelombang) – Kelajuan penghantaran _ Protokol ialah bagaimana data (bit) boleh ditukarkan antara 2 peranti. Aplikasi Komunikasi Data _ Pemasaran & jualan _ Perkhidmatan bank _ Perkilangan / Pengeluaran _ Mesej elektronik _ Perkhidmatan direktori & perkhidmatan maklumat _ Electronic data interchange (EDI) _ Teleconferencing _ Cellular telephones _ Electronic commerce (e-commerce) Rangkaian Komputer _ Rangkaian ~ set peranti (dikenali sbg nod) yg dihubungkan oleh pautan (link) media utk membentuk laluan data di mana maklumat boleh dikongsi. _ Nod ~ komputer, pencetak atau peranti yg boleh menghantara dan menerima data yg dikeluarkan oleh nod lain dalam rangkaian. _ Pautan (link) ~ di kenali juga sbg saluran komunikasi, merupakan hubungan fizikal antara 2 nod. _ Saluran (path) ~ saluran di mana data bergerak RANGKAIAN KAWASAN SETEMPAT Pengenalan _ Rangkaian komputer ~ satu perhubungan di antara beberapa set peranti (nod) melalui pautan (link) media untuk membentuk laluan data di mana maklumat boleh dikongsi dan bertukar2. _ Rangkaian Komputer boleh dikategorikan kepada:- – Local Area Network (LAN) – Metropolitan Area Network (MAN) – Wide Area Network (WAN) – Internetworks (internet) MAN _ Rangkaian yg merentangi kawasan geografi bersaiz sebuah bandar. _ Ia berkemungkinan satu rangkaian seperti rangkaian kabel TV (ASTRO), atau menghubungkan beberapa LANs menjadi rangkaian yg besar supaya semua sumber boleh dikongsi antara LAN dan juga antara peranti. _ Contoh: syarikat telefon tempatan (Telekom) WAN _ Rangkaian yg menggunakan teknologi utk merentangi kawasan geografi dgn jarak yang luas. _ Ia menyediakan penghantaran data, suara, imej, video utk jarak jauh melalui kawasan geografi yg luas meliputi negara, benua, atau seluruh dunia. _ WAN yg dipunyai dan digunakan sendiri oleh satu syarikat dikenali sebagai enterprise network. internet vs. Internet _ internet ~ koleksi rangkaian yg dihubungkan oleh peranti rangkaian saling tindak seperti routers atau gateways. _ Internet ~ internet secara keseluruhan @ global yg menggunakan TCP/IP protocol suite (specific worldwide network). LAN _ LAN ~ sistem komunikasi data yg membenarkan beberapa peranti berkomunikasi di antara satu sama lain dalam kawasan geografi yang terhad (dalam sebuah bangunan atau antara bangunan berdekatan). _ Ia selalunya dimiliki, digunakan dan ditadbirkan oleh organisasi persendirian. _ Ia digunakan dengan meluas utk menyambungkan PC dan w/s di rumah, pejabat2, kilang2 utk berkongsi sumber2 dan bertukar2 maklumat. _ Sumber2 yg dikongsi termasuklah perkakasan (pencetak, pc), perisian atau data. Ciri-ciri LAN _ LAN boleh dibezakan dengan lain-lain jenis rangkaian mengikut saiz, teknologi transmisi dan topologi. _ LAN terhad dari segi saiz. _ Biasanya, LAN mempunyai kadar data di antara 4 – 100 Mbps, tetapi kini LAN boleh beroperasi pada tahap kelajuan yang tinggi sehingga melebihi gigabits/saat. _ Berbagai topologi juga terdapat di dlm LAN, dan yang paling sering digunakan adalah bus, bintang dan cincin. Topologi _ Topologi ~ merujuk kepada bagaimana rangkaian ditunjukkan sama ada secara fizikal atau logikal. _ Topologi rangkaian merupakan perwakilan geometri hubungan semua talian dan peranti di antara satu sama lain. _ Ia menyatakan bentuk susunan komputer atau menunjukkan bagaimana nod rangkaian dihubungkan bersama. _ Contoh: mesh, star, bus, ring, wireless. _ Topologi Bas atau Linear Bas (Bus or Linear Bus) _ Topologi Bintang (Star) _ Topologi Gelang Token (Token Ring) atau Bintang Cecincin (Star-Wired Ring) _ Topologi Pepohon (Tree) _ Topologi Hierarki Mod Transmisi _ Arah isyarat mengalir di antara 2 peranti yg berhubung. _ 3 jeni mod transmisi: – Simplex – Half-duplex – Full-duplex Simplex _ Komunikasi berlaku dalam satu arah. Data transmisi mengalir mengikut satu arah sahaja pada setiap masa. _ Hanya satu sahaja drp 2 nod yg berhubung boleh menghantar isyarat, manakala satu nod lagi hanya boleh menerima isyarat. _ Contoh: – Papan kekunci piawai ~ hanya boleh menghantar data – Standard Monitor ~ hanya boleh menerima data – Radio, TV Half Duplex _ Juga dikenali sbg komunikasi 2-talian (2-wire communications). _ Setiap nod boleh menghantar dan menerima isyarat; TETAPI bukan dalam masa yang sama. _ Data boleh bergerak dalam dua arah tetapi pada satu arah dalam satu masa. _ Apabila satu peranti menghantar, peranti lain hanya boleh menerima. _ Contoh – walkie-talkie ~ hanya seorang boleh bercakap pd satu masa. Full Duplex _ Juga dikenali sbg “duplex”; komunikasi 4-talian (4-wire communication). _ Kedua2 stesen boleh menghantar dan menerima isyarat serentak. _ Ia membenarkan data mengalir dalam mana-mana arah pada masa yg sama. _ Contoh: – Telefon ~ 2 orang boleh bercakap dan mendengar pada masa yg sama