Orang Indo
Templat:Etnik [[Imej:IMG_0021.jpeg|thumb|right|Pemain bola sepak Belanda, Johnny Heitinga, moyangnya berketurunan Melayu (dari Indonesia) dan mempunyai gene Eropah yang kuat.]] Melayu Eropah (Bahasa Inggeris: Euromalays) adalah seorang yang berkacukan darah Melayu dan Eropah, ataupun seorang berketurunan Eropah yang diasuh oleh keluarga Melayu.
Sejarah
Zaman Penjajah Belanda dan United Kingdom di Nusantara Melayu
Semenjak Jajahan Belanda dan United Kingdom, menarik perhatian banyak penduduk Eropah, bukan hanya dari Belanda dan United Kingdom sahaja, tetapi juga dari Jerman dan Amerika Syarikat ke Nusantara Melayu - kebanyakannya kerana usaha perniagaan dan perdagangan. Banyak di antara mereka ingin mengetahui adat-istiadat Melayu dan minat pada budaya mereka. Oleh kerana itu, banyak diantara mereka mengahwini bangsa Melayu - dan anak mereka dikenali sebagai Melayu Eropah. Di antara Melayu Eropah yang mengahwini orang Eropah, rupa anak mereka kelebihan pada bangsa Eropah, dan oleh kerana itu susah untuk diketahui sama ada mereka mempunyai darah Melayu atau tidak. Contohnya seorang anak Melayu Eropah pada masa dahulu dengan darah Eropah yang kuat ialah Maria Hertogh pada zaman 1950-an. Akan tetapi, suami isteri berkahwin campur dan anak mereka tidak dilayani dengan begitu baik disebabkan masalah perkauman pada tempoh abad ke-15 hingga 1970-an - sama ada di Eropah atau di Asia. Untuk menghadapi masalah ini, mereka berlagak seperti Orang Barat dengan memakai pakaian dan mengamalkan cara-cara mereka, tetapi juga menjaga adat-istiadat Melayu secara sulit.
Perang Dunia Kedua
Pada perang dunia kedua, nasib Melayu kacukan (sama ada Melayu Eropah atau Melayu Serani) buruk pada yang tinggal di benua Eropah dan Asia. Di Eropah, tentera Nazi Jerman telah menakluki banyak negara di Eropah. Masalahnya mereka berpegang teguh kepada konsep fascist "Aryan" asli atau darah Eropah asli) sebagai golongan manusia yang berhak untuk tinggal di negara mereka sendiri dan bukannya yang lain (seperti bangsa Yahudi dan Gypsy). Hidup mereka yang bukan darah Eropah asli dalam keadaan bahaya kerana mereka dihantar ke kem tahanan (disebabkan perselisihan kaum di benua tersebut), dan dari situ, mereka dibunuh - sama ada berada di dalam bilik gas atau tembakan. Di Asia, tentera Jepun amat kejam pada rakyat yang mereka menjajah, tetapi kebanyakannya yang terkena adalah bangsa Eropah dan ada kacukan Eropah (selain dari bangsa Cina). Banyak di antara mereka yang dapat melarikan diri, pergi ke negara-negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom (salah satu negara Eropah yang tidak ditakluki tentera Nazi), Australia (mengabaikan pada polisi perkauman- White Australia Policy), New Zealand dan Kanada di mana mereka dapat diterima sebagai pelarian dari peperangan.
Perjuangan kemerdekaan Indonesia (1945-1949)
Selepas akhirnya perang dua kedua, Indonesia dipulangkan ke jajahan Belanda. Pada tahun yang sama, rakyat Indonesia memberontak terhadap jajahan Belanda. Pemberontakan demi kemerdakaan mereka (seperti ditayangkan dalam wayang 1980an Minangkabau Indonesia Dibawah Lindungan Ka'bah) mempunyai banyak tumpahan darah disebabkan tembakan tentera Belanda dengan senjata dan kemahiran mereka yang lebih maju. Oleh kerana perasaan benci terhadap kekejaman penjajah Belanda, mereka akan menyerang sesiapa sahaja yang merupai Eropah (disangkakan semua orang Belanda) di Indonesia. Orang Melayu Eropah dan Serani merasa takut dan banyak yang melarikan diri ke koloni jajahan British - Malaysia dan Singapura. Walaubagaimanapun, lebih banyak yang pergi ke Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Belanda, Belgium, Jerman dan Australia untuk kehidupan baru mereka dengan lebih banyak peluang pekerjaan dan pelajaran yang lebih tinggi. Belanda refuse untuk mengenali kemerdekaan Indonesia sehingga tahun 1949.
Melayu Eropah Terkini
Sekarang, masyarakat Melayu Eropah berada hampir di merata-rata dunia. Walaupun ibu atau bapa mereka berketurunan Eropah yang berlainan (iaitu Scottish, Inggeris, Jerman, Belanda, Sepanyol, Portugis, Turki dan lain-lain)
Selebritis Mark-Paul Gosselaar, Johnny Heitinga, Maya Karin, Sarimah Ibrahim, Azlan Iskandar, Anneke Gronloh dan banyak lagi.