Di Bawah Lindungan Ka'bah

Revisi sejak 15 Desember 2006 22.33 oleh Borgx (bicara | kontrib) (~kat)

Dibawah Lindungan Ka'bah (1980-an) adalah sebuah filem Indonesia, yang berasas pada karya Hamka, berceritakan mengenai pemberontakan orang Sumatra Barat (Minangkabau) terhadap jajahan Belanda pada zaman 1940-an. Templat:Spoiler Ini disebabkan ketidakadilan Belanda terhadap rakyat Indonesia kerana tidak membenarkan mereka untuk bersuara dan menegakkan kebenaran mengenai penjajah Belanda (bukan membuang) dan kedudukan rakyat tempatan, seperti diceritakan di masjid oleh ahli ulama. Pada mulanya di filem ini, seorang ahli ulama hanya berceramah tentang menegak kebenaran untuk orang tempatan bersatu dan menolong sesama sendiri untuk menjadi kaum yang maju dan pada waktu yang sama beriman kepada Allah. Mereka tidak berpolitik. Ini pun, pihak Belanda salah anggap katanya dan menangkap seorang ahli ulama tersebut, membawanya ke mahkamah dan kemudian memasukinya ke dalam penjara. Ini membuat orang tempatan Sumatra Barat benci terhadap pihak Belanda yang tidak berhati perut. Filem ini juga menceritakan tentang sepasang suami isteri Minangkabau Muslim di Padang. Dalam Islam, seorang suami yang bersoleh berhak untuk menjaga isterinya. Akan tetapi, si suami dalam filem ini memikirkan dengan mendera dan sentiasa mengawal gerak-geri isterinya, dan kalau dapat, menderanya berhabis-habisan untuk melepaskan marah sebagai cara benar dalam Islam. Isterinya tidak berbuat dosa dengan suaminya dan juga menurut agama Islam. Dia hanya mahu menjadi seorang wanita yang mempunyai hidup sendiri. Si isteri ingin meminta cerai kerana ditindas dan menyelesaikan masalah ini. Akan tetapi nampaknya, ulama di kampungnya tidak mengambil berat terhadap keadaannya dan biar dia hidup sengsara dan menyokong pendapat suaminya. Wanita ini merasa bahawa Islam menindas kaum wanita, lalu ingin meninggalkan amal ibadah dan keluar dari ajaran agama Islam. Tetapi dia tidak jadi membuat demikian selepas permintaan cerainya diterima oleh mahkamah Syariah di Padang. Wanita yang telah cerai ini bersemangat kuat, berkarisma dan bersambung untuk menegakkan ajaran agama Islamnya dan bangsa Indonesianya - walaupun ditindas oleh pihak penjajah Belanda. Sementara itu, banyak di antara masyarakat Minangkabau berterusan untuk berjuang. Apakah hasilnya dengan perjuangan ini terhadap ketidakadilan Belanda pada orang Sumtra Barat? Saksikannya...

Pelakon utama