Portal:Geografi
MASJID-MASJID YANG BERSEJARAH DI SEKITAR MAKKAH
MASJID ABU BAKAR AS SIDDIQ Masjid Abu Bakar Al-Siddiq terletak di sebelah selatan dari Masjidil Haram, di Kampung Masfalah iaitu berdekatan dengan ‘Bazan’ (tempat air) di Kubbah. Menurut sejarah tempat ini asal mulanya ialah rumah kediaman Khalifah Abu Bakar Al-Siddiq. Ketika Rasulullah hendak berhijrah ke Yathrib (Madinah), baginda singgah dulu di sana dan kemudian bersama-sama dengan Abu Bakar AlSiddiq berangkat dari tempat tersebut menuju ke Madinah. Tempat ini juga merupakan tempat lahir Ummul Mukminin, Siti Aisyah.
MASJID KAUTHAR
Masjid ini terletak berdekatan dengan Jumratul Ula di Mina. Ia dinamakan Masjid Kauthar kerana Rasulullah S.A.W menerima wahyu Surah Al-Kauthar di Masjid tersebut. Sempena dengan itu maka Masjid berkenaan di namakan masjid Kauthar.
MASJID KHAIF (MASJID MINA) Masjid ini terletak di Mina dan dikenali dengan nama Masjid Khalif. Ditengah-tengah Masjid ini terdapat suatu Kubah yang diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad S.W.A pernah bermalam di tempat tersebut ketika beliau mengerjakan haji. Masjid ini termasuk diantara masjid-masjid yang tertua. Menurut riwayat dari Ibnu Abbas katanya bersabda rasulullah S.A.W bahawa telah bersembahyang di Majid ini tujuh puluh Nabi. Diantaranya Nabi Allah Musa AS. Menurut riwayat, masjid ini telah wujud sebelum Ugama Islam lahir.
MASJID NAMIRAH
Masjid ini terletak ditenga-tengah Padang Arafah. Masjid ini dinamakan Masjid Namirah, kerana mengambil mengabdikan dirinya sebagai penjaga masjid tersebut. Setelah beliau meninggal dunia, beliau dimakamkan berdekatan dengan masjid tersebut.