Muhammad Hasbi Ash-Shiddieqy

Profesor Doktor Teungku Muhammad Hasbi Ash Shiddieqy 10 Maret 1904 – 9 Desember 1975. Ayahnya Teungku Qadhi Chik Maharaja Mangkubumi Husien ibn Muhammad Su’ud, adalah seorang ulama’ terkenal di kampungnya dan mempunyai sebuah pondok. Ibunya Teungku Amrah binti Teungku Chik Maharaja Mangkubumi Abdul Aziz , merupakan anak seorang Qadi Kesultanan Acheh ketika itu. Menurut salasilah, Hasbi ash Shiddieqy adalah berketurunan Abu Bakar al-Shiddiq (573-13/634M) iaitu khalifah yang pertama. Beliua merupakan generasi ke 37 dari Abu Bakar al-Shiddiq yang meletakkan gelaran ash Shiddieqy diakhir namanya.

Muhammad Hasbi Ash-Shiddieqy
LahirIslam
10 Maret 1904
Lhokseumawe
Meninggal1975

Pendidikan

Prof. Dr. Teungku Muhammad Hasbi ash Shiddieqy mula mendapat pendidikan awalnya di pondok pengajian milik bapanya. Beliau menuntut ilmu di pelbagai pondok pengajian dari stu kota ke kota yang lain selama 20 tahun.Beliau mempelajari bahasa Arab daripada gurunya yang bernama Syeikh Muhammad ibn Salim al-Kalali, seorang ulama’ berbangsa Arab. Pada tahun 1926 T.M Hasbi ash Shiddieqy berangkat ke Surabaya dan melanjutkan pelajarannya di Madrasah al-Irsyad iaitu sebuah organisasi keagamaan yang didirikan oleh Syeikh Ahmad Soorkati (1874-1943), seorang ulama’ yang berasal dari Sudan . Di Madrasah al-Irsyad Hasbi ash Shiddieqy mengambil takhassus dalam bidang pendidikan selama 2 tahun. Pengajiannya di al-Irsyad dan gurunya Ahmad Soorkati banyak memberi didikan ke arah pembentukan pemikiran moden. Beliau juga pernah menuntut di Timur Tengah.

Karya

Koleksi Hadis-hadis Hukum, 9 Jilid .

2. Mutiara Hadis 1 (Keimanan).

3. Mutiara Hadis 2 (Thaharah & Shalat).

4. Mutiara Hadis 3 (Shalat).

5. Mutiara Hadis 4 (Jenazah, Zakat, Puasa, Iktikaf & Haji).

6. Mutiara Hadis 5 (Nikah & Hukum Keluarga, Perbudakan, Jual Beli, Nazar & Sumpah, Pidana & Peradilan, Jihad).

7. Sejarah dan Pengantar Ilmu Alquran dan Tafsir Teungku Muhammad Hasbi ash-Shiddieqy.

8. Islam dan HAM (Hak Asasi Manusia): Dokumenter Politik Pokok-pokok Pikiran Partai Islam dalam Sidang Konsituante 4 Februari 1958.

9. Sejarah Pengantar Ilmu Hadis.

10. Sejarah dan Pengantar Ilmu Tafsir.

11. Kriteria Antara Sunnah dan Bid‘ah.

12. Tafsir Alquran al-Madjied-An-Nur.

13. Pedoman Haji, (Cetakan ke-9, Edisi ke-2).

Bacaan Lebih Lanjut:

Sumber