Katafrak
Katafrak adalah jenis kavaleri berat berzirah yang dikerahkan dalam peperangan kuno oleh sejumlah pasukan di Eurasia Barat dan Stepa Eurasia. Istilah Katafrak berasal dari bahasa Yunani κατάφρακτος (Kataphraktos; plural: κατάφρακτοι Kataphraktoi), secara harfiah bermakna "berzirah" atau "sepenuhnya tertutup". Katafrak merupakan prajurit berkuda yang berzirah berat, dengan penunggang maupun tunggangannya dilindungi hampir seluruh badannya oleh zirah sisik. Katafrak biasanya dilengkapi dengan tombak kontos atau ganjur sebagai senjata .
Katafrak bertugas sebagai kavaleri elit atau pasukan penyerang bagi sebagian besar kekaisaran dan bangsa yang mengerahkan mereka, terutama digunakan untuk gebrakan keras untuk menerobos formasi infantri. Katafrak banyak diceritakan oleh banyak sejarawan sejak Zaman Antikuitas hingga Abad Pertengahan Tinggi. Beberapa pendapat menyatakan bahwa katafrak merupakan asal usul dari Zaman Feodalisme di Eropa. Selain itu, melalui kontak dengan Kekaisaran Bizantium, katafrak juga memicu munculnya kavaleri berat mirip katafrak di Eropa, yaitu Kesatria dan Palladin.[1]
Negara dan bangsa yang terkenal pernah menggunakan katafrak dalam peperangannya antara lain Skythia, Kekaisaran Assyria Baru, Sarmatia, Kekaisaran Akhemeniyah, Saka, Armenia, Kekaisaran Seleukia, Pergamon, Kekaisaran Parthia, Kekaisaran Sassaniyah, Kekaisaran Romawi, dan Kekaisaran Bizantium.
Di Barat, munculnya kavaleri berat Romawi nampaknya merupakan suatu tanggapan terhadap kampanye Tmur Parthia dan Sassaniyah di Asia Kecil selain juga banyaknya kekalahan Romawi di tangan pasukan katafrak di sepanjang stepa Eurasia, yang paling terkenal adalah pada Pertempuran Carrhae. Pada awalnya, kavaleri Romawi tidak berzirah berat dan tidak begitu efektif; korps Equites Romawi sebagian besar terdiri atas prajurit berkuda berzirah ringan bersenjatakan tombak dan pedang yang bertugas mengejar pasukan musuh yang kabur atau melarikan diri. Romawi mengadopsi formasi kavaleri mirip katafrak pada pasukan Romawi akhir selama abad ke-3 dan ke-4. Kaisar Gallienus Augustus (253–268 M) dan jenderalnya, yang kelak melakukan pemberontakan, Aureolus, merupakan tokoh yang terlibat dalam pendirian kontingen katafrak dalam pasukan Romawi.[2]
Peralatan dan taktik
Peralatan dan taktik biasanya pelbagai, tetapi Katafrak biasanya mengenakan perisai tebal diperbuat daripada rantai, tanduk, atau kain (Quilt), membawa perisai menunggang kuda dan menyerbu dengan tombak dalam kedudukan rapat lutut-ke-lutut. Dalam kebanyakan tentara, Katafrak biasanya dilengkapi dengan senjata sampingan seperti pedang atau cokmar, untuk kegunaan dalam pertempuran bebas yang berlaku selepas serbuan. Sesetengah mereka menngenakan perisai hadapan sahaja tanpa perlindungan sepenuhnya sekeliling, dan kadang-kala sama juga bagi perisai untuk kuda. Dalam sebahagian tentera, Katafrak tidak dilengkapi dengan perisai, terutama sekiranya mereka mengenakan perisai badan.
Kebanyakan pasukan Katafra dilengkapi dengan busur sebagai tambahan kepada tombak dan perisai yanga berat, untuk membolehkan mereka bertempur dengan musuh dari jauh sebelum menyerbu. Pemanah Katafrak kadang-kala digunakan secara taktikal dalam susunan berdisplin di mana sebahagian Katafrak berhadapan dengan musuh sebagai pagar berperisai sementara sebahagian yang lain bergerak kehadapan untuk memanah dan kembali ke belakang untuk mengisi panah semula, meningkatkan lagi keselamatan mereka dari serangan balas musuh. Katafrak tanpa busur kadang-kala digelar 'tentera bertombak'.
Sebagian Katafrak terkemudian juga dilengkapi dengan campak buang ('dart') berat untuk di campak ke arah musuh semasa menyerbu, untuk mengkucar-kacirkan barisan pertahanan seketika sebelum hentaman tombak. Dengan atau tanpa campak-buang, serbuan Katafrakt biasanya diiringi dengan tembakan sokongan oleh pemanag berkuda atau berjalan kaki di kiri-kanan, atau oleh Katafrak tambahan yang kemudiannya akan menyerbu pula selepas memanah dalam serbuan pertama. Sebahagian tentera merasmikan taktik ini dengan menggunakan Katafrak tambahan, tentera bertombak berperisai tebal tanpa busur untuk serbuan pertama dan Katafrak jenis biasa dengan busur dan anak panah sebagai unit sokongan.
Jenis berkait
Tentera Roma menggunakan Katafrak lewat dalam sejarah mereka, malah ketika itu pun, kebanyakannya hanya digunakan disebelah Timur. Tambahan kepada jenis Katafrakt mereka kadang-kala menggunakan jenis berperisai lebih tebal yang dikenali sebagai clibanarius (banyak. clibanarii), dinamakan sempena oven besi disebabkan perisai bertutup mereka. Mereka juga membentuk unik ujian scythed pedati dengan penombak Katafrak menunggang kuda pedati tersebut.
Negara-negara di Timur Tengah kadang-kala menggunakan Katafrak menunggang unta bukannya kuda, dengan kelebihan yang jelas untuk kegunaan di kawasan kering, termasuk juga kelebihan bahawa bau unta jika dari arah angin merupakan cara yang hampir pasti mengejutkan unit berkuda musuh yang mereka hadapi. Sebaliknya pula adalah kelemahan unit menunggang unta berbanding caltrops, disebabkan unta mempunyai tapak kaki yang lembut berbanding kuda yang berkuku.