Naga Cina adalah makhluk legenda dalam mitos dan budaya rakyat Cina. Dalam seni Cina naga biasanya digambarkan sebagai makhluk menyerupai ular yang panjang, bersisik dan berkaki empat dan bertanduk.

Berkas:Naga cina.jpg
Gambaran Naga Cina yang menyerupai ular besar mempunyai empat kaki dan tanduk

Berbeda dengan naga Eropah yang dianggap sebagai jahat, naga Cina melambangkan kekuatan dan tuah, khususnya mengawal air, hujan, dan banjir. Dalam peristilahan yin dan yang, naga adalah yang (jantan) yang melengkapi fenghuang (phoenix Cina) yang bersifat yin (betina). Naga Cina dijadikan lambang kebudayaan yang berwibawa dan bertuah.

Nilai Simbolis

Dalam sejarah, naga merupakan lambang Maharaja China. Pada zaman Dinasti Zhou, naga berkuku lima diuntukkan kepada Putera Kayangan (Maharaja), naga berkuku empat untuk golongan bangsawan, dan naga berkuku tiga untuk para menteri. Pada zaman Dinasti Qing pula, naga berkuku lima mewakili Maharaja manakal naga berkuku tiga dan empat diuntukkan kepada rakyat jelata. Pada Dinasti Qing juga, terlukisnya naga pada bendera kebangsaan.[1]

Dalam lingkungan budaya terpengaruh Eropa, naga membawa konotasi agresif seakan-akan mahu berperang, maka pernah diduga bahawa kerajaan China tidak ingin menggunakan naga sebagai lambang atas sebab-sebab itu, tetapi ramai rakyat China tidak setuju dengan keputusan ini[3]. Cuma adakalanya, orang Barat keliru akan kecenderungan naga Cina yang mulia dengan naga Barat yang garang. Di Hong Kong, naga terangkum dalam reka bentuk lambang Brand Hong Kong yang digunakan untuk mempromosikan Hong Kong sebagai ciri khas .[2]

Banyak orang Cina memakai istilah "Keturunan Naga" (龍的傳人) sebagai lambang identitas kaum, mengikut trend yang pada 1970-an. Serigala digunakan oleh orang Mongol, dan monyet bagi orang Tibet.[1] Dalam kebudayaan Cina masa kini, naga Cina banyak digunakan sebagai hiasan. Pantang sekali gambar naga dicacati.

Catatan Kaki

  1. ^ a b Sleeboom, Margaret. [2004] (2004). Academic Nations in China and Japan: Framed in Concepts of Nature, Culture and the Universe. Routledge publishing. ISBN 041531545X
  2. ^ "Brand Overview", Brand Hong Kong, 09-2004. Retrieved on 23-02-2007.

Referensi

  • Howard Giskin and Bettye S. Walsh (2001). An introduction to Chinese culture through the family, State University of New York Press. ISBN 0791450473.
  • de Visser, Marinus Willem (1913), The Dragon in China and Japan, Verhandelingen der Koninklijke akademie van wetenschappen te Amsterdam. Afdeeling Letterkunde. Nieuwe reeks, deel xiii, no. 2, Amsterdam: Johannes Müller

Pranala luar