KTM Intercity
KTM Antarabandar (bahasa Inggris: KTM Intercity) merujuk kepada perkhidmatan kereta api antara bandar berkuasa diesel di Semenanjung Malaysia, Singapura, dan Negara Thai dioperasikan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Kebanyakan perkhidmatan beroperasi dari stesen Kuala Lumpur Sentral di Kuala Lumpur. Namun terdapat beberapa perkhidmatan yang hanya beroperasi di landasan Pantai Timur antara Tumpat dengan Gemas dan terus ke Singapura. Terdapat juga satu perkhidmatan kereta api merentas sempadan antara Butterworth dengan Bangkok, Thailand.
KTM Antarabandar telah lama menikmati kejayaan sederhana, namun bertambah persaingannya dengan pengangkutan jalan raya dan pengangkutan udara atas penambahan bilangan lebuh raya dan penerbangan murah menawarkan masa perjalanan yang lebih singkat. Pada tahun 2006, KTM Antarabandar mendapat untung sebanyak RM70.94 juta sebagai hasil kumpulan, kekal sekitar RM 65 juta sejak 2001.[1]
Lihat pula
- ^ Darshini M. Nathan (6 Oktober 2007). "Back on track: KTMB upgrades to be competitive". Bizweek, The Star. Diakses tanggal 18 November 2008.