Adolf Hitler

Führer, Kanselir Reich Jerman, & Pemimpin Partai Nazi

Adolf Hitler telah dilahirkan disebuah rumah tumpangan "Braunau am" di Austria berketurunan Jerman. Ayah Adolf Hitler merupakan seorang pegawai kantor perbatasan.

Ketikapeperangan Dunia I meletus, Hitler turut serta sebagai penghantar perutusan dalam pasukan Infantari Regimen Bavaria ke 16. Ketika gencatan senjata ditandatangani pada tanggal 11 November 1918, Hitler sedang dirawat di rumah sakit. Ketika itu Hitler memangku jawatan sebagai lance-koperal.

Hitler kemudiannya berkecimpung secara langsung dalam politik dan menjadi pengerusi kepada Parti Pekerja German pada bulan Julai 1921. Hitler kemudiannya menukar nama Parti Pekerja German kepada Nationalist Socialist German Workers Party (NSDAP) ataupun parti Nazi.

Hitler kemudiannya menggunakan kebolehan berpidatonya untuk menjadi ketua parti, dan menukar nama parti kepada parti Nazi 'National Socialist German Labour Party'.

Pada tahun 1929 parti Nazi memenangi majoriti dalam pengundian bandar Coburg, dan kemudiannya memenangi pengundian daerah Thuringia. Presiden Jerman masa itu, Paul von Hindenburg akhirnya melantik Hitler sebagai Perdana Menteri 'Chancellor'.

Pada malam yang dikenali sebagai Malam Pisau Panjang "The Night of the Long Knives" Hitler membunuh semua penentangnya dalam parti Nazi. Hitler juga menyalahkan Komunis dan Yahudi atas kelembapan ekonomi dan berjaya meraih sokongan angkatan tentera dengan melaksanakan polisi melengkapkan peralatan senjata Jerman.

Pada September 1939, Hitler menyerang Poland dengan serangan taktik blitzkrieg (serangan darat, udara yang melampau dan mengejut) mencapai kejayaan yang memeranjatkan musuh dan generalnya sendiri. Serangan terhadap Poland bagaimanapun menyebabkan musuh-musuhnya kini bertindak balas dan pihak British dan Perancis mengumumkan perang terhadap Jerman, dengan itu memulakan Peperangan Dunia II.

Ketika berlakunya Peperangan Dunia II, pihak British dipimpin oleh Sir Winston Churchill

Setelah lama berperang dan setelah mengalami kekalahan di setiap medan pertempuran, Hitler menyedari bahawa kekalahan sudah tidak dapat dielakkan. Hitler kemudiannya mengahwini wanita simpanannya Eve, dan kemudiannya membunuh diri bersama-sama pada 30 April 1945. Mayatnya dibakar untuk mengelak daripada jatuh ketangan musuh.


Lebih lanjut di http://w3.spancity.com/yosri/TokohAdolfHitler.htm