Rindil bulan
Tikus ambang bulan[1] | |
---|---|
Klasifikasi ilmiah | |
Kerajaan: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Ordo: | |
Famili: | |
Genus: | Echinosorex
|
Spesies: | E. gymnura
|
Nama binomial | |
Echinosorex gymnura | |
Kawasan Tikus Ambang Bulan |
Tikus ambang bulan (nama ilmiah : Echinosorex gymnurus; nama Inggris: moonrat atau gymnure) adalah sejenis mamalia Asia Tenggara yang termasuk dalam order Insectivora atau pemakan serangga. Dia adalah pemakan serangga (insektivor) terbesar di dunia. Dengan demikian dia ada kaitan dengan (hedgehog) di kawasan iklim temperat, tapi justru tidak ada dengan landak. Tikus ambang bulan hidup di kawasan Paparan Sunda kecuali di Jawa, Thailand dan Myanmar (Tweedie, 1978).
Ciri fisik
Panjang tikus ambang bulan berkisar antra 25 dan 35 cm dan ekornya antra 15 dan 25 cm. Seluruh tubuhnya berbulu tebal hitam manakala kepala dan lehernya berwarna putih dengan segitiga hitam di sekeliling mata. Ekornya mempunyaï bintik beraneka warna. Tikus ambang bulan mempunyaï bau busuk yang seringkali dibandingkan dengan bawang putih reput, gas asetilena atau peluh tengik (Tweedie, 1978).
Saiz tikus bulan adalah sebesar arnab. Dinamakan tikus bulan kerana rupayanya agak menyerupai tikus ataupun oposum. Saiz badan ke muncung adalah di antara 26 dan 45 cm, manakala panjang ekornya 17 hingga 30 cm. Beratnya adalah di antara 0.5 hingga 2 kg, menjadikannya landak kecil terberat.
Kulit bulunya berwarna hitam, tetapi kepala, bahu dan hujung ekornya putih. Mukanya bercorak seperti beruang. Tikus bulan mempunyai badan langsing, telinga kecil tidak berpigmen dan muncung tirus bermisai panjang.
Habitat
Tikus ambang bulan tinggal di lantai hutan dan bergerak secara bersendirian. Ia aktif siang dan malam tetapi ia jarang kelihatan.
Seperti namanya, tikus bulan aktif pada waktu malam. Ketika siang ia bersembunyi di bawah akar pokok, batu atau di dalam gua. Tikus bulan biasanya hidup bersendirian, dan tempat tidurnya biasa ditanda dengan rembesan berbau.
Tikus Ambang Bulan biasanya hidup bersendirian dan tidak bersabar sesama spesies. Haiwan dalam kurungan berdesir "hiss-puffs" dan mgauman rendah apabila bertemu sesama sendiri dan menandakan ruang masuk sarang kotak mereka dengan lelehan dari sepasang kelenjar anal kecil. Lelehan itu dikatakan berbau bawang busuk atau amonia.
thumb|300px|right|Kredit: Woods, M.J.and Tweedie, M.W.F. (1978)
Taburan
Tikus bulan biasa di jumpai di Asia Tenggara, terutamanya di Semenanjung Melaka, Sumatera dan Kalimantan. Ia menyukai hutan hujan dan biasa hidup berhampiran sungai atau paya bakau.
Pakan
Di sebalik namanya, tikus bulan bukanlah dari jenis rodensia tapi insektivor. Tikus bulan tidak mempunyai duri, sebaliknya ia berbulu dan berekor panjang.
Tikus bulan biasa mencari makanan di atas tanah, ia memakan krustasia, cacing, serangga, kala jengking dan lain-lain. Ia juga boleh mengapung di atas air untuk mencari ikan kecil dan katak. Kadang-kadang ia turut memakan buah yang jatuh di atas tanah. Ia menggunakan deria bau untuk mencari makanan.
Pembiakan
Tikus Ambang Bulan beranak, biasanya dua ekor sekali beranak. Ia membiak sepanjang tahun. Tempoh bunting biasanya antara 35 hingga 40 hari.
Rujukan
- ^ Echinosorex gymnura moonrat
- ^ Lunde, D., Meijaard, E., Ruedas, L. & van Strien, N.J. (2008). "Echinosorex gymnura". IUCN Red List of Threatened Species. Version 2010.4. International Union for Conservation of Nature. Diakses tanggal 6 April 2011.
- Tweedie, M.W.F. (1978). Mammals of Malaysia. Kuala Lumpur: Longman. ISBN 0-582-72424-4.