Abdul Jalil Syah dari Siak

Pahlawan Revolusi Kemerdekaan
Revisi sejak 13 April 2007 08.31 oleh 202.185.32.194 (bicara) (←Membuat halaman berisi 'Sultan Abdul Jalil Rakhmad Syah Yang Di Pertuan Raja Kecil (1725-1746) Selama lebih kurang 21 pemerintahan buantan, sultan ini telah menempatkan kerajaannya sebagai dasa...')
(beda) ← Revisi sebelumnya | Revisi terkini (beda) | Revisi selanjutnya → (beda)

Sultan Abdul Jalil Rakhmad Syah Yang Di Pertuan Raja Kecil (1725-1746)

Selama lebih kurang 21 pemerintahan buantan, sultan ini telah menempatkan kerajaannya sebagai dasar dari sebuah kerajaan dasar yang kelak akan berkembnag di bawah pemerintahan keturunannya. Hubungan perdagangan diatur dengan baik, sehingga negeri yang baru itu berkembang dengan cepat dan dikunjungi oleh pedaganag-pedagang dari Pesisir Timur Sumatera. Pengalaman beliau yang didik di Pagar Ruyung, kemudaian menjadi Sultan Johor dan Lingga, beliau pergunakan untuk landasan kekuasaanya di Buantan. Tata pemerintahan dan tata adat disusun menurut dasar-dasar tata kerajaan Melayu Johor :

a. Lambang kerajaan b. Orang Besar Kerajaan c. Balai Penghadapan d. Pemakaian gelar e. Upacara Kerajaan

Disamping itu, Sultan ini menjadikan agama islam sebagai agama kerajaan yang bermazhab Syafei, dan seluruh Tata ada diatur menurut Hukum Syarak. Sultan ini mempunyai tiga orang putera iaitu, Tengku Alam bergelar Yang Di Pertuan Muda, Tengku Tengah (meninggal sebelum dewasa) dan Tengku Buang Asmara Bergelar Tengku Mahkota. Di akhir hayatnya, terletusnya perang saudara yang mana kedua-dua puteranya berselisih faham. Hal ini menyebabkan Tengku Alam Yang Di Pertuan Muda meninggalkan Buantan. Akhirnya, sultan ini mangkat pada tahun 1746 M dan di gelar Marhum Buantan.


Sultan Abdul Jalil Muzaffar Syah (1746-1765)

Tengku Buang Asmara Tengku Mahkota dilantik dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Muzaffar Syah setelah mangkatnya ayahandanya. Di waktu pemerintahannya, beliau memutuskan untuk membuat negeri baru dan memindahkan Ibu kerajaan kesana. Sekitar tahun 1750 M, maka dibagunkanlah negeri disebelah kehulu negeri Buantan pada sebuah tempat yang bernama Mempurayang terletak pada sebauh kali yans bernama Sungai Mempura Besar. Kemudian sejak itulah sungai Jantan berubah nama menjadi sungai Siak dan kerajaan beliau dinamakan kerajaan “Siak Sri Indrapura” Tengku Alam, kekanda Sultan, ada meninggalkan seorang puteranya bernama Tengku Muhammad Ali. Sesudah pusat kerajaan dipindahkan ke Mempura oleh Sultan, Tengku Muhammad Ali dilantik sebagi Panglima Besar Kerajaan Siak bergelar Tengku Panglima Besar Muhammad Ali. Sepanjang pemerintahannya, ianya sentiasa menghadapi serangan dari pihak Belanda. Ianya bermula dengan persetujuan Sultan membenarkan kapal-kapal Belanda mengangkut hasil bumi Siak, kemudian diberikan pula kebenaran untuk membangunkan logi di pulau Guntung, dekat muara siak. Maka pada tahun 1756 M, Belanda telah mendirikan logi dipulau Guntung yang kukuh dengan peralatan perang. Mulai dari situ, Belanda mula mengenakan cukai keatas pedagang-pedagang yang melalui pulau Guntung tanpa persetujuan Sultan. Sultan dengan bijaknya telah mengutuskan Tengku Panglima Besar Muhammad Al dan datuk Limapuluh bersama-sama pahlawan Siak menyerang kawasan logi Belanda dengan liciknya iaitu “menghantar hadiah” sedangkan hadiah tersebut adalah keris dan senjata untuk berperang dengan Belanda. Akhirnya Belanda telah kalah dalam peperangan tersebut dan, Sultan telah kembali ke Siak dengan harta rampasan iaitu meriam dan kapal-kapal perang Belanda. Dengan hasil harta ramapasan tersebut, sekitar Siak telah di bina kubu-kubu yang kuat yang dilengkapi dengan meriam. Kekauatan kerajaan Siak ini mula menyebabkan Belanda dan Johor mula berdiam diri buat sementara waktu. Setelah beliau memerintah selama kurang lebih 19 tahun, dan setelah kerajaan Siak kukuh, maka pada 1765 m mangkatlah beliau dan digelar Marhum Mempura Besar.