USS Maine (ACR-1)

Revisi sejak 30 Agustus 2005 21.48 oleh Zwobot (bicara | kontrib) (robot Adding: ja)
Berkas:USSMaine.jpeg
KerjayaUSN Jack
Mula dibina:17 Oktober 1888
Dilancarkan:18 November 1889
Ditauliahkan:17 September 1895
Nasib:musnah akibat letupan
Ciri-ciri umum
Displacement:6,682 t
Panjang:319 kaki
Lebar "Beam":57 kaki
Dalam "Draft":22 kaki
Kelajuan:17 knot
Ahli kapal:374 pegawai dan anak kapal
Persenjataan:4 meriam 10-inci, 6 laras 6-inci, 7 meriam 6-paun, 8 x 1-paun, 4 x 14-inci tube torpedo

Kapal USS Maine (ACR 1) yang pertama merupakan kapal perang kelas kedua seberat 6682-tan, yang pada asalnya telah ditetapkan sebagai Kruiser Berperisai (Armored Cruiser) #1. Pihak Kongres meluluskan pembinaannya pada 3 Ogos, 1886, dan lunasnya telah diletakkan pada 17 Oktober, 1888, di New York Navy Yard. USSMaine telah dilancarkan pada 18 November, 1889, dirasmikan oleh Miss Alice Tracey Wilmerding, dan ditauliahkan pada 17 September, 1895, di bawah pemerintahan Kapten A.S. Crowninshield.

Kerjaya aktifnya dihabiskan beroperasi disepanjang persisiran pantai timur Amerika Serikat dan di kawasan Carribbean. Pada Januari 1898, USS Maine telah hantar ke Havana, Cuba, untuk melindungi kepentingan Amerika Serikat ketika kekacauan sivil dan kebangkitan penduduk tempatan. Tiga minggu kemudian, pada 9:40 petang 15 Februari, satu letupan yang dashyat pada Maine memecah kesunyian di pelabuhan Havana. Penyiasatan kemudiannya mendedahkan bahawa lebih dari lima tan ubat bedil untuk meriam enam inci dan sepuluh incinya meledak, hampir mehapuskan satu per tiga bahagian hadapan kapal. Baki kapal terbenam pada dasar pelabuhan. Kebanyakan kakitangan Maine sedang berehat atau tidur di kuarter di bahagian hadapan kapal apabila letupan berlaku. Dua ratus dan enam puluh enam orang kehilangan nyawa mereka akibat daripada kecelakaan: 260 mati di dalam letupan atau seketika sejurus selepas itu, dan enam orang lagi mati akibat dari kecederaan. Kapten Sigsbee dan kebanyakan dari pegawainya terselamat kerana tempat tinggal mereka berada di bahagian buritan kapal. Pada 28 March, Badan Pneyiasatan Mahkamah Navy Amerika Serikat merumuskan bahawa letupan itu disebabkan oleh periuk api tentera laut.

Tragedi ini merupakan satu pencetus Perang Amerika-Sepanyol yang bermula pada April 1898. Pada ketika itu, ia telah digunakan sebagai alasan untuk mencetuskan peperangan oleh mereka yang telah telahpun cenderung untuk berperang dengan Sepanyol. Pada 1976, Admiral Hyman Rickover daripada Navy Amerika Serikat menyiarkan suatu keputusan penyiasatan yang memutuskan bahawa tragedi ini disebabkan secara sendiri, kemungkinannya hasil dari satu kebakaran di tempat arang batu. Sebahagian pakar sejarah telah mempertikaikan jumpaan ini, dan menegaskan bahawa kegagalan untuk menyedari secara pembakaran semulajadi di bunker arang batu adalah tidak mungkin. Orang lain pula menegaskan bahawa Maine merupakan mangsa sabotaj atau korban untuk membakar pendapat umum menentang Sepanyol.

Pada 5 Ogos, 1910, pihak Kongres telah meluluskan pengapungan semula Maine. Pada 2 Februari, 1912, Maine telah diapungkan di bawah penyeliaan Kor Jurutera Tentera dan ditunda ke laut di mana ia telah ditenggelam di kawasan air dalam di Teluk Mexico pada 16 March, 1912, dengan penghormatan tentera dan istiadat yang bersesuaian.

Terdapat satu tugu peringatan untuk mereka yang mati di Perkuburan Kebangsaan Arlington "Arlington National Cemetery".

thumb|left|150px|Bangkai Maine, 1898

Lihat juga : Daftar kapal perang tentera laut Amerika Serikat

Pautan luar

[[en:USS Maine (ACR-1)]