Daftar episode BoBoiBoy
Artikel ini perlu diterjemahkan dari bahasa Melayu ke bahasa Indonesia. |
BoBoiBoy adalah sebuah serial animasi Malaysia yang ditayangkan oleh Animonsta Studios. Ia berkisarkan kisah seorang pahlawan super anak-anak yang berkekuatan super dan mampu dibagi menjadi tiga, bersama teman-temannya melindungi Bumi dari ancaman makhluk asing yang ingin menaklukan Bumi demi memburu coklat.
Serial BoBoiBoy diterbitkan dalam format gambar HDTV<ref name=hdtv>BoBoiBoy Trailer HD, 9 Jun 2010. Dicapai pada 12 Februari 2011.</ref>, dan dijadualkan disiarkan di TV3 mulai 13 Maret 2011, dan Disney Channel Asia mulai 18 Juni 2011.<ref>It's raining premieres on Disney this June, The Philippine Star, 31 Mei 2011. Dicapai pada 3 Jun 2011.</ref> Jika dalam serial animasi Upin dan Ipin, "betul, betul, betul" menjadi kata yang disebutkan, dalam serial BoBoiBoy pula "terbaik" menjadi kata pilihan. Hampir setiap episode perkatan tersebut digunakan.
Musim Pertama (2011)
Perhatian: Setiap episode lamanya 11 menit. TV3 mengisikan dua episode dalam slot setengah jam Minggu 7 malam.
Judul | Waktu siaran pertama | |
---|---|---|
"Episode 1 & 2" | 13 Maret 2011 | |
BoBoiBoy menaiki kereta ke Pulau Rintis untuk membantu kakeknyanya, Tok Aba menjaga kedai coklatnya, Tok Aba's Kokotiam. Pada waktu yang sama, kedatangan satu kapal makhluk asing yang dimiliki oleh Adu Du di bumi. Dia merancang serangan ke atas Bumi untuk mencuri coklat sebagai tenaga. Pada keesokan harinya, BoBoiBoy mengikut peta yang ditinggalkan oleh Tok Aba untuk ke kedai Tok Aba. Ketika berada di luar rumah, dia berkenalan dengan Yaya yang menawarkan diri untuk mengantar BoBoiBoy ke kedai Tok Aba tapi dia menolak. Akibat itu dia terpaksa bersusah-payah ikut jalan panjang ke Tok Aba's Kokotiam, padahal tempat tersebut hanyalah berjarak dekat. Di situlah BoBoiBoy bertemu dan berkenalan dengan Gopal, Ying dan Yaya.Mereka berbincang bincang, tiba-tiba kaca TV dalam kedai Tok Aba bertukar siaran dengan pengumuman oleh Adu Du yang ingin menguasai bumi. Pengumuman Adu Du tidak dindahkan oleh penduduk bumi. Setelah itu, Adu Du mengarahkan Probe, robot pembantunya untuk mencari coklat untuk menghidupkan bola kuasa. Sewaktu Tok Aba jauh dari kedai, Probe datang mencuri serbuk coklat Tok Aba. Tindakan dia diamati oleh BoBoiBoy yang kemudian terus mengejarnya hingga ke dalam kapal angkasa Adu Du. Bola kuasa dapat dihidupkan setelah dicampur dengan sedikit koko Tok Aba. BoBoiBoy menyaksikan perkara ini di sebalik ruang udara ufo Adu Du tetapi tidak memahaminya. Setelah Adu Du keluar bersama yang lain, BoBoiBoy mengambil kesempatan untuk ambil koko Tok Aba dan berlalu pergi dari kapal itu. Tetapi malangnya dia bertembung dengan Adu Du ketika hendak keluar dan terus pecut, tanpa menyedari bola kuasa mengikutinya. Pada malam hari, "bola kuasa" itu memperkenalkan diri sebagai Ochobot, sebuah robot yang baik, dan telah memberi kuasa unsur petir, angin dan tanah kepada BoBoiBoy melalui pemakaian sebuah jam tangan. | ||
"Episode 3 & 4" | 20 Maret 2011 | |
BoBoiBoy berlatih bersungguh-sungguh untuk menghafal langkah-langkah menghasilkan Keris Petir, Pusaran Angin dan Tanah Tinggi pemberian kuasa Ochobot. Ochobot menjanjikan 'kuasa terkuat' kepada BoBoiBoy apabila dia mau memberitahu kawan-kawannya mengenai kuasa barunya. BoBoiBoy disuruh oleh Ying dan Gopal supaya menjauhi Yaya yang datang bersama biskutnya, tetapi anak baru itu mengambil waktu yang lama untuk memahaminya. Apabila BoBoiBoy hendak menunjukkan kuasa-kuasanya kepada kawan2X, ia tidak menjadi pula sehingga biskut Yaya pun di buang. Tiba-tiba, Adu Du muncul bersama Probe untuk mengganas di pekan Pulau Rintis. BoBoiBoy menunjukkan kuasanya dan berhasil menyelamatkan kawan-kawannya. Ochobot juga dibawa ke sana untuk memberikan kuasa super kepada Ying, Yaya dan Gopal. Ying mendapat kuasa lari cepat (yang terganggu apabila dia bersin); Yaya mendapat kuasa terbang dan kekuatan super, tetapi Gopal tidak tahu kuasanya, Ochobot lupa apa kuasa yang diberikan kerana terhentak ketika di pukul oleh BoBoiBoy. Setelah selesai bertarung dengan Adu Du, Ying dan Yaya mencuba kuasa mereka untuk membantu penduduk setempat. Tok Aba's Kokotiam diserang pula oleh robot suruhan Adu Du, sekaligus membuka satu lagi peluang untuk BoBoiBoy dan kawan-kawan memanfaatkan kuasa baru mereka. | ||
"Episode 5 & 6" | 27 Maret 2011 | |
Gopal masih tertanya-tanya apakah kuasa luar biasa yang diperolehnya dari Ochobot karena Ochobot masih lupa. Oleh itu, dia mendapat bantuan BoBoiBoy untuk menguji kebolehannya supaya dia mendapat tahu juga kuasanya. Kehebatan BoBoiBoy tetap menjadi intipan Adu Du yang mengantar Multi-Monster, raksasa ciptaan Komputer Adu Du yang boleh berpecah menjadi berganda ekor ternyata kalah telak. Rancangan Multi-Monster itu gagal apabila ia berpecah menjadi puluhan makhluk kecil. Oleh itu, Adu Du terpaksa mencari jalan lain untuk mengalahkan BoBoiBoy, iaitu menculik teman-teman BoBoiboy. Mereka berhasil menangkap Ying yang berkuasa lari cepat dengan tertipu Probe, tetapi Gopal masih tidak tahu kuasanya lagi. | ||
"Episode 7 & 8" | 3 April 2011 | |
Setelah Ying ditangkap, BoBoiBoy dan Gopal syak bahawa Yaya menjadi sasaran seterusnya. Sangkaan itu nyata betul, dan Yaya terpaksa bertungkus-lumus menangkis serangan Adu Du dan konco-konconya, tetapi kelincahan Yaya tidak berpanjangan dan akhirnya dia pun ditangkap. Tok Aba mencadangkan agar Gopal dijadikan umpan untuk berpura-pura ditangkap, supaya kemudian dia boleh membuka pintu dalam kapal angkasa musuh untuk BoBoiBoy masuk. Malangnya, rancangan itu tidak berjalan dengan begitu lancar disebabkan kelalaian Gopal. Kuasa Gopal akhirnya terserlah apabila dia berjaya menukarkan senjata dan bom Adu Du menjadi makanan dengan menyentuhnya sambil berasa penuh ketakutan. Akhirnya, BoBoiBoy menceroboh masuk kapal angkasa Adu Du dan menyelamatkan kawan-kawannya. Gopal mendaratkan kapal angkasa dengan menukarkan seluruh ruang dalaman menjadi makanan, setelah ditakutkan oleh wajah seram Multi-Monster yang datang untuk membantu. | ||
"Episode 9 & 10" | 3 Juli 2011 | |
BoBoiBoy menggunakan Kuasa Tiganya untuk mempercepatkan tugas menghantar koko untuk Tok Aba, walaupun ditegah oleh Ochobot. Akibat daripada menggunakan kuasa itu terlalu lama, ketiga-tiga pecahan BoBoiBoy menghadapi masalah daya ingatan yang serius sehingga terlupa untuk membawa koko ke rumah pelanggan ataupun pergi ke tempat yang salah. Adu Du dan Probe sekali lagi menerjah warung Tok Aba dengan penyamaran bagi mencuri buku resipi Tok Aba. Mujurlah Gopal, Ying dan Yaya datang untuk menyelamatkan keadaan, tetapi musuh mereka nyata terlalu kuat dan cukup bersiap sedia. BoBoiBoy pun memasuki pertempuran ini dan berpecah jadi tiga lagi, walaupun masalah ingatannya belum pulih. Adu Du berjaya merampas buku resipi dan satu pecahan BoBoiBoy yang berkuasa petir. | ||
"Episode 11 & 12" | 17 Juli 2011 | |
BoBoiBoy Petir berada di dalam tahanan Adu Du dan diseksa dengan cara yang luar biasa, iaitu memecahkan belon sebiji demi sebiji kerana BoBoiBoy takut akan bunyi belon pecah. Setelah 'diseksa' secukupnya, BoBoiBoy Petir meradang lalu bertukar rupa menjadi lebih bengis iaitu BoBoiBoy Halilintar. Disebabkan masalah ingatan yang tidak pulih, Adu Du dan konco-konconya berjaya menipu dan menghasutnya supaya bersubahat dengan mereka. Buku resipi yang dicuri Adu Du rupanya hanyalah buku catitan senarai hutang pelanggan Tok Aba. BoBoiBoy Halilintar akhirnya kembali di rumah Tok Aba untuk mengucar-kacirkan dua pecahan BoBoiBoy yang lain dan kawan-kawannya dengan gelaran barunya iaitu "Ada Da". BoBoiBoy Angin dan BoBoiBoy Tanah bertungkus-lumus menyelamatkan keadaan dan menyedarkan BoBoiBoy Halilintar sehingga dia pulih semula. Mereka bertiga bercantum kembali menjadi satu. | ||
"Episode 13 & 14" | 31 Juli 2011 | |
Setelah leka bermain permainan video berjam-jam lamanya, BoBoiBoy dan Gopal disedut masuk ke dalam permainan itu dalam satu lagi rancangan jahat Adu Du. Lebih-lebih lagi, mereka tidak boleh bergerak sendiri dalam permainan, maka Ochobot dan Tok Aba terpaksa menolong mereka dengan mengawal gerak-geri mereka untuk mengatasi semua rintangan sampai peringkat akhir. Tok Aba keletihan mengawal watak Gopal kuat-kuat, maka Ochobot memanggil Yaya yang pandai bermain ke situ untuk menolong mereka menghabiskan permainan. Di peringkat akhir, mereka berdua berdepan dengan Probe dengan bentuk barunya, iaitu Super Duper Probe. Sedang mereka bermain, Yaya berhenti bermain kerana telah mencapai 30 minit masa bermain dia untuk sehari. Tok Aba terkejut dan kemudiannya menelefon dan memujuk mak Yaya untuk memberi kebenaran Yaya bermain 15 minit tambahan lagi. Pada peringkat akhir permainan, Yaya tidak berani untuk meneruskan lagi kerana tidak pernah berjaya sampai takat itu. Ying kemudian dipanggil untuk membantu menyelesaikan pengembaraan BoBoiBoy dan Gopal menentang Adu Du di alam permainan video. Mereka berjaya menang dalam cabaran di alam maya itu dan keluar dari permainan dengan terbawa seorang 'tetamu istimewa'. | ||
"Episode 15 & 16" | 20 November 2011 | |
Papa Zola si adiwira cereka yang terkeluar dari permainan video mengambil peminat setianya, Gopal sebagai anak muridnya. Sementara itu, Raksasa Tidur yang terkeluar dari permainan itu muncul di kapal Adu Du dan dijadikan senjata baru makhluk asing durjana itu. Setelah Papa Zola pengsan kerana makan biskut Yaya, terpaksalah BoBoiBoy dan kawan-kawan melawan penjahat dari alam maya yang berkuasa melancarkan gelombang, perisai dan buih-buih mimpi yang membuat mangsa-mangsanya tidur. Raksasa Tidur nampaknya berjaya dikalahkan, tetapi Tok Aba, Ochobot, Ying dan Yaya terperangkap dalam buih-buih mimpi yang ditinggalkan makhluk jahat itu. Papa Zola selaku tok guru Gopal menyuruh anak buahnya menukarkan balik buih-buih mimpi yang tak terpakai itu daripada bentuk cekodok gergasi, kerana satu-satu cara untuk membebaskan kawan-kawan mereka adalah mengalahkan Raksasa Tidur dalam mimpinya. Walaupun berat hati pada mulanya, namun Gopal diberi rangsangan oleh tok guru dia untuk mengasah kuasa supernya. Dengan itu, BoBoiBoy, Gopal dan Papa Zola masuk ke dalam buih-buih mimpi untuk memasuki mimpi Raksasa Tidur dan bertempur dengannya. | ||
"Episode 17 & 18" | 27 November 2011 | |
Demi menyelamatkan kawan-kawan BoBoiBoy daripada perangkap mimpi, Papa Zola mencabar Raksasa Tidur untuk bermain dam (yang mana BoBoiBoy, Adu Du dan lain-lain terikat pada buah dam), tetapi Papa Zola sendiri tidak pandai bermain dan dengan mudah kalah dalam pusingan pertama kepada Raksasa Tidur, si johan lima kali "Liga Dam Raksasa". Mujurlah Tok Aba sempat bangun untuk menggantikan Papa Zola untuk melawan Raksasa Tidur dengan kemahiran damnya. Tok Aba dan Raksasa Tidur bersaing sengit dalam perlawanan dam yang sampai ke pusingan ketiga. Kehebatan Tok Aba dalam permainan dam memaksa Raksasa Tidur bermain tipu sebagai jalan akhir. Setelah dikalahkan dalam permainan dam itu, dia akhirnya naik berang dan mengganas dalam mimpinya sendiri. BoBoiBoy menyelamatkan keadaan dengan membesar jadi gergasi dengan tali pinggang Papa Zola dan mengalahkan Raksasa Tidur untuk menyelamatkan semua kawan-kawannya daripada igauan ngeri mereka ini. | ||
"Episode 19 & 20" | 4 Desember 2011 | |
Atas suruhan Adu Du, Probe mencuri sekantung surat peminat BoBoiBoy lalu membacakan dan menjawab soalan-soalan yang diutarakan oleh peminat-peminat BoBoiBoy. Ini berterusan sehingga Adu Du masuk ke bilik. Probe dimarahi oleh Adu Du kerana tidak menjawab dalam cara yang dikehendakinya iaitu mengguris perasaan para peminat BoBoiBoy. | ||
"Episode 21 & 22" | 11 Desember 2011 | |
Yaya meminta pertolongan BoBoiBoy untuk membuat biskut sempena Hari Biskut Sedunia. Dengan rasa berat hati, BoBoiBoy berpecah menjadi tiga supaya hanya salah seorangnya menolongnya. Adu Du mengambil kesempatan ini dengan mengumpan BoBoiBoy Angin dengan susu kambing palsu sebagai ramuan biskut yang boleh melampaukan perasaan. Sebelum mengedar biskut buatan Yaya itu, BoBoiBoy angin merasa satu keping biskut tanpa menyedari kesan yang bakal dihadapinya. Biskut istimewa Yaya diedarkan oleh BoBoiBoy Angin telah menyebabkan hampir semua penduduk pekan Pulau Rintis gila. Paling teruk, BoBoiBoy Angin telah terlalu banyak makan biskut tersebut sampai menjadi gembira tak terhingga. Akibat itu dia bertukar ke kuasa baru iaitu "BoBoiBoy Taufan". | ||
"Episode 23 & 24" | 18 Desember 2011 | |
BoBoiBoy Taufan mengganas di perkarangan Warung Tok Aba dengan memaksa Adu Du makan biskut Yaya, kemudian bergaduh sengit dengan BoBoiBoy Halilintar. Mujurlah Ochobot berjaya menenangkan BoBoiBoy Taufan dengan mempertontonkan telenovela yang menyayat hatinya setelah ditahan oleh kuasa BoBoiBoy Tanah. Sementara itu, setelah dirawat oleh Probe kerana emosinya dipengaruhi biskut tercemar, Adu Du memanggil seorang penjual senjata haram ke kapalnya. Bago Go, si penjual senjata haram itu terkenal dengan kelicikan dan harga-harga barangannya yang mencekik darah. Harga yang ditawarkan olehnya telah membuat Adu Du pengsan. Kependekan akal Probe nampaknya memburukkan keadaan lagi apabila dia menggadaikan kapal angkasa Adu Du demi sudip elektrik. Apa yang menariknya, pembelian tersebut datang bersama pakej robot misteri. Kemarahan Adu Du terubat dengan pakej robot misteri itu. Ketika itu juga Gopal, Ying dan Yaya dapat tahu yang BoBoiBoy akan pulang semula ku rumahnya di bandar. | ||
"Episode 25 & 26" | 25 Desember 2011 | |
BoBoiBoy dipujuk oleh rakan-rakanya supaya kekal di Pulau Rintis, tetapi kemudian dikacau oleh Adu Du yang telah menghidupkan Robot Pemusnah Mukalakus dengan lebihan koko Tok Aba. Dia dengan mudah menumpaskan kawan-kawan BoBoiBoy. Mukalakus kemudiannya kehabisan kuasa ketika ingin menyerang BoBoiBoy yang sedang ingin berpecah tiga. Ketika itulah, BoBoiBoy Halilintar dan Taufan mengambil kesempatan membelasah Mukalakus seteruknya. Di saat kekalahan Adu Du, Ochobot dirampas oleh Probe. Dia disumbat ke dalam kotak punca kuasa Mukalakus sebagai sumber kuasa utama. Mukalakus bangkit kembali dan berjaya mengalahkan 2 peringkat tertinggi BoBoiBoy. BoBoiboy tanah meminta belas ihsan Adu Du untuk tidak melakukan lagi kecedaraan kepada rakan-rakannya tetapi tak diendahkan oleh dia. Kerana terlalu ingin menyelamatkan kawan-kawannya itu, BoBoiBoy Tanah bertukar menjadi BoBoiBoy Gempa. Perlawanan antara Mukalakus dan BoBoiBoy Gempa menjadi sengit sehinggalah 2 lagi pecahan BoBoiBoy menawarkan diri untuk mengalahkan Mukalakus bersama. Akhirnya Adu Du kalah dan Ochobot dikembalikan semula. | ||
""Extended Finale"" | 1 Januari 2012 | |
Sama seperti episod 25 dan 26 dengan tambahan beberapa minit ucapan selamat tinggal dan klu pratonton musim kedua BoBoiBoy. Dalam versi extended ini, 3 hari selepas kejadian dalam episod 26, Tok Aba menghantar BoBoiBoy ke stesen keretapi yang kemudiannya disertai oleh rakan-rakan BoBoiBoy untuk sama-sama mengucapkan selamat tinggal. Ketika BoBoiBoy masuk ke dalam tren, dia berselisih dengan seorang budak lelaki misteri yang keluar dari tren tersebut. Dia dikatakan akan mejadi watak baru bagi BoBoiBoy musim 2. Latar berubah 6 bulan kemudian di Sekolah Rendah Pulau Rintis dengan kehadiran pelajar baru dalam kelas. Ying, Yaya dan Gopal terkejut kerana pelajar baru tersebut adalah BoBoiBoy. |
Musim Kedua (2012)
Musim Kedua siri animasi BoBoiBoy akan disiarkan di TV3 pada penghujung bulan Mei 2012. Musim ini kali ini terdiri dari 13 episod setengah jam.
Judul | Waktu siaran pertama | |
---|---|---|
"Episode 1" | 27 Mei 2012 | |
BoBoiBoy berpindah ke Pulau Rintis untuk bersatu dengan Tok Aba dan kawan-kawannya yang dirindui sejak meninggalkan pekan itu enam bulan sebelumnya (di episod akhir musim pertama). Di sekolah barunya, Gopal berpesan kepada BoBoiBoy supaya jangan melewati sebuah 'rumah berhantu' di pekan ketika berjalan ke sekolah. Walau apapun, BoBoiBoy mengabaikan pesanan Gopal dan memberanikan diri untuk memasuki perkarangan rumah usang itu, lantas menemui suatu lembaga misteri. | ||
"Episod 2" | 3 Juni 2012 | |
Di Tok Aba's Kokotiam, bapa Gopal berjam-jam menceritakan kepada BoBoiBoy dan Tok Aba tentang rumah berhantu itu. Ini hanya merangsang lagi BoBoiBoy untuk mendekati semula rumah itu, dan mengajak sekali Gopal. Probe juga berminat dengan rumah hantu itu dan mengajak Adu Du pergi ke sana sekali untuk memburu hantu. Seperti yang dijangka, BoBoiBoy bersua semula dengan musuh lamanya dalam rumah berhantu itu. Akan tetapi, perbalahan mereka dicelah oleh Fang, seorang rakan sekelas yang sudah lama cemburu dengan BoBoiBoy gara-gara gosip di kelas sebelum mereka bertemu. Fang memperlihatkan kuasa kegelapan yang menandingi kuasa-kuasa tiga elemen milik BoBoiBoy. | ||
"Episod 3" | 10 Juni 2012 | |
Papa Zola mengajar Kelas Pendidikan Jasmani, dan mencabar BoBoiBoy dan Fang untuk berlumba membawa telur dalam sudu sebagai suatu cara untuk mendisiplin mereka yang menganggap sukan itu 'kebudak-budakan' dan 'tidak mencabar'. Dua lawan itu bersaing sengit di atas balapan sehingga sanggup menggunakan kuasa super mereka, tetapi perlumbaan berkesudahan dengan keputusan yang luar jangkaan dan menimbulkan rasa tidak puas hati Fang. Setelah mendengar penjelasan Fang akan sebab-sebab dia begitu benci pada BoBoiBoy, Papa Zola mengaturkan sebuah perlawanan bola sepak antara BoBoiBoy dan Fang pada minggu hadapan. | ||
"Episod 4" | 24 Juni 2012 | |
Seperti yang dijanjikan seminggu lalu, BoBoiBoy dan kawan-kawan (Gopal, Yaya, Ying dan Iwan) berentap dengan Fang (yang berpakat dengan Adu Du, Probe dan dua robot lain) dalam perlawanan bola sepak lima lawan lima. Perlawanan dikawal ketat oleh Papa Zola selaku pengadil agar tiada sesiapa menggunakan kuasa istimewa untuk bermain kasar, tetapi permainan bertukar kucar-kacir setelah Papa Zola dipengsankan oleh rembatan bola yang terlampau kuat . Pasukan Fang mengambil kesempatan dengan bermain kotor dan menggunakan kuasa menyebebkan pasukan Boboiboy terpaksa menggunakan kuasa sekali. Mereka hampir kalah tetapi dengan atas bantuan Iwan (atau kerana Fang tidak fokus dan mengambil perhatian) pasukan Boboiboy menang. Akhirnya, Papa Zola bangun daripada pengsan dan mendendakan Fang, Probe dan Adu Du (walaupun Probe dan Adu du tidak pergi ke sekolah tersebut.) kerana bermain kotor dan mempengsankan Papa Zola | ||
"Episod 5" | 26 Agustus 2012 | |
Boboiboy and Gopal menyiasat bagaimana Fang mendapat kuasa, mengapa Ochobot pengsan setiap kali dia melihat muka Fang dan mengapa dia membeli biskut Yayah setiap hari. Sebaliknya,Boboiboy, Gopal dan Fang diserang oleh kucing sewel Pak Senin Koboi kerana memlalui lorongnya menyebabkan mereka lewat ke sekolah. Oleh itu, mereka terpaksa mencuri masuk ke sekolah melalui pejabat guru kerana pagar sekolah dijaga oleh Yayah. Mereka berjaya masuk tanpa didenda kerana lewat ke sekolah tetapi mereka tetap didenda juga kerana melalui kawasan larangan iaitu di pejabat guru. Ketika mereka melaksanakan denda mereka, mereka telah ditembak oleh Probe dengan pistol Pengecil. Mujurnya, Probe lupa penyekkan mereka sebaik sahaja dia mengecilkan mereka. Boboiboy, Gopal dan Fang berada di padang sekolah dalam saiz sekecil seperti lalat. | ||
"Episod 6" | 9 September 2012 | |
Dalam keadaan kecil halus akibat Pistol Pengecil Adu Du, BoBoiBoy, Gopal dan Fang berikhtiar untuk cepat pergi ke kedai Tok Aba untuk segera menjemput Ying dan Yaya untuk berpakat melawan musuh mereka. Akan tetapi, mereka harus melalui Lorong Pak Senin Koboi yang dikuasai oleh kucing sewel, maka Fang mencadangkan agar mereka membawa biskut sekali ke situ untuk menumpaskan kucing itu. Selepas itu, Yaya dan Ying membawa mereka ke Markas Kotak Adu Du untuk mencari penawar dan melawan musuh. | ||
"Episod 7" | 9 Desember 2012 | |
BoBoiBoy bertanya kepada Fang mengapa Ochobot pengsan setiap kali dia melihat wajahnya, tetapi Fang tidak dapat menjawab kerana lupa. Setelah mendengar cadangan Probe tentang mengitar semula idea-idea lama, Adu Du memperbaiki dan memperbaharui Cecair Emosi X dari musim lepas kepada Pistol Emosi Y yang digunakan untuk menyongsangkan perwatakan kelima-lima musuhnya. | ||
"Episod 8" | 16 Desember 2012 | |
BoBoiBoy, Ying, Yaya, Gopal dan Fang yang bertukar pelik perangai mereka akibat Pistol Emosi Y berarak ke Markas Kotak Adu Du untuk mencari penawar dengan bertemankan Ochobot. Di dalam markas, mereka berlima berhadapan dengan bilik seribu satu perangkap yang dipasang oleh Adu Du dan Probe, sementara Ochobot dan Fang beransur-ansur kembali mengingati bagaimana Fang memperoleh kuasanya dan juga punca Ochobot pengsan setiap kali dia melihat wajah Fang; setelah itu, kesan Fang pada Ochobot akhirnya pudar. | ||
"Episod 9" | 23 Desember 2012 | |
BoBoiBoy dan kawan-kawan akhirnya merampas penawar dari Adu Du dan menewaskan musuhnya dengan Harimau Kitar dengan mudah. BoBoiBoy turut meminta maaf pada Fang atas syak wasangkanya selama ini. Sekali lagi kecewa atas kekalahannya, Adu Du dan Probe merancang untuk merampas gelombang siaran televisyen bernama MKHIPI atau Markas kotak hari ini dan Pagi ini untuk menyiarkan rancangan wawancara dengan niat untuk memfitnah BoBoiBoy atas segala kesalahan yang dibuat oleh wira muda itu padanya, termasuk juga menjemput Papa Zola. Akan tetapi, rancangan mereka kali ini tidak begitu menjadi... | ||
"Episod Ejojo memberi informasi yang benar" | 30 Desember 2012 | |
Adu Du terkejut untuk mengetahui bahwa Ejo Jo tahu tentang misi di Bumi. Adu Du coba untuk memberi kebohongan kepada beliau mengenai BoBoiBoy dan teman-teman.kata Probe kasihan tuan bos kata komputer tapi kau selalu kalah. informasi adudu salah kekuatan teman-teman adalah manipulasi tetapi Ejo Jo berkeras untuk datang ke Bumi, mengatakan bahwa dia adalah benar-benar bersedia untuk mengalahkan dan akhirnya menuju ke Bumi kecepatan penuh. | ||
"Episod 11" | 10 Maret 2013 | |
Cikgu Papa telah mengumumkan bahawa ada peperiksaan matematik yang akan diduduki pelajar 5 Jujur selepas waktu rehat. Adu Du yang mengetahui mengenai hal tersebut melalui Probe telah menyamar sebagai seorang murid dan memasuki kelas 5 Jujur. Walaupun Boboiboy dan yang lain sudah mengecam Adu Du dan ingin membelasahnya, Papa Zola melarang mereka daripada berbuat demikian dan Adu Du telah diterima sebagai murid baharu dalam kelas tersebut. Dalam peperiksaan matematik sedang dijalankan, Adu Du mengucar-kacirkan keadaan dengan menggunakan mesin cuaca. Malangnya, kapal angkasa Ejo Jo telahpun tiba. | ||
"Episod 12" | 17 Maret 2013 | |
Boboiboy dengan pemakai Jam Kuasa yang lain bersua muka dengan Ejo Jo untuk pertama kalinya dan Ejo Jo mengarah robot tempurnya, P.E.T.A.I. untuk menyerang Probe dan menghancurkan Probe. Yaya, Ying, Gopal, Papazola serta murid-murid kelas 5 Jujur kecuali Boboiboy, Fang dan Ochobot akhirnya ditangkap oleh Ejo Jo. Boboiboy,Fang dan Ochobot akhirnya terpaksa berundur. | ||
"Episod 13" | 24 Maret 2013 | |
Boboiboy yang telah berpecah kepada tiga dalam bentuk tahap kedua telah bertungkus-lumus cuba mengalahkan robot P.E.T.A.I dan cuba menamatkan pertarungan dengan menggunakan Gerakan Kombo Boboiboy namun tidak berjaya menghancurkan perisai yang melindungi robot tersebut namun Fang telah mengeluarkan Naga Bayang dan berjaya menghancurkan lawannya itu, tetapi telah pengsan akibat menggunakan terlalu banyak tenaga. Akhirnya, Ejo Jo memasangnya perisainya sendiri untuk bertempur melawan Boboiboy. |