Teotihuacan merupakan piramid arkeologi di negeri Mexico, Mexico, dan juga bandaran tapak arkeologi tersebut. Kawasan majlis perbandaran tersebut meliputi kawasan seluas 82.66 km² dan, dalam tahun bancian 2000, mempunyai jumlah penduduk sekitar 44,653. Ia juga terkenal sebagai tapak piramid Teotihuacán.

Tapak arkeologi

Teotihuacan merupakan bandar Pre-Columbian terbesar di [Amerika]]. Ia terletak di negeri Mexico, lebih kurang 40 km (25 batu) tenggara northeast bandar Mexico.

Piramid Bulan "Pyramid of the Moon"

Piramid Bulan. Teotihuacan, Mexico.

"Teotihuacan" adalah nama Aztec, bererti Tempat Dewa-dewa. Menurut lagenda, di sinilah dewa-dewa berkumpul untuk merancang mencipta manusia.

Nama Teotihuacan juga digunakan untuk merujuk kepada tamadun dibawah penguasaan bandar ini, yang pada kemuncaknya mencakup sebahagian besar Mesoamerica. Bandar ini juga dikenali sebagai Tollan pada zaman silam, nama yang juga digunakan untuk Toltec ibu negeri Tula.

Pembinaan Teotihuacan bermula sekitar 300 Sebelum Masihi "BCE", dan bandar Teotihuacan mencapai masa keemasannya sekitar 300-600 Selepas Masihi "AD", apabila Teotihuacan menjadi pusat pengaruh ketamadunan. Pada mulanya, bandarraya Teotihuacan mencakup 13 km² (lebih 8 batu persegi), dan diperkirakan mempunyai penduduk melebihi 150,000 orang, kemungkinan hingga mencapai 200,000. Bukti arkeologi menunjukkan bandar Teotihuacan terdiri dari penduduk jiran dari segenap pelosok Mesoamerica, seperti Mixtec, Zapotec, dan Maya. Terdapat perdagangan dengan daerah lain Mesoamerica, termasuk perdagangan obsidian yang penting.

Laluan pusat bandar yang luas disempadani dengan bangunan keagamaan yang penting, termasuk Piramid Matahari (Pyramid of the Sun) dan Piramid Bulan (Pyramid of the Moon), Kuil Quetzalcoatl (Temple of Quetzalcoatl), dan kuil yang lebih kecil dan istana-istana.

Sayangnya tak ada teks Teotihuacan silam yang diketahui keberadaannya, tetapi bandar Teotihuacan kadang-kala dirujuk dalam teks monumen Maya, menunjukkan bangsawan Teotihuacan mengembara dan menilah dengan keluarga pemerintah tempatan sejauh sehingga Honduras. Hieroglyph Maya menyebut Burung Hantu Pelempar Lembing "Spearthrower Owl", kemungkinannya Maharaja Teotihuacan, yang memerintah lebih daripada 60 tahun dan meletakkan saudaranya sebagai raja Tikal dan Uaxactun di Guatemala.

Pada 650 Teotihuacan mengalamai kemunduran. Bandar Teotihuacan telah jarah dan dibakar, kemungkinannya oleh Toltec, sekitar 750 Setelah Masihi "AD".

Pengetahuan mengenai reruntuhan bandar besar ini tidak pernah hilang. Reruntuhan bandar Teotihuacan merupakan tempat berkumpul pada zaman Aztec; ia mempesonakan Conquistador yang melaluinya; dan ia merupakan salah satu daya tarik bagi pengunjung ke Mexico semenjak abad ke 19. penggalian arkeologi kecil-kecilan telah dilakukan pada abad ke 19, dan pada 1905 proyek penggalian besar-besaran dan pemugaran telah dilakukan di bawah pengawasan pakar arkeologi Leopoldo Batres, dengan Piramid Matahari diperbaiki dalam rangka menyambut kemerdekaan Mexico 1910 yang ke seratus tahun. Teotihuacan kekal menjadi tujuan para pelancong penting; ia sekarang mempunyai musium, dan penggalian arkeologi di situs tersebut masih dilakukan.

Pekara berkait

Pautan luar