Napster
Artikel ini perlu diterjemahkan dari bahasa Melayu ke bahasa Indonesia. |
Napster merupakan perkhidmatan musik dalam talian yang asalnya merupakan khidmat perkongsian fail dicipta oleh Shawn Fanning. Napster meninggalkan kesan besar pada Internet scene dalam tahun 2000. Teknologinya membenarkan peminat muzik untuk berkongsi lagu dalam format MP3 dengan mudah sesama sendiri, dengan itu menyebabkan pencabulan hakcipta yang teruk. Perkhidmatan itu dinamakan Napster sempena nama gelaran Fanning.
Napster asal dibebaskan pada musim luruh 1999. Ia merupakan yang pertama dari sistem perkongsian fail rakan-ke-rakan (peer-to-peer) yang amat di gemari ramai, walaupun ia bukannya sistem perkongsian fail rakan-ke-rakan "peer-to-peer" yang sempurna kerana ia menggunakan pelayan pusat untuk menyimpan senarai sistem yang mempunyai sambungan, dan nama fail yang terdapat di situ, sementara transaksi dilaksanakan secara langsung antara mesin tersebut, dan tidak melalui pelayang pusat.
Ini adalah serupa dengan cara sistem pesanan segara berfungsi. Walaupun telah terdapat medium yang agak popular yang memudahkan perkongsian fail melalui Internet seperti IRC, Hotline, dan USENET, Napster merupakan yang pertama untuk mengkhususkan dalam format MP3. Ini menghasilkan sistem yang mempunyai sejumlah besar pilihan lagu untuk dipindah turun The result was a system which featured a large selection of music to download. Ini memudahkan orang awam untuk mendapatkan muzik yang mereka mahu tanpa perlu pergi ke kedai rekod untuk membeli lagu yang hanya mempunyai satu atau dua lagu popular dan yang selebihnya hanyalah pengisi ruang kosong.
Pada saat yang lain, seseorang boleh dapat hampir secara serta merta lagu yang mereka pernah dengar di radio berpuluhan tahun dahulu tetapi sudah tidak diedarkan lagi masa kini. Mereka juga boleh dapat rakaman yang tidak diedarkan daripada album disalin secara haram "bootleg albums", khususnya daripada penyayi seperti The Beatles, The Rolling Stones, dan The Who, malah muzik latar dari filem yang tidak pernah diedarkan seperti dari John Williams dan Jerry Goldsmith.
Dengan fail yang didapati daripada Napster, pengguna mampu menghasilkan album kompilasi CD-r mereka sendiri secara percuma--dan pada asasnya tidak membayar satu sen royalti pun kepada penyanyi/pencipta atau waris mereka.
Ini menyebabkan kemarahan beberapa syarikat rakaman utama, yang serta merta -- pada Disembar 1999 -- mengemukakan saman secara berkumpulan "class action suit" terhadap Napster. Ini memberikan Napster publisiti meluas, dan berjuta pengguna mula menggunakan perkhidmatan Napster. Pengguna Napster memuncak kepada 13.6 juta pengguna pada Februari 2001 (sumber: comScore Media Metrix).
Ketika itu, ramai penyokong Napster yang kehairanan. Kepada mereka, ianya kelihatan bahawa perkongsian fail adalah salah satu ciri Internet, dan bukannya semata-mata terhad kepada Napster semata-mata, Napster hanya bertindak sebagai enjin pencari. Ramai yang menyatakan bahawa cubaan menutup Napster hanya akan mendorong orang ramai untuk menggunakan medium berlainan untuk berkongsi fail melalui Internet (seperti yang berlaku dengan aturcara rakan ke rakan seperti Audiogalaxy, aturcara Morpheus, Gnutella, dan KaZaA). Selain itu juga, ramai penyokong Napster bimbang mengenai penggunaan perkataan "tapak" untuk menggambarkan perkhidmatan tersebut (sedangkan ia adalah aturcara dan bukannya laman web), perkataan yang membayangkan bahawa Napster bertanggungjawab menyebarkan fail tersebut dan bukannya membantu orang berkongsi.
Pada Julai2001, seorang hakim telah mengeluarkan perintah larangan memerintah pelayan Napster di tutup bagi menghalang pelanggaran hakcipta berterusan. Pada 24 September 2001, kes tersebut separuh selesai. Napster bersetuju membayar pencipta lagu dan pemilik hakcipta US $26 juta sebagai pampasan penggunaan muzik masa lalu, dan juga sebagai bayaran muka untuk lesen royalti masa depan sebanyak US$10 juta. Untuk membayar yuran tersebut, Napster berusaha untuk menukarkan perkhidmatan percuma mereka kepada khidmat langgangan. Penyelesaian prototaip diuji pada musim panas 2002, tetapi tidak pernah dibebaskan kepada umum.
Pada 17 May 2002, Napster mengumumkan bahawa hartabendanya akan diambil alih oleh firma media Jerman Bertelsmann AG untuk US $8 juta.
Menurut syarat perjanjian tersebut, pada 3 Jun Napster memohon perlindungan Chapter 11 dibawah undang-undang muflis Amerika Syarikat. Pada 2 September 2002, seorang hakim kes bangkrup Amerika menghalang penjualan kepada Bertelsman dan memaksa Napster untuk menjual hartabendanya menurut Chapter 7 undang-undang muflis Amerika. Kebanyakan kakitangan Napster dibuang kerja, dan laman web bertukan untuk memaparkan "Napster pernah di sini".
Dalam tempoh semenjak Napster asal ditutup, beberapa aturcara perkongsian fail rakan ke rakan seperti Morpheus dan KaZaA telah diedarkan. Aturcara ini telah melepasi Napster sebagai sumber utama bagi peminat perkongsian fail MP3 untuk mendapatkan muzik yang mereka ingini. Untuk tempoh setahun, kemungkinannya penutupan Napster (dalam bentuk asal) hanya menyebabkan perlahan sementara dalam pertumbuhan perkongsian fail menurut penyokong perkongsian fail.
Pelayan pusat yang digunakan oleh Napster menjadikannya ianya sebagai sasaran perhakiman mudah (walaupun aturcara yang dikenali sebagai "Napigator" membenarkan aturcara Napster untuk memaut kepada sebarang pelayan Napster tidak rasmi), kerana ini jelas menunjukkan kehadiran aktiviti haram, dengan itu menjadikan Napster bersalah kerana cuai kerana tidak cuba mengawal aktiviti haram itu. Sistem gabungan lain seperti KaZaA dan Audiogalaxy juga telah disaman oleh industri rakaman, sementara sistem rakan ke rakan yang lebih tepat seperti Morpheus berasaskan Gnutella dan LimeWire telah terbukti lebih sukar untuk industri muzik untuk menghalang / tutup.
Pada 25 Jun 2003, dalam keputusan batu tanda yang akan kekal menukar perkhidmatan mizik dalam talian dan lanun muzik itu sendiri, RIAA bertukar arah bukan kepada perkhidmatan rakan ke rakan tetapi kepada pengguna komputer itu sendiri dan mengumumkan bahawa ia akan mengemukakan saman awam terhadap mereka kerana terbabit dalam perkongsian fail haram, dan mereka melaksanakan ancaman mereka bermula September tahun yang sama.
Napster kemudiannya digantikan dengan Napster 2.0 dalam usaha meneruskan perniagaan muzik atas talian secara sah.
Pranala luar
- Judge criticises both parties in Napster case
- Napster web site
- Napigator
- Advanced Peer-Based Technology Business Models - P2P Industry Model from M.I.T.