Kamus
Kamus adalah sejenis buku rujukan yang menerangkan makna kata-kata. Ia berfungsi untuk membantu seseorang mengenal perkataan baru. Selain menerangkan maksud kata, kamus juga mungkin mempunyai pedoman sebutan, asal-usul (etimologi) sesuatu perkataan dan juga contoh pengunaan bagi sesuatu berkataan. Untuk memperjelas kadang kala terdapat juga ilustrasi di dalam kamus. Biasanya hal ini terdapat dalam kamus bahasa Perancis.
Jenis-jenis Kamus
Berdasarkan penggunaan bahasa
Kamus boleh ditulis dalam satu atau lebih daripada satu bahasa. Dengan itu kamus boleh dibahagikan dengan beberapa jenis yaitu:
- Kamus Ekabahasa
Kamus ini hanya menggunakan satu bahasa. Kata-kata(entri) yang dijelaskan dan penjelasannya adalah terdiri daripada bahasa yang sama. Kamus ini mempunyai perbedaan yang jelas dengan kamus dwibahasa kerana penyusunan dibuat berasaskan pembuktian data korpus. Ini bermaksud definisi makna ke atas kata-kata adalah berdasarkan makna yang diberikan dalam contoh kalimat yang mengandung kata-kata berhubungan. Contoh bagi kamus ekabahasa ialah Kamus Dewan. - Kamus Dwibahasa
Kamus ini menggunakan dua bahasa, yakni kata masukan daripada bahasa yang dikamuskan diberi padanan atau pemerian takrifnya dengan menggunakan bahasa yang lain. Contohnya: Kamus Dwibahasa Oxford Fajar (Inggeris-Melayu;Melayu-Inggeris) - Kamus Aneka Bahasa
Kamus ini sekurang-kurangnya menggunakan tiga bahasa atau lebih.Misalnya, Kata Bahasa Melayu Bahasa Inggris dan Bahasa Mandarin secara serentak. Contoh bagi kamus Aneka bahasa ialah Kamus Melayu-Cina-Inggeris Pelangi susunan Yuen Boon Chan pada tahun 2004.
Berdasarkan isi
Kamus boleh muncul dalam pelbagai isi. Ini adalah kerana kamus diterbitkan dengan tujuan memenuhi keperluan gologan tertnetu. Contohnya, golongan pelajar sekolah memerlukan kamus bersaiz kecil untuk memudahkan mereka mambawa kamus ke sekolah.Secara umumnya kamus boleh dibahagi kepada 3 jenis saiz:
- Kamus Mini
Pada zaman sekarang sebenarnya susah untuk menjumpai kamus ini.Ia juga dikenali sebagai kamus saku kerana ia sekecil-kecil dapat simpan dalam saku. Tebalnya kurang daripada 2 cm. - Kamus Kecil
Kamus bersaiz kecil yang biasa dijumpai. Ia merupakan kamus yang mudah dibawa.Kamus Dwibahasa Oxford Fajar (Inggeris-Melayu;Melayu-Inggeris) - Kamus Besar
Kamus ini memuatkan segala leksikal yang terdapat dalam satu bahsa. Setiap perkataannya dijelaskan maksud secara lengkap.Biasanya saiznya adalah besar dan tidak sesuai untuk dibawa ke sana sini.Contohnya Kamus Dewan.
Kamus Istimewa
Kamus istimewa merujuk kepada kamus yang mempunyai fungsi yang khusus. Contohnya:
- Kamus istilah
Entri dalam kamus ini adalah terdiri daripada istilah khusus bagi bidang tertentu. Fungsinya adalah untuk kegunaan ilmiah. Contohnya ialah Kamus Istilah Fiqh - Kamus Etimologi
Kamus yang menerangkan asal usul sesuatu perkataan dan maksud asalnya. - Kamus tesaurus (perkataan seerti)
Kamus yang menerangkan maksud sesuatu perkataan dengan memberikan kata-kata seerti sahaja. Kamus ini adalah untuk membantu para penulis bagi mempelbagaikan penggunaan diksi. Contohnya, Kamus Seerti Bahasa Melayu PTS - Kamus peribahasa/simpulan bahasa
Kamus yang menerangkan maksud sesuatu peribahasa/simpulan bahasa. Selain daripada digunakan sebagai rujukan, kamus ini juga sesuai untuk dibaca dengan tujuan keseronokan. - Kamus Kata Nama Khas
Kamus yang hanya menyimpan kata nama khas seperti nama tempat, nama tokoh, dan juga nama bagi institusi. Tujuannya adalah untuk menyediakan rujukan bagi nama-nama ini. - Kamus Terjemahan
Kamus yang menyedia kata seerti bahasa asing untuk satu bahasa sasaran. Kegunaannya adalag untuk membantu para penterjemah.
Cara Untuk Menyusun Kamus
Penyusunan kamus merupakan suatu pekerjaan yang berat. Biasanya ia dilakukan secara bertahap dan merupakan pekerjaan bersama (team work). Secara umumnya penyusunan kamus akan melalui prosedur seperti di bawah.
- Perancangan
- Pembinaan Data Korpus
- Pengisihan dan Pengabjadan Data
- Pengolahan Data
- Pemerian Makna
Perancangan
Pada peringkat ini, penyusun kamus harus menentukan pekara seperti di bawah:
- Tujuan Penyusunan Kamus
- Pendekatan Kerja
Selepas itu, penyusun kamus akan mula mengumpul bahan-bahan yang diperlukan seperti pasukan penyusunnya, modal, komputer dan peralatan yang lain.
Pembinaan Data korpus
Hanya kata-kata yang pernah digunakan oleh masyarakat akan dimasukkan ke dalam kamus. Maka dengan itu, pasukan penyusun kamus akan membaca sejumlah karya untuk mendapatkan kata-kata kutipan yang akan dimasukkan ke dalam kamus nanti. Kata-kata ini akan dirakamkan ke dalam kad, satu kata satu kad, dan kad-kad ini disusun mengikut urutan abjad. Semua kata-kata yang pernah muncul dalam karya yang terbaca akan dirakam. Perkejaan ini merupakan pekerjaan yang berat, tetapi pada zaman sekarang ia banyak di bantu oleh komputer.
Pengisihan dan Pengabjadan Data
Prosedur ini merupakan satu kemestian. Setiap kata yang telah dirakam akan disusun menurut abjad. Sekiranya tidak, maka data-data adalah sesuatu yang tidak berguna kerana untuk mencari sesuatu perkataan dalam keadaan ini adalah tidak mungkin. Secara manual, kerja ini boleh dilakukan dengan merakamkan kata-kata kutipan di dalam kad, satu kata satu kad, supaya kata-kata ini boleh dialih dan disusun dalam urutan. Selepas itu kad-kad ini akan disimpan dalam katelog.
Pengolahan Data
Setelah kata-kata sudah dikumpul dan siap diabjadkan, maka data ini harus dianalisis. Pada peringkat ini penyusun kamus akan mengklasifikasikan kata-kata ini kepada:
- Kata-kata yang lewah
- Kata-kata baru
- Kata-kata neologisme(Kata-kata baru yang jarang diguna)
- Kata-kata yang mengalami perubahan makna
Selepas itu, penyusun kamus akan membuangkan kata-kata yang lewah, mendokumentasikan kata-kata neologisme, dan seterusnya mengambil kata-kata baru dan kata-kata yang mengalami perubahan makna ke peringkat "pemerian makna"
Pemerian Makna
Pemerian makna bermaksud menjelaskan makna sesuatu perkataan. Ia boleh dilakukan dengan menggunakan ilmu semantik dan pragmatik. Penyusun kamus boleh menggunakan pelbagai bahan rujukan seperti kamus yang sedia ada, daftar istilah dan sebagainya untuk mencari maksud sesuatu perkataan.
Sejarah
Referensi
- Ibrahim bin Ahmad. 2002. Perkamusan Melayu:Suatu Pengenalan. Kuala Lumupur. Dewan Bahasa dan Pustaka.