Irfan Bakti
Irfan Bakti atau nama penuhnya Irfan Bakti Bin Abu Salim merupakan seorang jurulatih pasukan bola sepak yang dilahirkan di negeri Kelantan Darul Naim. Beliau pernah mewakili pasukan negeri kelahirannya, P.B Kelantan dan juga pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia. Kemudiannya beliau menceburi bidang kejurulatihan dan telah melatih beberapa kelab bola sepak di Malaysia, antaranya Kelantan, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Telekom Melaka serta pernah menjadi penolong jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia. Kini beliau memegang jawatan selaku ketua jurulatih kelab bola sepak Indonesia iaitu "Persatuan Sepak Bola Indonesia Jayapura" atau ringkasnya, Persipura.
Kerjaya sebagai jurulatih
Tahun | Pasukan/Kelab | Kejayaan dalam Liga | Kejayaan Lain | Catatan |
---|---|---|---|---|
1999 | P.B Negeri Sembilan | Tempat ke-3 Liga Perdana 1 | Suku Akhir Piala Malaysia Suku Akhir Piala FA |
|
2000 | P.B Negeri Sembilan | Tempat Ke-6 Liga Perdana 1 | Naib Juara Piala Malaysia Suku Akhir Piala FA |
|
2001 | P.B Pulau Pinang | Juara Liga Perdana 1 | Suku Akhir Piala Malaysia Suku Akhir Piala FA |
|
2002 | P.B Pulau Pinang | Tempat Ke-4 Liga Perdana 1 | Juara Piala FA | |
2003 | P.B Pulau Pinang | Tempat ke-6 Liga Perdana 1 | Juara Piala Sultan Ahmad Shah | |
2004 | K.B Telekom Melaka | Naib Juara Liga Perdana | ||
2005 | K.B Telekom Melaka | Tempat ke-4 Liga Super | Suku Akhir Piala Malaysia | |
2005/2006 | K.B Telekom Melaka | Tempat Kedua Liga Super | Separuh Akhir Piala Malaysia | |
2006/2007 | K.B Telekom Melaka | Meninggalkan kelab pada Feb 07 untuk menyertai Persipura | ||
2007 | Persipura, Indonesia |
Catatan:
Mulai musim 2004 Liga tertinggi di Malaysia telah ditukar nama dari Liga Perdana 1 kepada liga Super.
Manakala liga tahap kedua iaitu Liga Perdana 2 menjadi Liga Perdana sahaja.