Irfan Bakti

Revisi sejak 30 September 2007 13.37 oleh IvanLanin (bicara | kontrib) ({{terjemah|Melayu}})

Irfan Bakti atau nama penuhnya Irfan Bakti Bin Abu Salim merupakan seorang jurulatih pasukan bola sepak yang dilahirkan di negeri Kelantan Darul Naim. Beliau pernah mewakili pasukan negeri kelahirannya, P.B Kelantan dan juga pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia. Kemudiannya beliau menceburi bidang kejurulatihan dan telah melatih beberapa kelab bola sepak di Malaysia, antaranya Kelantan, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Telekom Melaka serta pernah menjadi penolong jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia. Kini beliau memegang jawatan selaku ketua jurulatih kelab bola sepak Indonesia iaitu "Persatuan Sepak Bola Indonesia Jayapura" atau ringkasnya, Persipura.

Kerjaya sebagai jurulatih

Tahun Pasukan/Kelab Kejayaan dalam Liga Kejayaan Lain Catatan
1999 P.B Negeri Sembilan Tempat ke-3 Liga Perdana 1 Suku Akhir Piala Malaysia
Suku Akhir Piala FA
2000 P.B Negeri Sembilan Tempat Ke-6 Liga Perdana 1 Naib Juara Piala Malaysia
Suku Akhir Piala FA
2001 P.B Pulau Pinang Juara Liga Perdana 1 Suku Akhir Piala Malaysia
Suku Akhir Piala FA
2002 P.B Pulau Pinang Tempat Ke-4 Liga Perdana 1 Juara Piala FA
2003 P.B Pulau Pinang Tempat ke-6 Liga Perdana 1 Juara Piala Sultan Ahmad Shah
2004 K.B Telekom Melaka Naib Juara Liga Perdana
2005 K.B Telekom Melaka Tempat ke-4 Liga Super Suku Akhir Piala Malaysia
2005/2006 K.B Telekom Melaka Tempat Kedua Liga Super Separuh Akhir Piala Malaysia
2006/2007 K.B Telekom Melaka Meninggalkan kelab pada Feb 07
untuk menyertai Persipura
2007 Persipura, Indonesia

Catatan:
Mulai musim 2004 Liga tertinggi di Malaysia telah ditukar nama dari Liga Perdana 1 kepada liga Super.
Manakala liga tahap kedua iaitu Liga Perdana 2 menjadi Liga Perdana sahaja.