Abu Bakar dari Johor

Sultan Johor

Sultan Sir Abu Bakar ibni Almarhum Raja Temenggong Seri Maharaja Tun Daeng Ibrahim Al-Aydrus GCMG KCSI (Jawi: المرحوم سلطان سير ابو بكر ابن المرحوم تمڠڬوڠ دايڠ إبراهيم سري مهاراج جوهر) (3 Februari 1833 – 4 Juni 1895) adalah Sultan Johor pertama sekaligus penerus kepemimpinan ayahnya, Daeng Ibrahim, atas wilayah Johor. Daeng Ibrahim meninggal dunia pada tahun 1862,dan digantikan oleh putranya Abu Bakar.

Abu Bakar
Sultan Johor
Potret Sultan Abu Bakar

1. Temenggong Johor:
2 Februari 1862 – 29 Juni 1868
2. Maharaja Johor:
30 Juni 1868 – 12 Februari 1886

3. Sultan Johor:
13 Februari 1886 – 4 Juni 1895
Sultan Johor
PendahuluAli Iskandar dari Johor
PenerusSultan Ibrahim dari Johor
Kelahiran3 Februari 1833
Singapura
Kematian4 June 1895 (umur 62)
London, Inggris
Pemakaman7 September 1895
AyahDaeng Ibrahim

Temenggung Abu Bakar adalah seorang tokoh dan pemerintah Johor yang amat bijaksana.Kemudiannya, dia telah menguasai seluruh wilayah Johor, iaitu setelah Sultan Ali mangkat pada tahun 1877.

Kepemimpinan dan ketokohannya dalam memaju dan memodenkan Johor memang terkenal.Temenggung Abu Bakar telah mendapat pendidikan Barat sejak keci lagi.Oleh itu, dia sangat terpengaruh dengan cara pemerintahan dan pentadbiran Barat.Baginda juga telah membuat banyak lawatan ke negara-negara Eropa terutamanya ke Inggris, untuk mencari pengalaman dan mempelajari cara orang Barat memerintah dan mentadbirkan negara.

Kebijaksanaannya menyebabkan baginda dihormati oleh pedagang dan pemerintah Britania Raya.Baginda juga bersahabat baik dengan Ratu Victoria, ratu Great Britain pada masa itu.Ratu tersebut telah mengurniakan gelaran Maharaja Johor kepada dia pada tahun 1868.

Seterusnya pada tahun 1885, Johor telah menandatangani perjanjian persahabatan dengan kerajaan British.Melalui perjanjian ini, kerajaan British mengiktiraf Johor sebagai sebagai sebuah negeri yang bebas dan berdaulat.Maharaja Abu Bakar juga diiktiraf sebagai Sultan Johor.Baginda bersetuju menerima seorang pegawai British yang bertugas sebagai Konsul British di Johor bukan sebagai penasihat.British juga bersetuju melindungi Johor jika berlaku sebrang ancaman dari luar.

Baginda juga pernah meresmikan Penjara Johor Bahru pada tahun 1883.