Demografi Iran

(Dialihkan dari Demografi iran)

Pada tahun 2006 populasi Iran sebanyak 70 juta,[1][2] dan suku dari populasinya berumur kurang darip 15 tahun.[3] Penduduk Iran juga merupakan sebuah penduduk yang memiliki keragaman suku dan bahasa. Lebih kurang 70 persen dari populasinya adalah bangsa Persia,[4] sebuah kumpulan etnik yang menggunakan bahasa Iran. Suku-suku yang tergolong dalam bangsa ini ialah suku Persia, suku Kurdis, suku Gilaki, suku Mazandarani, suku Lur, dan suku Balochi. Kumpulan etnik lain adalah Bangsa Turki seperti suku Azeri, Turkmen dan Qashqai. Selebihnya adalah orang Semit seperti Arab, Assyria dan Yahudi dan juga Indo-Eropa seperti Armenia.

Agama di Iran

sunting

Mayoritas penduduk Iran beragama Islam. 89 persen dari penganut Islam tergolong dalam mazhab Syiah, selebihnya adalah Sunah Waljamaah. Agama-agama lain yang dianuti penduduk Iran ialah Agama Majusi, agama Yahudi, agama Bahai, agama Mandean dan agama Kristen.

Statistik lain

sunting

Populasi: 68,688,433 (anggaran pada Julai 2006.)

Etnik: Parsi 51%, Azeri 24%, Gilaki-Mazandarani 8%, Kurdis 7%, Arab 3%, Balochi 2%, Turkmen 2%, Lur 2%, lain lain 1% (berdasarkan data Agensi Perisikan Pusat atau CIA)

Bahasa: Bahasa Parsi 58%, Bahasa Turki 26%, Bahasa Kurdis 9%, Bahasa Balochi 1%, Bahasa Arab 1%, lain lain 2%

Agama: Syiah Islam 89%, Sunah Waljamaah Islam 9%, Majusi, Yahudi, Kristian, and Bahá'í 2%

Melek Huruf:
definisi: umur 15 tahun dan ke atas yang melek huruf
persen: 80%
lelaki: 86%
perempuan: 73.0% (anggaran 2003.)

Kumpulan Umur:
0-14 tahun: 26% (lelaki 9,204,785; perempuan 8,731,429)
15-64 tahun: 69% (lelaki 24,133,919; perempuan 23,245,255)
65 years and over: 5% (lelaki 1,653,827; perempuan 1,719,218) (anggaran 2006)

Umur (median):
jumlah: 25 tahun
lelaki: 25 tahun
perempuan: 25 tahun (anggaran 2006)

Kadar pertumbuhan penduduk: 1.1% (anggaran 2006)

Kadar kelahiran: 17 kelahiran/1,000 penduduk (anggaran 2006)

Kadar kematian: 5.55 kematian/1,000 penduduk (anggaran 2006)

Migrasi: -0.48 migran/1,000 penduduk (anggaran 2006)

Nisbah jantina:
ketika kelahiran: 1.05 lelaki/perempuan
bawah 15 tahun: 1.05 lelaki/perempuan
15-64 tahun: 1.04 lelaki/perepuan
65 tahun dan keatas: 0.96 lelaki/perempuan
Jumlah penduduk: 1.04 lelaki/perempuan (anggaran 2006)

Kadar mortaliti bayi: 40.3 kematian/1,000 kelahiran (anggaran 2006)

Jangka umur ketika kelahiran:
Jumlah: 70 tahun
lelaki: 69 tahun
perempuan: 72 tahun (anggaran 2006)

Kadar kesuburan wanita: 1.8 kelahiran bayi/wanita (anggaran 2006)

Pranala luar

sunting

Referensi

sunting
  1. ^ Pusat perangkaan Iran
  2. ^ Dari laman web www.Irna.ir
  3. ^ "CIA Factbook Demografi Iran". Diarsipkan dari versi asli tanggal 2006-11-29. Diakses tanggal 2016-08-12. 
  4. ^ "CIA Factbook". Diarsipkan dari versi asli tanggal 2006-11-29. Diakses tanggal 2016-08-12.