Distrik Baling

distrik di Malaysia

Baling(Jawi:باليڠ, Tamil:பாலிங்) merupakan salah satu daripada jajahan dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Kawasan Parlimen Baling di negeri Kedah Darul Aman, negara Malaysia. Negeri Kedah terletak di utara Semenanjung Malaysia.

Baling terkenal dengan air terjunnya, seperti Lata Bayu dan Bukit Hijau; serta buah-buahan tempatannya, seperti durian dan langsat. Selain itu, baling juga terkenal dengan perkampungan asli yang terletak di Mukim Siong, di mana terletaknya kolam air panas yang dipanggil Kolam Air Panas Legong.Ada 3 kolam air panas yang bebeza suhu.

Asal usul nama

sunting

Nama Baling dipercayai berasal daripada peristiwa yang tercatat dalam Hikayat Raja Bersiong. Raja Bersiong telah memulas keluar kedua-dua siongnya di suatu tempat dan baginda membaling jauh gigi-gigi tersebut. Tempat di mana peristiwa ini berlaku telah dinamakan Baling.

Daerah Baling, di pedalaman negeri Kedah, terdiri daripada enam mukim iaitu Mukim Tawar, Mukim Pulai, Mukim Kupang, Mukim Teloi Kanan, Mukim Bongor dan Mukim Siung. Kebanyakan penduduk daerah ini bersawah padi dan menorah getah. Bandar ibu daerah ini juga bernama Baling. Ada berbagai cerita tentang kemunculan nama baling, termasuk yang dikaitkan dengan Raja Bersiung, raja keempat daripada keturunan Merong Maha Wangsa. Raja Bersiung gemar memakan sayur bayam dengan kuah darah manusia. Baginda melarikan diri setelah kegemarannya yang menjijikkan itu diketahui rakyat. Ketika Raja Bersiung lari daripada kepungan menteri dan rakyatnya, baginda terpaksa berhenti beberapa kali kerana menderita sakit gigi taring atau siungnya. Apabila kesakitannya itu tidak reda-reda, baginda mengambil keputusan untuk mencabut siungnya itu. Namun siung itu masih kejap dan tidak mudah dicabut. Sudah beberapa kali baginda menjerit kesakitan ketika cuba untuk mencabutnya. Apabila siungnya itu akhirnya berjaya dicabut baginda terus membalingnya jauh-jauh, tanda marah. Tempat siung itu jatuh dinamakan ‘Baling’.

Dalam cerita kedua, nama Baling dikaitkan dengan orang Siam (Thai) dan orang Burma (Myanmar) yang datang ke daerah itu kira-kira dua ratus tahun dahulu. Mereka datang ke Baling kerana ingin memulakan penghidupan baru. Setelah merentasi pelbagai jenis rintangan mereka sampai ke Baling dan membuat keputusan untuk membuka kawasan hutan di situ. Mereka begotong-royong menebang hutan dan belukar untuk memulakan penempatan baru. Mereka bercucuk tanam, berniaga dan membawa sampan penambang untuk menyara hidup. Ada juga di kalangan mereka yang mencari kayu di hutan dengan menggunakan gajah. Sungai Ketil yang pada masa itu dalam dan luas, menjadi alat perhubungan utama penduduk tempatan. Sungai itu juga kaya dengan ikan. Sampan-sampan dari Kota Kuala Muda yang sarat dengan barang-barang dagang banyak yang berlabuh di tempat itu. Pangkalan di kawasan penempatan baru itu juga dijadikan tempat memunggah candu mentah yang dibawa dari Burma untuk dijual di Kota Kuala Muda.

Bagi penduduk yang bertani, tanaman mereka sangat berhasil. Mereka gembira melihat sayur-sayuran dan buah-buahan yang begitu menjadi. Akan tetapi. Kegembiraan mereka tidak kekal lama. Buah-buahan mereka seperti langsat, rambutan dan durian diserang oleh beribu-ribu kera yang dikatakan datang dari hutan Gunung Baling. Binatang-binatang itu bebas memakan dan memusnahkan buah-buahan mereka. Setelah habis musim buah-buahan, binatang-binatang itu balik ke hutan Gunung Baling. Oleh sebab kaum pendatang itu tidak pernah melihat kera yang begitu banyak mereka menamakan kampung mereka Ban-Lin yang bererti ‘kera’. Lama-kelamaan perkataan Ban-Lin bertukar menjadi ‘Baling’.

Wakil Rakyat

sunting

Keputusan pilihan raya Malaysia 2004 seperti berikut ;

Calon Parti Undi
Datuk Dr Mashitah Ibrahim BN(UMNO) 32,175
Taib Azamuddin Md Taib(Penyandang) PAS 28,075

Pranala luar

sunting