Belalang padi (serangga)

Revisi sejak 24 Januari 2008 04.23 oleh Borgxbot (bicara | kontrib) (Robot: Cosmetic changes)

Belalang Juta

Bersendirian (atas) dan berkelompok (gregarious) (bawah) belalang juta

Alam Haiwan
Filum Arthropoda
Kelas biologi Serangga
Aturan ( Order ) Orthoptera
Sub-aturan ( Sub-Order ) Caelifera
Keluarga biologi Acrididae
Genus Schistocerca
Spesies Schistocerca gregaria


Ancaman belalang juta (Schistocerca gregaria) telah mengancam penghasilan pertanian di Afrika, Timur Tengah dan Asia selama berabad lamanya. Kehidupan hampir satu per sepuluh dari penduduk dunia boleh diberi kesan oleh serangga lapar ini.

Ekologi belalang juta

Belalang juta hidup bersendirian sehingga hujan turun. Hujan mengakibatkan tumbuhan tumbuh dan menggalakkan penghasilan telur yang telah dihasilkan dalam tanah berpasir. Tumbuhan baru ini menghasilkan makanan untuk belalang yang baru menetas dan memberikan mereka perlindungan sehingga mereka membesar menjadi serangga dewasa bersayap.

Apabila tumbuhan tersebar dalam cara tertentu sehingga belalang terpaksa berkumpul untuk makan, dan terdapat hujan yang cukup untuk kebanyakan telur menetas, memaksa hubungan fizikal antara kaki belakang serangga bersentuhan sesama sendiri. Ini mengakibatkan peningkatan kadar metabolik dan perubahan tingkah-laku yang mengakibatkan perubahan serangga dari tingkah-laku bersendirian kepada tingkah-laku berkelompok (gregarious). Apabila belalang menjadi berkelompok mereka bertukar warna dari hijau kepada hitam dan kuning, badan mereka berubah menjadi pendek, dan mereka menghasilkan hormon yang menyebabkan kesemua mereka berkumpul pada satu kawasan, dan menggalakkan pembentukan kawanan.


Ketika tempoh senyap, dikenali sebagai recessions, belalang terhad kepada lengkungan 16-juta-kilometer-persegi yang melangkaui Gurun Sahara di Afrika Utara, menyeberangi Semenanjung Arab, dan ke barat laut (northwest) India. Apabila keadaan sesuai, kawanan belalang juta menyerbu negara disekeliling kawasan recession, ke utara sehingga ke Sepanyol dan Russia dan ke timur sehingga ke India dan Asia baratdaya (southwest). Sebanyak 60 negara boleh terjejas.

Kawanan belalang juta menyeberangi Laut Merah antara Afrika dan Semenanjung Arab dan pernah dilapurkan menyeberangi Lautan Atlantik dari Afrika ke Karibbean. Satu kawanan belalang juta mampu melitupi 1,200 kilometer persegi dan mengandungi antara 40 dan 80 juta belalang setiap kilometer persegi.

Kerugian tanaman

Belalang juta mampu memakan anggaran tumbuhan hijau seberat jisim badan mereka setiap hari: daun, bunga, kulit kayu, batang, buah, dan benih. Hampir kesemua tanaman, dan tumbuhan bukan tanaman, berisiko, termasuk millet, padi, jagung, sorghum, tebu, barli, kapas, pokok buah, pokok kurma, sayuran, rumput ragut, akasia, pine, dan pisang.

Kerugian tumbuhan dicatat dalam Injil dan Al Quran. Dalam abad lepas, serangan Belalang Juta berlaku pada 1926-1934, 1940-1948, 1949-1963, 1967-1969 dan 1986-1989. Kerugian besar tanaman disebabkan kawanan belalang juta, memberatkan masalah kekurangan makanan, dan merupakan ancaman kepada keselamatan bekalan makanan.

Kawalan

Pada masa kini kawalan utama mengawal kawanan belalang juta adalah dengan racun serangga organophosphate yang disembur dalam dos rendah dengan kenderaan dan pesawat terbang penyembur. Racun serangga ini perlu disembur secara langsung kepada serangga. Kawalan dilaksanakan oleh kerajaan di negara yang diancam belalang juta. Tiada cara kawalan biologi telah dimajukan masa kini, dan walaupun burung memakan belalang, burung tidak mampu makan cukup belalang untuk mengelakkan kawanan belalang juta.

thumb|left|230px|Belalang makan NASA telah membangunkan kaedah mengesan keadaan dan kawasan yang berkemungkinan menghasilkan kawanan melalui satelit. Data satelit digabung dengan maklumat cuaca, penyemburan udara, digunakan oleh FAO (Desert Locust Information Service), mereka memberikan maklumat dan tabungan untuk negara yang terjejas.

Belalang juta adalah perosak yang sukar ditangani, dan langkah kawalan lebih sukar dengan kawasan yang luas dan terpencil (16-30 juta kilometer persegi) di mana belalang boleh dijumpai. Infrastruktur asas yang tidak dibangunkan di sesetengah negara terbabit, sumber terhad untuk mengawal dan memantau belalang dan pergolakan politik di dalam dan antara negara mengurangkan lagi keupayaan sesebuah negara menangani ancaman belalang juta.


Rujukan

  • Showler, A. T. 1996. The Desert Locust in Africa and Western Asia: Complexities of War, Politics, Perilous Terrain, and Development [1]
  • Lindsey, R. 2002. Locust! [2]
  • The desert locust information service [3]