Angka Thai
Sistem bilangan | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|
| ||||||
Daftar sistem bilangan |
Angka Thai (bahasa Thai: เลขไทย) adalah sistem angka tradisional yang digunakan di Thailand, di samping Angka Arab yang lebih banyak digunakan. Angka Thai mengikut sistem angka Hindu-Arab yang biasa digunakan di seluruh dunia. Dalam Bahasa Thai, angka sering didahului oleh kata benda yang modifikasi dan mendahului kata hitung, walaupun terdapat juga variasi dalam bentuk yang lain.
Angka utama
Nol hingga sembilan
Nol dalam Bahasa Thai disebut sun, yang berasal dari Bahasa Sanskerta śūnya (kosong). Penyebutan Thai bagi Angka “dua” hingga “sembilan” menyamai penyebutan dalam bahasa Kanton yang dituturkan di selatan China, yang dianggap tempat asal bangsa Tai. Ia juga hampir menyamai penyebutan dalam kelompok bahasa Min Nan (Bahasa Teochew/Bahasa Hokkien), mungkin kerana kerana kebanyakan orang Cina Thai adalah dari suku Teocheow. Bagaimanapun, bentuk digit angka Thai adalah lebih menyerupai angka Khmer. Berikut adalah perbandingan antara penyebutan ketiga-tiga bahasa; Thai, Kanton dan Min Nan . Untuk penyebutan Thai, Sistem Transkripsi umum Kerajaan Thai (RTGS) digunakan.
Nombor | Thai | Khmer | Kanton | Hokkien | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Angka | Tulisan | RTGS | penyebutan Kuno | ||||
0 | ๐ | ศูนย์ | sun | (Sanskerta śūnya) | ០ | 零 (ling4) | 空 (khong3) |
1 | ๑ | หนึ่ง | nueng | อ้าย (âai) | ១ | 一 (yat1) | 一 (it4) |
2 | ๒ | สอง | song | ยี่ (yîi) | ២ | 二 (yi2) [雙 (seung1) = pair] | 二 (ji7) [雙 (song1, lit.)] |
3 | ๓ | สาม | sam | สาม (sǎam) | ៣ | 三 (saam1) | 三 (sam1, lit.) |
4 | ๔ | สี่ | si | ไส (săi) | ៤ | 四 (sei3) | 四 (si3) |
5 | ๕ | ห้า | ha | งั่ว (ngûa) | ៥ | 五 (ng5) | 五 (go.7) |
6 | ๖ | หก | hok | ลก (lók) | ៦ | 六 (luk6) | 六 (liok8, lit.) |
7 | ๗ | เจ็ด | chet | เจ็ด (jèd) | ៧ | 七 (chat1) | 七 (chit4) |
8 | ๘ | แปด | paet | แปด (pàed) | ៨ | 八 (baat3) | 八 (pat4, lit.) |
9 | ๙ | เก้า | kao | เจา (jao) | ៩ | 九 (gau2) | 九 (kau2) |
10 | ๑๐ | สิบ | sip | จ๋ง (jǒng) | ១០ | 十 (sap6) | 十 (tzhap2) |
[lit. = penyebutan literal]
Sepuluh hingga satu juta
Kata Sanskerta “lakh” menentukan notasi posisional bagi satu angka (tam naeng khong thua lek, ตําแหน่งของตัวเลข), yang dinamakan untuk perpangkatan sepuluh: posisi angka adalah lakh nuay (หลักหน่วย); “puluhan” adalah lakh sip (หลักสิบ); “ratusan” adalah lakh roi (หลักร้อย), dan seterusnya[1]. Angka satu setelah sepuluh akan disebut et (Kanton: 一, yat1; Minnan: 一, it4). Angka sepuluh (sip) adalah sama seperti dalam bahasa Min nan 十 (sip8, lit.). Angka dari 20 hingga 29 akan bermula dengan yi sip (Kanton: 二十, yi6sap6; Minnan: 二十, lit. ji7sip8). Nama lakh sip untuk nombor dari 30 hingga 90, dan untuk lakh 100, 1000, 10,000, 100,000 dan satu juta, hampir seperti angka Khmer.
Nombor | Thai | RTGS | |
---|---|---|---|
10 | ๑๐ | สิบ | sip |
11 | ๑๑ | สิบเอ็ด | sip et |
12 | ๑๒ | สิบสอง | sip song |
20 | ๒๐ | ยี่สิบ | yi sip |
21 | ๒๑ | ยี่สิบเอ็ด | yi sip et |
22 | ๒๒ | ยี่สิบสอง | yi sip song |
100 | ๑๐๐ | ร้อย | roi |
1 000 | ๑๐๐๐ | พัน | phan |
10 000 | ๑๐๐๐๐ | หมื่น | muen |
100 000 | ๑๐๐๐๐๐ | แสน | saen |
1 000 000 | ๑๐๐๐๐๐๐ | ล้าน | lan |
Untuk Angka 21 hingga 29, bagian yang menyatakan “20”: yi sip (ยี่สิบ), yang biasa dipendekkan menjadi yip (ยีบ, ยิบ).
Angka “ratusan” dibentuk dengan menggabungkan roi dengan nilai “puluhan” dan “satu”. Contohnya, 232 ialah song roi sam sip song. Kata roi, phan, muen, dan saen wajib dimulai dengan angka (tidak wajib untuk nueng), maka 210 disebut song roi sip dan 100 boleh disebut samada roi saja atau nueng roi. Nueng tidak akan mendahului sip, jadi penyebutan song roi nueng sip untuk 210 adalah tidak tepat. Penutur ibu Thai kadang-kadang menggunakan roi nueng (atau phan nueng, etc.) dengan nada yang berbeda untuk nueng untuk membedakan 100 dengan 101 (atau 1001,10001 dan seterusnya). Namun, penggunaan nada berbeda ini biasa tidak dibuat sehingga menyebabkan kekeliruan. Untuk mengatasi masalah ini, nombor 101 (atau 1001, 10001, dan seterusnya), akan disebut roi et (atau phan et, muen et, dan seterusnya)
Bilangan diatas satu juta
Angka melebihi satu juta akan dibentuk dengan mengkalikan lan (satu juta) dengan suatu angka. Sebagai contoh, 100,000,000 adalah sip lan (10x1,000,000), dan satu triliun adalah lan lan (1,000,000x1,000,000).
Bilangan desimal dan pecahan
Desimal dalam angka Thai disebut chut(จุด, koma). Sebagai contoh, 1.01 disebut nueng chut sun nueng (หนึ่งจุดศูนย์หนึ่ง).
Pecahan dibentuk dengan meletakkan nai (ใน, per) antara pembilang dan penyebut atau menggunakan [set] x suan y ([เศษ] x ส่วน y, x bagian dari keseluruhan y) untuk menyatakan dengan lebih jelas. Contohnya, ⅓ boleh disebut nueng nai sam (หนึ่งในสาม) atau [set] nueng suan sam ([เศษ]หนึ่งส่วนสาม).
Kata khrueng (ครึ่ง) digunakan untuk "setengah". Ia di depan kata hitung jika digunakan secara tunggal, tetapi ia di belakang kata hitung jika digunakan dengan nombor lain. Sebagai contoh, kradat krueng phaen (กระดาษครึ่งแผ่น) bermaksud "setengah lembar kertas", tetapi kradat nueng phaen krueng (กระดาษหนึ่งแผ่นครึ่ง) bermaksud "satu setengah lembar kertas".
Bilangan negatif
Bilangan negatif dibentuk dengan meletakkan lop (ลบ, minus) di depan sesuatu angka. Contohnya, −11 ialah lop sip et (ลบสิบเอ็ด).
Nombor ordinal
Nombor ordinal dibentuk dengan meletakkan thi (ที่, place) di hadapan nombor.
Thai | RTGS | Arti |
---|---|---|
ที่หนึ่ง | thi nueng | Pertama |
ที่สอง | thi song | Kedua |
ที่สาม | thi sam | Ketiga |
ที่สี่ | thi si | Keempat |
Rujukan
- ^ Online Royal Institute Dictionary Diarsipkan 2009-03-03 di Wayback Machine., 1999 edition: pilih "ห" dan masukkan หลัก
Lihat juga
Pranala luar =
- Thai Royal Institute On-line Dictionary Diarsipkan 2009-03-03 di Wayback Machine. (ORID 1999) [TH: พจนานุกรม ฉบับราชบัณฑิตยสถาน พ.ศ. ๒๕๔๒]
- Sistem angka dalam pelbagai sistem penulisan, termasuk sistem angka Lao, Khmer dan Thai 0-9; retrieved 2008-11-12
- Versi grafik untuk sistem angka dalam pelbagai sistem penulisan, Unicode tak diperlukan; retrieved 2008-11-12
- Thai Numbers. How they are written in their numeral and textual forms and how to pronounce them.