Suku Kedayan
Suku Kedayan/Kadayan adalah suku bangsa yang berasal dari Brunei. Sebagian suku Kedayan bermigrasi ke Miri, Sarawak. Bahasa Kedayan termasuk bahasa Melayu Lokal. Suku Kedayan merupakan salah satu bangsa yang menetap di Miri. Dipercayai berasal dari Brunei dan berhijrah ke Miri. Sebelum penubuhan Malaysia, Miri merupakan sebahagian daripada Brunei. Kebanyakan bangsa Kedayan daerah Bekenu. Selain itu, bangsa Kedayan juga boleh ditemui di Sipitang, Sabah dan Labuan. Bahasa yang digunakan ialah Bahasa Kedayan ("bahasa de facto" Brunei).
Kaum Kedayan di Labuan bukannya orang pantai, dan cenderung menetap di kawasan pedalaman. Rumah-rumah di kampung dibina agak dekat antara satu sama lain, mengikut pola kelompok, dengan taman-taman bercabang seperti jejari ke luar. [1]
Asal-Usul Puak Kedayan Di Brunei
Kedayan merupakan bangsa campuran Orang Jawa dan Masyarakat Melayu Brunei yang mana peristiwa Sultan Brunei Ke 5 iaitu Sultan Bolkiah (1473-1521) yang rajin singgah di tanah nusantara seperti di kepulauan Jawa, Sumatra, Kalimantan dan termasuklah Di tanah Filipina. Dan di tanah Jawa Baginda dapat melihat aktiviti orang Jawa yang rajin bercucuk tanam dan berpadi dan mereka ini dikenali dengan jadi bertanam (hasil tangan mereka yang banyak membuahkan hasil), maka baginda segera menawarkan mereka untuk menetap di Brunei. Setelah di Brunei banyak aktiviti pertanian dibuat dengan giat dan banyak hasilnya lalu Baginda memberikan hadiah. Di sinilah bermulanya ikatan pertalian dan persaudaraan orang Jawa melalui perkahwinan campur dengan Masyarakat Melayu Brunei sehingga pada masa kini puak kedayan banyak menetap di Daerah Temburong, Tutong, Belait dan Brunei dan Muara (Jerudong). Dan kemudian berpindah-rendah ada yang menetap di Sabah dan di Sarawak.
Bahasa Kedayan
Bahasa Kedayan merupakan satu kelainan bahasa Melayu. Abjad bahasa Kedaya hanya terdiri daripada 18 huruf, seperti berikut:
Kecuali dipengaruhi oleh bahasa Melayu yang dipelajari oleh orang-orang Kedayan sebagai lingua franca, vokal o dan e hampir tidak wujud dalam perbendaharaan kata bahasa Kedayan. Umpamanya:
- besar = basaa
- otak = utak
- kota = kuta.
Vokal o hanya wujud sebagai gandingan kepada konsonan r, umpamanya taloo untuk 'telur', dengan o berfungsi sebagai konsonan gantian. Konsonan bahasa Melayu yang ditinggalkan oleh bahasa Kedayan ialah f, q, r, v, z ( x tidak wujud dalam abjad bahasa Melayu). Bagaimanapun, ketinggalan konsonan r merupakan satu huruf paling nyata. Bergantung kepada bunyi dan gandingan huruf, perkataan bahasa Kedayan akan berbunyi seperti berikut:
- r = aa; umpamanya besar = basaa
- r = ii; pandir = pandii
- r = oo atau r = uu; telur = taloo atau taluu
- r = ing
- air = aing.
Kecuali ketika mengikut dasar sistem ejaan bahasa Melayu yang menetapkan bahawa semua perkataan pinjaman perlu sedapat-dapatnya mengekalkan bunyinya, bahasa Kedayan hanya menggunakan 18 huruf yang tersebut.[2]
Kamus Bahasa Melayu-Kedayan
- kadiaku : saya,aku
- kadika'ou: engkau
- biskita : anda
- bisdurang: mereka
- paradian : saudara-mara
- nada : tiada
- inda : tidak
- auwoo : ya
- bah : lah,ok (selalu diletakkan di ujung kata untuk melengkapkan kata tersebut)
- indung : ibubapa
- tatak : potong,pancung
- bedudun : berziarah, bekunjung
- coiek : mangkuk,bekas utk makan.
- buyuk : tipu, kelentong
- bepadah : memberitahu
- palui : bodoh