Kepolisian Kerajaan Malaysia

Polis DiRaja Malaysia adalah organisasi kepolisian Malaysia. Markas besarnya terletak di Bukit Aman, Kuala Lumpur. Organisasi ini dipimpin oleh Ketua Polis Negara (jabatan tertinggi di PDRM) yang sekarang ini disandang oleh Tan Sri Musa Hassan. Dalam menjaga kesejahteraan masyarakat, PDRM dibantu oleh kelompok pendukung yang terdiri dari Polis Tambahan, Sukarelawan Polis, Polis Bantuan, Kadet Polis.

Sejarah Polisi di Malaysia

Peranan polisi telah wujud sejak adanya undang-undang di zaman kesultanan Melaka. Undang-undang kanun Melaka merupakan antara undang-undang terawal di Malaysia dan ia dikuatkuasakan oleh institusi Temenggong dan para Hulubalang Sultan.

Organisasi polisi di Malaysia bermula pada 1807 hasil termaktubnya Piagam Keadilan di Pulau Pinang. Kebanyakan pegawai polisi ketika itu adalah berbangsa Britania. Selepas itu organisasi ini berkembang kepada Negeri-Negeri Selat (Bahasa Inggris:Strait Settlements) dan negara-negara lain di Tanah Melayu. Pada ketika itu, organisasi polisi adalah terbatas kepada negeri masing-masing. Hanya selepas Perang Dunia II, satu organisasi polisi tunggal dengan administrasi pusat yang pertama telah ditubuhkan dan dikenali sebagai "Civil Affair Police Force" (CAPF). Organisasi ini telah dibentuk di Tanah Melayu untuk menjalankan tugas-tugas kepolisian dengan diketuai H.B. Longworthy. Penjajah Britania terpaksa memantapkan organisasi polisi selepas anarki semasa zaman Jepang. Antara masalah yang berleluasa ketika itu ialah pemberontakan pihak komunis.

Hampir setahun selepas Hari Kemerdekaan, yaitu pada 24 Juli 1958, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Almarhum Tuanku Abd Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhamad telah berkenan mengurniakan gelaran `Diraja' kepada Pasukan Polisi Persekutuan Tanah Melayu. Mulai dari saat itu pasukan polisi dikenali dengan nama (Bahasa Melayu)"Polis Diraja Persekutuan" atau (Bahasa Inggris) "The Royal Federation of Malayan Police" dan pada 1963 ditukar menjadi Polis Diraja Malaysia.

Organisasi PDRM

Selain 2 jawatan/kantor (Bahasa Melayu:jabatan) yang terlibat dalam administrasi iaitu Jabatan Pengurusan dan Jabatan Logistik, PDRM mempunyai 5 jabatan yang terlibat dalam pencegahan kriminal (jenayah) yaitu Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA), Cawangan Khas dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil. Jawatan-jawatan ini diketuai oleh pengarah-pengarah yang berpangkat Komisioner Polis (jenderal bintang tiga)

Jabatan Siasatan Jenayah

Jabatan ini terlibat dengan dengan penyiasatan, penangkapan dan pendakwaan bagi jenayah-jenayah yang keganasan terhadap manusia (seperti pembunuhan, samun dengan senjata api, rogol dan kecederaan) dan jenayah harta benda (seperti kecurian dan pecah rumah). Selain itu jabatan ini menguatkuasakan Undang-Undang berhubung perjudian, maksiat dan kongsi gelap di Malaysia.

Jabatan Siasatan Jenayah diketuai oleh Komisioner Polis (CP)


Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik

Misi

Memerangi dadah berbahaya sebagai musuh utama negara dengan menguatkuasakan undang-undang untuk menyekat dan mengurangkan permintaan dan bekalan dadah berbahaya.

Fungsi

Menguatkuasakan undang-undang penyalahgunaan dan pengedaran dadah
Mengumpul, mengkaji, menaksir dan menyebar maklumat berkaitan dadah
Menyiasat kegiatan pengedar-pengedar dan sindiket-sindiket pengedaran dadah
Membanteras penyeludupan dadah termasuk bahan kimia yang digunakan untuk memproses dadah
Melaksanakan program pencegahan berkaitan penyalahgunaan dadah
Bertukar maklumat dengan agensi penguatkuasa dadah luar dan dalam negeri
Menyimpan rekod dan statistik berkaitan dengan pengedaran dan perkara yang berkaitan dengan dadah
Mengawasi kegiatan mereka yang pernah ditangkap kerana terlibat dengan kesalahan dan kegiatan sindiket pengedaran dadah
Menyediakan latihan kepada pegawai/anggota Jabatan Narkotik samada di dalam dan luar negeri
Menghadiri mesyuarat, seminar berkaitan dengan dadah samada di dalam dan di luar negeri

Cawangan-cawangan di bawah jabatan

Bahagian Siasatan Khas
Bahagian Penyelaras/Perhubungan Antarabangsa
Bahagian Pentadbiran
Bahagian Tahanan
Perlucutan Harta
Soalsiasat
Pakar/Bantuan Teknik
Rekod/Perangkaan
Pendaftaran
Bahagian Logistik
Petugas Lapangan Terbang

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik diketuai oleh Deputi Komisioner Polis (DCP)

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDN/KA)

Secara amnya, jabatan ini berperanan untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman awam adalah terpelihara. Jabatan ini merangkumi sebahagain besar dari operasi PDRM dari pengawalan trafik ke operasi mencari dan menyelamat.

Jabatan ini juga bekerjasama dengan pelbagai agensi lain. Misalnya dengan Angkatan Tentera Malaysia serta Angkatan Tentera/Laut dalam rondaan maritim bersama untuk mencegah jenyah lanun dan pencerobohan sempadan negara. Selain itu, mereka juga membantu Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Perusahaan Awam dalam penguatkuasaan Akta Lalulintas.

Antara cawangan-cawangan utama di bawah jabatan ini ialah;

Pasukan Gerakan Am
Unit Implimentasi C4I
Pasukan Simpanan Persekutuan
Unit Berkuda
Pasukan Gerakan Khas
Cawangan Trafik
Cawangan Marin
Pusat Kawalan Malaysia.

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDN/KA) diketuai oleh Komisioner Polis (CP)

Cawangan Khas

Jabatan ini adalah sayap inteligen yang bertanggungjawab untuk mengumpul risikan bagi keselamatan negara. Antara lain peranannya ialah mengumpul risikan keselamatan berkaitan dengan ancaman dari dalam dan luar negara, sebarang aktiviti subversif dan sabotaj oleh kumpulan pelampau atau individu yang boleh mengancam kestabilan negara. Seterusnya dengan memperolehi, mengolah, menilai dan mengedar maklumat serta memberi nasihat kepada jabatan-jabatan di dalam dan luar pasukan, serta pertubuhan-pertubuhan yang berkenaan. Jabatan ini terbahagi kepada beberapa cawangan seperti:- Inteligen Teknikal, Inteligen Sosial, Inteligen Luar, Inteligen Politik, Inteligen Ekonomi dan Inteligen Keselamatan.

Cawangan Khas diketuai oleh Komisioner Polis (CP)

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil

Fungsi

Fungsi utama JSJK adalah menjalankan penyiasatan, menangkap, dan mendakwa penjenayah kolar putih yang melakukan kesalahan penipuan, pecah amanah jenayah, pemalsuan jenayah siber dan lain-lain lagi samada kegiatan tersebut dilakukan olehorang perseorangan mahupun secara bersindiket.

Visi

Menjadi sebuah unit penyiasatan JSJK yang efisyen,
berdaya saing dan proaktif dari aspek membendung
penularan semua bentuk jenayah komersil di negara ini.

Objektif

Antara objektif JSJK yang telah digariskan oleh pucuk pimpinan adalah :

1. Menangani semua bentuk jenayah komersil dan peka terhadap perubahan persekitaran yang boleh mewujudkan bentuk jenayah komersil yang baru.

2. Mempercepatkan siasatan dan menghasilkan kualiti siasatan yang bermutu bagi bertujuan mendakwa pesalah di mahkamah dan juga dikenakan tindakan di bawah undang-undang pencegahan.

3. Mengumpul seberapa banyak data mengenai kesalahan jenayah komersil masa kini. Data dikaji dengan teliti dari segi trend, modus operandi dan bentuk (syndicate or non-syndicate) bagi kesalahan yang berkaitan setelah data diproses, ianya di bentuk menjadi satu maklumat yang boleh membantu dalam penyempurnaan siasatan.

4. Menjamin ketelusan penyiasatan di samping menggunakan semua kepakaran sumber manusia yang khusus secara optimum


Jabatan Siasatan Jenayah Komersil diketuai oleh Komisioner Polis (CP)

Pranala luar