Angka Thai
Sistem bilangan | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|
| ||||||
Daftar sistem bilangan |
Angka Thai (bahasa Thai: เลขไทย) ialah sistem angka tradisional yang digunakan di Thailand, di samping Angka Arab yang lebih banyak digunakan. Angka Thai mengikut sistem angka Hindu-Arab yang digunakan dengan meluas di seluruh dunia. Dalam Bahasa Thai, angka sering didahului oleh kata nama yang diubah suai dan mendahului kata hitung, walaupun terdapat juga variasi dalam bentuk yang lain.
Nombor utama
Sifar hingga sembilan
Sifar dalam Bahasa Thai ialah sun, yang berasal dari perkataan Sanskrit śūnya (kosong). Nama Thai bagi digit dari “dua” hingga “sembilan” adalah menyamai sebutan dalam bahasa Kantonis yang dituturkan di selatan China, yang dianggap tempat asal bangsa Tai. Ia juga hampir menyamai sebutan dalam kelompok bahasa Min Nan (Bahasa Teochew/Bahasa Hokkien), mungkin kerana kerana kebanyakan orang Cina Thai adalah dari suku Teocheow. Bagaimanapun, bentuk digit angka Thai adalah lebih menyerupai angka Khmer. Berikut adalah perbandingan antara sebutan ketiga-tiga bahasa; Thai, Kantonis dan Min Nan . Untuk sebutan Thai, Sistem Transkripsi Am Diraja Thai (RTGS) digunakan.
Nombor | Thai | Khmer | Kantonis | Min Nan | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Angka | Perkataan | RTGS | Sebutan Kuno | ||||
0 | ๐ | ศูนย์ | sun | (Sanskrit śūnya) | ០ | 零 (ling4) | 空 (khong3) |
1 | ๑ | หนึ่ง | nueng | อ้าย (âai) | ១ | 一 (yat1) | 一 (it4) |
2 | ๒ | สอง | song | ยี่ (yîi) | ២ | 二 (yi2) [雙 (seung1) = pair] | 二 (ji7) [雙 (song1, lit.)] |
3 | ๓ | สาม | sam | สาม (sǎam) | ៣ | 三 (saam1) | 三 (sam1, lit.) |
4 | ๔ | สี่ | si | ไส (săi) | ៤ | 四 (sei3) | 四 (si3) |
5 | ๕ | ห้า | ha | งั่ว (ngûa) | ៥ | 五 (ng5) | 五 (go.7) |
6 | ๖ | หก | hok | ลก (lók) | ៦ | 六 (luk6) | 六 (liok8, lit.) |
7 | ๗ | เจ็ด | chet | เจ็ด (jèd) | ៧ | 七 (chat1) | 七 (chit4) |
8 | ๘ | แปด | paet | แปด (pàed) | ៨ | 八 (baat3) | 八 (pat4, lit.) |
9 | ๙ | เก้า | kao | เจา (jao) | ៩ | 九 (gau2) | 九 (kau2) |
10 | ๑๐ | สิบ | sip | จ๋ง (jǒng) | ១០ | 十 (sap6) | 十 (tzhap2) |
[lit. = sebutan literal]
Sepuluh hingga sejuta
Perkataan Sanskrit “lakh” menentukan nilai tempat bagi satu digit (tam naeng khong thua lek, ตําแหน่งของตัวเลข), yang dinamakan untuk gandaan sepuluh: “sa” ialah lakh nuay (หลักหน่วย); “puluh” ialah lakh sip (หลักสิบ); “ratus” ialah lakh roi (หลักร้อย), dan seterusnya[1]. Nombor satu selepas sebarang gandaan sepuluh akan disebut et (Kantonis: 一, yat1; Minnan: 一, it4). Nombor sepuluh (sip) adalah sama sepertimana dalam bahasa Minnan 十 (sip8, lit.). Nombor-nombor dari 20 hingga 29 akan bermula dengan yi sip (Kantonis: 二十, yi6sap6; Minnan: 二十, lit. ji7sip8). Nama-nama lakh sip untuk nombor dari 30 hingga 90, dan untuk lakh 100, 1000, 10,000, 100,000 dan sejuta, adalah hampir menyerupai angka Khmer.
Nombor | Thai | RTGS | |
---|---|---|---|
10 | ๑๐ | สิบ | sip |
11 | ๑๑ | สิบเอ็ด | sip et |
12 | ๑๒ | สิบสอง | sip song |
20 | ๒๐ | ยี่สิบ | yi sip |
21 | ๒๑ | ยี่สิบเอ็ด | yi sip et |
22 | ๒๒ | ยี่สิบสอง | yi sip song |
100 | ๑๐๐ | ร้อย | roi |
1 000 | ๑๐๐๐ | พัน | phan |
10 000 | ๑๐๐๐๐ | หมื่น | muen |
100 000 | ๑๐๐๐๐๐ | แสน | saen |
1 000 000 | ๑๐๐๐๐๐๐ | ล้าน | lan |
Bagi nombor dari 21 hingga 29, bahagian yang menyatakan “20” iaitu yi sip (ยี่สิบ), kadang-kadang dipendekkan menjadi yip (ยีบ, ยิบ) sahaja. Nombor “ratus” dibentuk dengan menggabungkan roi dengan nilai “puluh” dan “sa”. Contohnya, 232 ialah song roi sam sip song. Perkataan roi, phan, muen, dan saen wajib dimulai dengan angka (tidak wajib untuk nueng), maka 210 disebut song roi sip dan 100 boleh disebut samada roi sahaja ataupun nueng roi. Nueng takkan pernah mendahului sip, jadi sebutan song roi nueng sip untuk 210 adalah tidak tepat. Penutur ibunda Thai kadang-kadang menggunakan roi nueng (atau phan nueng, etc.) dengan ton yang berlainan untuk nueng bagi membezakan 100 dengan 101. Bagaimanapun, penggunaan ton berlainan ini tidak dibuat, dan menyebabkan kekeliruan. Bagi mengatasi masalah ini, nombor 101 (atau 1001, 10001, etc), akan disebut roi et (or phan et, muen et, etc.)
Nombor melebihi sejuta
Nombor melebihi sejuta akan dibentuk dengan menggabungkan lan (sejuta) dengan satu pendarab. Sebagai contoh, 100,000,000 ialah sip lan (10x1,000,000), dan satu trillion ialah lan lan (1,000,000x1,000,000).
Nombor perpuluhan dan pecahan
Titik perpuluhan dalam angka Thai disebut chut (จุด ). Sebagai contoh, 1.01 disebut nueng chut sun nueng (หนึ่งจุดศูนย์หนึ่ง). Nombor pecahan dibentuk dengan meletakkan nai (ใน, ) antara pengangka dan penyebut atau menggunakan [set] x suan y ([เศษ] x ส่วน y, x sebahagian dari keseluruhan y) untuk menyatakan dengan lebih jelas. Contohnya, ⅓ boleh disebut nueng nai sam (หนึ่งในสาม) atau [set] nueng suan sam ([เศษ]หนึ่งส่วนสาม). Perkataan khrueng (ครึ่ง) digunakan untuk "separuh". Ia mendahului kata hitung jika digunakan secara tunggal, tetapi ia didahului kata hitung jika digunakan dengan nombor lain. Sebagai contoh, kradat krueng phaen (กระดาษครึ่งแผ่น) bermaksud "separuh helaian kertas", tetapi kradat nueng phaen krueng (กระดาษหนึ่งแผ่นครึ่ง) bermaksud "sehelai dan separuh helaian kertas".
Nombor negatif
Nombor negative dibentuk dengan meletakkan lop (ลบ, tolak) di hadapan sesuatu nombor. Contohnya, −11 ialah lop sip et (ลบสิบเอ็ด).
Nombor ordinal
Nombor ordinal dibentuk dengan meletakkan thi (ที่ , place) di hadapan nombor.
Thai | RTGS | maksud |
---|---|---|
ที่หนึ่ง | thi nueng | Pertama |
ที่สอง | thi song | Kedua |
ที่สาม | thi sam | Ketiga |
ที่สี่ | thi si | Keempat |
Rujukan
- ^ Online Royal Institute Dictionary, 1999 edition: pilih "ห" dan masukkan หลัก
Lihat juga
Pautan luar
- Thai Royal Institute On-line Dictionary (ORID 1999) [TH: พจนานุกรม ฉบับราชบัณฑิตยสถาน พ.ศ. ๒๕๔๒]
- Sistem angka dalam pelbagai sistem penulisan, termasuk sistem angka Lao, Khmer dan Thai 0-9; retrieved 2008-11-12
- Versi grafik untuk sistem angka dalam pelbagai sistem penulisan, Unicode tak diperlukan; retrieved 2008-11-12
- Thai Numbers. How they are written in their numeral and textual forms and how to pronounce them.