Pasukan Gerak Umum (Di Malaysia digelar sebagai Pasukan Gerakan Am, PGA) merupakan satuan paramiliter daripada jajaran Kepolisian Kerajaan Malaysia(PDRM). Ia merupakan elemen tempur PDRM bagi mengandalkan operasi yang bersifat punitive dengan tujuan untuk memberi tekanan terhadap sebarang bentuk pakatan bersenapan, subversif, pemberontakan dan gangguan yang berlaku di dalam Malaysia. Satuan ini bermobilitas tinggi dengan kebolehan bergerak dalam apa jua keadaan persekitaran.

Sejarah Penubuhan

Pasukan Gerak Umum yang dulunya dikenali Pasukan Polis Hutan telah dirancang sejak 58 tahun yang lalu. Kebutuhan bagi lahirnya kesatuan ini adalah ekoran peran besar yang dimainkan oleh PDRM dalam perjuangan menumpasi insurgensi yang dirancang oleh Parti Kominis Malaya semasa Darurat 1948 – 1960 dan 1969 – 1989. Kelahirannya adalah sebagai tindakbalas dan memenuhi kebutuhan polisi di dalam merealisasikan strategi peperangan sekatan menyeluruh terhadap gerilya kominis menerusi Rancangan Briggs.

Rancangan Briggs yang dikuatkuasakan pada 1 Juni 1950 oleh Sir Harold Briggs adalah menjadi satu titik permulaan terhadap dasar pembesaran organisasi kepolisian yang drastik dimana antara lain menyaksikan satu korps khusus dibentuk dan dilatih khusus dalam taktik peperangan gerilya bagi menumpasi insurgensi yang dilancarkan oleh gerilya komunis itu. Kesatuan ini memberi tumpuan khusus dalam taktik peperangan gerilya malah sangat efektif sekiranya diaturgerakkan dalam jumlah keanggotaan yang kecil. Diawal pembentukannya, ia disebut sebagai 'Jungle Squad’ yang kemudiannya ditukar kepada ‘Jungle Company’ sebelum diatur semula pada tahun 1953 dengan nama baru – Pasukan Polis Hutan (PPH). Pengaturan semula yang dilakukan itu adalah bertujuan menetapkan dan menentukan garis panduan kepada peran-peran yang harus dijalankan oleh satuan PPH antaranya seperti dikehendaki membekalkan keanggotaan bagi kubu-kubu hutan (jungle fort), membekalkan personil bagi tugas operasi menanggulangi komunis di kawasan sempadan Malaysia – Thailand dan juga untuk menjalankan operasi tertentu dalam rangka keselamatan Federasi Tanah Melayu.

Fungsi

Peran utama satuan ini adalah bagi menyediakan satu korps simpanan khusus bertujuan untuk menghadapi dan menanggulangi segala jenis ancaman dalam bentuk ketenteraman awam, aktiviti subversif, teror atau pemberontakan bersenapan yang berlaku dalam negara selain menyediakan bantuan kepada Kepolisian Daerah untuk memelihara undang-undang dan ketenteraman awam. Satuan ini juga berperan untuk membantu angkatan darat didalam operasi menanggulangi gerilya kominis dan pemberontak-pemberontak bersenapan serta menumpasi penyusupan musuh kedalam nagara ini. Antaranya, terlibat dalam konfrontasi melibatkan Malaysia-Indonesia sekitar tahun 1960an, para personilnya mengambil bagian bersama militer Federasi Malaysia dan Inggris dalam menanggulangi penyusupan pasukan khusus Indonesia di Sabah dan Johor.

Penugasan PGA

Pasukan Gerak Umum diaturgerak, dilengkapi dan dilatih khusus untuk melaksanakan tugas semasa situasi keamanan dan darurat. Antara tugas semasa keamanan meliputi tugas mencari dan menumpaskan anggota kriminal yang bergerak atau bersembunyi di dalam hutan, patroli sempadan, pantai, pulau-pulau di perairan Malaysia dan kewasan yang terpencil, luas dan kurang penduduk bagi tujuan menghalang sebarang bentuk penyusupan secara haram dan memberi perlindungan keselamatan kepada rakyat yang terasing di pendalaman.

Satuan ini juga membantu Divisi Pengawasan Khusus didalam tugas mengawal ketenteraman awam, pencegahan kriminal, mengepung dan memeriksa rumah – bangunan dan semasa penugasan yang memerlukan keanggotaan yang ramai. Semasa situasi darurat pula, kesatuan ini akan ditugasi bagi menjalani operasi menumpasi pemberontakan bersenapan dan subversif di dalam negara, memberi perlindungan kepada markas-markas kediaman dan perindustrian serta tempat-tempat penting dan strategik dari serangan teroris dan pemberontak bersenapan, menjalankan operasi menyekat makanan dan bekalan daripada jatuh ketangan musuh dan membantu Angkatan Tentera Malaysia didalam menghapuskan musuh dalam Malaysia.

Sungguhpun pada dasarnya paramiliter ini disusun, dilengkapi dan dilatih terutamanya untuk peranan paramiliter di hutan rimba dan kawasan luar perkotaan, tetapi ia juga mempunyai kebolehan dalam membantu atau menjalankan tugas di pekan dan perkotaan. Ini kerana setiap anggota PGA telah dilatih dan didoktrinkan sebagai polisi yang biasa terlebih dahulu sebelum boleh diterima sebagai seorang personilnya PGA. Personil tersebut dikehendaki menjalani dan menamatkan kursus asas pertempuran hutan dengan jayanya sebelum disahkan menjadi seorang anggota infanteri PGA. Ini bermaksud seorang anggota infanteri PGA bukan sahaja berfungsi sebagai seorang anggota infanteri tetapi bisa juga ditugaskan untuk melaksanakan penugasan polisi yang biasa sekiranya dibutuhkan.

Didalam keadaan dimana ketenteraman negaranya terancam, PGA pada dasarnya menjalankan tugas militer sepertimananya tentara. Statusnya adalah sebagai salah satu kesatuan dalam Polis DiRaja Malaysia juga agak unik karena dalam keadaan-keadaan tertentu dimana aturgerak oleh tentara mungkin boleh menimbulkan ketegangan atau provokasi, PGA akan dikirim untuk mengambilalih kedudukan-kedudukan strategik Malaysia di perbatasan. Selain itu juga, PGA turut membekalkan unit-unit anti huru-hara (PORU) yang terlatih apabila dibutuhkan bagi membantu penugasan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU). Ini kerana setiap anggota PGA turut dilatih bagi penugasan anti huru-hara khusus. Sekalipun berupaya memberikan bantuan yang pelbagai dalam tugas kepolisian, tetapi bagi memastikan bahawa mutu kesatuan ini kekal sebagai satu pasukan yang terlatih khusus dan sedia diaturgerak dalam tempoh singkat maka tugas-tugas yang dijalankan oleh pasukan ini dikecilkan kepada tugas bantuan khusus, darurat dan luar biasa. Selain itu juga, pasukan ini berkebolehan untuk diaturgerak dalam semua situasi dan keadaan muka bumi selain berkebolehan melaksanakan tugas peperangan khusus (special warfare) di hutan, perairan dan perkotaan serta suasana pertempuran jarak dekat (CQB) selain kemahirannya didalam peperangan gerilya (CIW).

Organisasi

Pasukan ini ditubuhkan dalam formasi Brigade, Batalyon, Kompi, Peleton dan Seksyen yang boleh dikerahkan didalam sebarang operasi untuk jangka masa panjang sama ada secara bersendirian maupun bersama dengan tentara.

Kawasan Markas Pasukan Gerak Umum

Senarai Batalyon, Kebijakan dan Markas
Batalion Kepakaran Ibu Pejabat
Batalyon Satu Ulu Kinta, Perak
Batalyon ke-2 Kulim, Kedah
Batalyon ke-3 Senoi Praaq Penjejakan Bidor, Perak
Batalyon ke-4 Cheras, Kuala Lumpur
Batalyon ke-5 Simpang Renggam, Johor
Batalyon ke-6 Bakri, Muar, Johor
Batalyon ke-7 Kuantan, Pahang
Batalyon ke-8 Pengkalan Chepa, Kelantan
Batalyon ke-9 Kuala Terengganu, Terengganu
Batalyon ke-10 Sibu, Sarawak
Batalyon ke-11 Kuching, Sarawak
Batalyon ke-12 Miri, Sarawak
Batalyon ke-13
Batalyon ke-14 Tawau, Sabah
Batalyon ke-15 Sandakan, Sabah
Batalyon ke-16 Kota Kinabalu, Sabah
Batalyon ke-17 Lahat Datu, Sabah
Batalyon ke-18 Penjejakan Keroh, Pengkalan Hulu, Perak
Batalyon Khusus ke-19 Perlindungan Terbuka VVIP Cheras, Kuala Lumpur

Brigade PGA

Terdapat 5 Brigade PGA di seluruh Malaysia dan setiap Brigade dikepalai oleh seorang pegawai berpangkat Senior Assistant Commissioner II (SAC II) sebagai Komando. Jumlah batalyon dibawah kawalan dan perintah setiap Komando Brigade PGA berbeda berdasarkan kebutuhan. Brigade Utara, Sabah terdiri daripada 4 batalyon. Brigade Tengah pula terdiri daripada 5 buah batalyon, manakala Brigade Tenggara dan Sarawak terdiri daripada 3 batalyon. Setiap Brigade PGA juga turut dianggotai oleh 1 skuadron perisai.

Batalyon PGA

Terdapat sejumlah 19 buah batalyon PGA di seluruh Malaysia dan komandan bagi setiap batalyon PGA dikepalai oleh seorang Kepala Komandan berpangkat Superintendent (Supt). Setiap batalyon PGA terdiri dari 3 Kompi infanteri dan 1 peleton mortar.

Senoi Praaq

Senoi Praaq yang berarti 'Orang Perang' merupakan sebahagian daripada keanggotaan Pasukan Gerak Umum (PGA), PDRM. 2 daripada 18 batalyon PGA adalah merupakan Batalyon Senoi Praaq. Sebilangan besar personilnya adalah terdiri dari penduduk pribumi suku kaum Orang Asli. Dirancang pada tahun 1957 dengan fungsi sebagai ‘trekker’ selain memainkan peran besar sebagai penghubung kepada masyarakat Orang Asli di pendalaman. Senoi Praaq juga dihormati kerana kepakaran mereka dalam menjejak komunis semasa darurat. Diawal penubuhannya, pasukan ini juga turut mendapat latihan daripada satuan elite Special Air Service (SAS) Inggris.

Tiger Platoon

Dengan pemisahan Batalion 69 Komando yang kini membentuk Pasukan Gerakan Khas daripada Pasukan Gerakan Am, maka satuan khusus baru ditubuhkan dalam PGA yaitu Tiger Platoon. Peleton ini dirancang khusus bagi melaksanakan tugas-tugas khusus, covert dan overt operation serta SAR. Satu peleton Tiger Platoon ditempatkan bagi setiap batalion PGA di seluruh Malaysia.

Penugasan Masa Kini

Sejak ditubuhkan, organisasi yang bersifat paramiliter ini telah mencapai banyak kejayaan terutamanya dalam menumpasi pemberontakan bersenapan oleh teroris komunis, mengawal huru-hara dan kegiatan lanun di negara ini.

Apabila termetrainya perjanjian persetujuan menamatkan perjuangan bersenjata oleh PKM dengan Kerajaan Malaysia dan Thailand di Haadyai, Thailand pada 2hb Desember 1989, maka tugas menentang insurgensi oleh pasukan ini juga turut berakhir. Dengan berakhirnya gangguan komunis, PDRM telah menggubal semula peran utama penugasan PGA. Penugasan satuan ini kini tertumpu kepada usaha menjaga keselamatan di perbatasan dan perairan negara, ancaman pencerobohan Pendatang Asing Tanpa Ijin (PATI), aktiviti perampokan di laut, penyeludupan, anti teror, ketenteraman awam, mencari dan menyelamat (SAR) dan pencegahan kriminal. Keanggotaan satuan ini juga turut dikecilkan. Berkuat kuasa pada 20 Oktober 1997, Pasukan Polis Hutan telah ditukar namanya secara resmi sebagai Pasukan Gerakan Am dengan personilnya kini terdiri dari 18 buah batalyon dibawah 5 Brigade di seluruh Malaysia.