Maktab Melayu Kuala Kangsar

Revisi sejak 28 November 2017 12.02 oleh HsfBot (bicara | kontrib) (Bot: Perubahan kosmetika)

Kolej Melayu Kuala Kangsar (lebih dikenal sebagai Malay College, MCKK, MC atau Koleq, dan kadangkala Eton of the East) merupakan sebuah sekolah asrama penuh premier lelaki saja di Malaysia. Sekolah ini terletak di Bandar DiRaja Kuala Kangsar, Perak. Motto sekolah, Fiat Sapientia Virtus adalah di dalam bahasa Latin, yang berarti 'Kebijaksanaan Mutu Manusia'.

Lambang Maktab Melayu Kuala Kangsar
Lambang Maktab Melayu Kuala Kangsar

Sejarah

Sekolah ini didirikan pada 1905 oleh pihak Britania Raya sebagai cadangan dari R.J. Wilkinson, pegawai pendidikan jajahan pada masa itu. Cadangan itu disokong sepenuhnya oleh Sultan Perak, Idris Murrshidul Nizam Shah (1849-1916).

Pada awalnya, pendirian sekolah ini ialah untuk mendidik dan melatih golongan elite Melayu, yang terdiri dari kerabat kerajaan. Anak lelaki kebanyakan sukar untuk mendapat tempat di sekolah ini. Selepas kebangkitan nasionalisme orang Melayu pada sekitar tahun 1947, syarat masuk ke sekolah ini dilonggarkan dan semakin banyak anak-anak orang kebanyakan dapat peluang untuk menuntut di sini. Kini anak Melayu terpilih berpeluang mengikuti pembelajaran peringkat menengah di sekolah ini.

William Hargreaves, seorang lulusan Universitas Oxford yang berasal dari Irlandia, mendapat penghormatan untuk menjadi ketua pertama sekolah ini dan sekolah ini diatur oleh ketua dari Britania Raya sehingga tahun 1965, di mana Abdul Aziz Ismail, seorang rakyat berbangsa Melayu diambil sebagai ketua dalam ulang tahun ke-60, dan sampai kini rakyat bangsa Melayu memegang jabatan tersebut.

Infrastruktur

Bangunan Overfloor (dibangun pada 1909) adalah bangunan yang menjadi identitas sekolah ini, bercirikan seni Yunani-Romawi, berhadapan lapangan rugby, merupakan asrama bagi pelajar tingkatan 3 hingga tingkatan 5 (dan juga tingkatan 6 pada satu waktu) dan dewan makan. Bangunan Prep School (dibangun pada 1912) yang menempatkan pelajar tingkatan 1, terletak di selatan kampus, adalah lebih kecil daripada bangunan Overfloor, mengekalkan seni Yunani-Romawi, tetapi dengan ciri-ciri yang berbeda.

Pada tahun 1955, bangunan West Wing dan East Wing ditambah kepada Overfloor untuk menempatkan lebih banyak pelajar. 3 bangunan ini kini dikenal sebagai Asrama Besar (Big School). Pada tahun yang sama, Blok Administrasi dan Menara Jam juga ditambah untuk memenuhi keperluan semasa. Seterusnya pada tahun 1963 asrama tambahan , Pavilion dan pada tahun 1972, Asrama Baru (New Hostel) dibangun. Asrama Baru dibangun untuk menempatkan pelajar tingkatan 2.

Satu lagi mercu tanda utama sekolah ini ialah Big Tree, sebatang pokok hutan hijau yang terletak di sebelah timur Overfloor, yang berusia lebih tua daripada bangunan Overfloor sendiri.

Olahraga

Terdapat 3 lapangan olahraga utama di sekolah ini; lapangan di hadapan Asrama Besar yang digunakan untuk rugby, sepak bola dan kriket, lapangan hoki berhadapan Asrama Baru dan lapangan serbaguna di Blok Administrasi. Di sekolah ini juga terdapat satu-satunya gelanggang Eton Fives di Malaysia, walaupun kini tiada pelajar yang meneruskan olahraga ini.

Semua pelajar sekolah ini menjadi anggota salah satu dari 4 rumah olahraga, dimana tiap rumah olahraga berkenaan dinamakan atas pelindung asal yaitu Rumah Sulaiman, Ahmad, Mohd Shah dan Idris, dan rumah-rumah olahraga ini diwakili oleh warna merah, hitam, kuning dan putih mengikut turutan tersebut. Sepanjang tahun bersekolah, rumah-rumah ini bertanding dalam pelbagai aktivitas olahraga, di mana pertandingan ini mencapai puncaknya pada Hari Olahraga yang diadakan setiap tahun.

Kolej Melayu memegang reputasi yang tinggi dalam bidang olahraga sekolan negara. Sejak tahun 1960, sekolah ini mengadakan pertandingan rugby tahunan dengan Kolej Vajiravudh, sebuah sekolah elite di Thailand. Perlawanan ini diadakan di Bangkok pada tahun genap dan di Kuala Kangsar pada tahun ganjil. Selain daripada ini, sekolah ini juga mengadakan kejuaraan olahraga tahunan bersama Maktab Tentera DiRaja, di mana kedua sekolah ini bergilir menjadi tuan rumah kejuaraan tersebut.

Alumni

Persatuan alumni Kolej Melayu Kuala Kangsar dikenal sebagai Malay College Old Boys' Association (MCOBA) (Persatuan Murid Tua Kolej Melayu Kuala Kangsar), didirikan pada tahun 1929.

Antara murid-murid tua yang ternama adalah seperti Dato' Onn Jaafar, bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein, bekas Wakil Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim, Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah, Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Yang di-Pertuan Besar Tuanku Ja’afar.

Tradisi

Sebagai sekolah yang mempunyai sejarah yang lama, pelbagai tradisi tersendiri masih dipelihara oleh pelajar semasa serta alumni. Pada pertandingan olahraga utama, setiap pelajar akan turun ke lapangan dan bersorak serta menyanyikan lagu-lagu sorakan dengan serentak.

Angkatan tua Kolej Melayu mengekalkan tradisi memakai tali leher sekolah pada setiap hari Rabu. Perjumpaan angkatan tua, 'Akhir Minggu Angkatan Tua' juga dilangsungkan setiap tahun di kampus selama 3 hari, dimana mereka akan bertanding dalam pelbagai acara olahraga. Pertandingan rugby antara murid tua dan pelajar semasa menjadi daya tarik utama perjumpaan ini. Selain daripada ini, MCOBA juga mengadakan acara makan tahunan untuk angkatan tua yang biasanya dilangsungkan di Kuala Lumpur.

Daftar ketua

  • 1905—1918: William Hargreaves
  • 1918—1919: J.O. May
  • 1919—1923: L.A.S. Jermyn
  • 1923—1938: C. Bazell
  • 1938—1949: H.R. Carey
  • 1949—1953: K.D. Luke
  • 1953—1958: J.D.R. Howell
  • 1958—1959: P.G. Haig
  • 1959—1965: N.J. Ryan
  • 1965—1969: Abdul Aziz Ismail
  • 1970—1971: Syed Abu Bakar Barakbah
  • 1971—1972: Mohd. Ghazali Hj. Hanafiah
  • 1973—1975: Nordin Nasir
  • 1975—1977: Abdul Rahman Mohd. Ali
  • 1977—1982: Wan Abdul Aziz Wan Hamzah
  • 1982—1983: Syed Alwi Syed Aljunid
  • 1983—1987: Zainal Abidin Hj. Ahmad
  • 1988—1992: Rashdi Ramlan
  • 1992—1995: Hj. Hassan Hashim
  • 1995—1999: Hj. Baharom Kamari
  • 1999—2003: Hj. Alimuddin Hj. Mohd. Dom
  • 2004—kini: Mohd. Rauhi Mohd. Isa

Lagu sekolah

Oh Kolej Melayu
Harapan Bangsaku
Dengan Sejarah Yang Cemerlang
Harumlah Namamu

Kolej Istimewa
Didikan untuk semua
Keluar membimbing negara
Maju terus mara

Banggaku rasakan
Khidmatku berikan
Takku lupakan jasa-jasamu
Oh Kolej Melayu

Pranala luar