Bahasa Melayu Kelantan

Revisi sejak 31 Agustus 2018 12.15 oleh Wan2wiki (bicara | kontrib)

Bahasa Melayu Kelantan (Jawi:بهاس ملايو كلنت Bahasa Kelantan: Baso Melayu Kelate atau Baso Melayu Klate) merupakan longat Melayu yang dipertuturkan oleh di Negara Bagian Kelantan, Malaysia. Bahasa ini juga dipertuturkan di sebahagian Terengganu (di Pulau Perhentian dan Besut) serta sebahagian Kedah seperti di Baling, Sik serta Padang Terap.

Bahasa Melayu Kelantan
Baso Melayu Kelate
بهاس ملايو كلنتن
Dituturkan diMalaysia
WilayahKelantan
Penutur
1.5 juta
Kode bahasa
ISO 639-3
 Portal Bahasa
L • B • PW   
Sunting kotak info  +  Info templat
Negara Bagian Kelantan.

Pada dasarnya, Bahasa Kelantan ini mirip dengan Bahasa Melayu Pattani yang juga dituturkan di sebagian selatan Thailand, tetapi telah dipisahkan dengan keadaan sosial serta politik ke 2 negara tersebut.

Bahasa ini mempunyai perbedaan ketara berbanding dengan kebanyakan dialek Bahasa Melayu yang dituturkan di Semenanjung Malaya (terutama Bahasa Melayu Johor), yang menekankan penggunaan vokal [ə] (e pepet seperti perkataan emak). Bahasa Melayu Kelantan memakai peralihan bunyi /e/ seperti lele pada akhir dialek vokal serta penggunaan akhiran /o/, menyebabkan Bahasa Melayu Kelantan yang pekat sangat sulit dipahami oleh penutur Bahasa Melayu yang lain (Kecuali penutur Bahasa Melayu Pattani serta penutur Bahasa Melayu Terengganu yang berhampiran).

Contoh perbedaan perkataan

Bahasa Melayu standar dan bahasa Melayu Kelantan

Bahasa Melayu standar Bahasa Melayu Kelantan
Saya Sayo (urusan resmi)
Ambo (menunjukkan hormat)
Kawe (untuk kenalan biasa)
Kito (dengan orang yang lebih tua)
Aku (dengan sahabat rapat)
Oghe (di kalangan keluarga)
Kamu Demo/Awok
Awe (untuk lelaki)
Che Mek (untuk perempuan)
Dia Dio/Demo Tu
Itu Hok Tu
Ini Hok Nih
Panjat Rgukah
Beritahu Ghoyak
Rambutan Mokte
Satu So'
Keluar Tubik
Boleh Bulleh
Orang Oghe
Duit Pitih

Perkataan yang berakhir dengan 'an','am','ang'

Perkataan yang berakhir dengan an, am, ang biasanya akan diganti dengan /e/.

Bahasa Melayu standard Bahasa Melayu Kelantan
Jangan Jange
Ikan Ike
Makan Make
Lengan Lenge
Ayam Aye
Pisang Pise
Abang Abe
Bimbang Bimbe
Binatang Binate/Nate

Perkataan yang berakhir dengan 'a','o','e'

Perkataan yang berakhir dengan 'a','o','e' biasanya (bukan semestinya) akan diganti dengan 'o'.

Bahasa Melayu standard Bahasa Melayu Kelantan
Buka Buko
Mana Mano
Baka Bako
Dua Duo
Tiga Tigo
Rasa Ghaso

Tasydid

Peranan Tasydid dalam loghat Kelantan adalah begitu besar maksudnya. Penggunaan Tasydid (penekanan konsonan) akan menyebabkan susunan struktur perkataan tidak berubah.

Bertasydid (Bahasa Kelantan) Tanpa Tasydid (Beda maksud yang ketara) Perkataan yang dimaksudkan
Ruput make kkambing Rumput makan kambing Rumput dimakan oleh kambing
Tok ppaka Tak pakai Tidak boleh pakai/tidak berguna
Make kketeng Makan kantin Makan di kantin
Kkecek Kecek/pujuk Bercakap
Baju ddale Baju dalam Baju dimasukan dalam seluar (tuck in)

Bunga bahasa

Bunga bahasa Maksud
Yak! Ooh!
Deh? Baik? (Biasanya untuk memohon restu atau persetujuan.)
Gak/Pah Habis tu/Jadi
Ho

Ya lah.

Dok? Bukan?/Betul tak? (Persoalan.)
Lamoke. Nantikan.

Kata penguat

Kata penguat Maksud
Manis lleting Sangat manis
Masing ppeghak Sangat masin
Pahit llepe Sangat pahit
Mase ppughik Sangat masam
Tawa eber Sangat tawar
putih ssueh/ssembo Sangat putih
Hite llege Sangat hitam
Biru kketu Sangat biru
Kuning nnehe Sangat kuning
Kenye bbonyah Sangat kenyang
Come llote Sangat cantik
Gemuk ddebok Sangat gemuk
Busuk bbanga Sangat busuk
Hapok kohong Sangat hapak
Nnakut apah Penakut sangat
Ceghoh jeghiloh/bbole Sangat terang/cerah
Jatuh celabok Jatuh sangat teruk
Kuca hanya Sangat bercelaru

Contoh Kalimat

Bahasa Melayu Kelantan[1] Bahasa Melayu Standard
Kalu tok pehe, marghi ambo wi pehe. Kalau tak paham, mari saya bagi paham.
Ambo ni kalu demo nok tahu, blum make lagi nih. Saya ni kalau kamu hendak tahu, belum makan lagi ni.
Lapa wei lok perut ni, make pun dop lagi nih. Lapar betul perut ini, makan pun belum lagi.
Koya la dio tu, ingat baguh sangat kho? Berlagak betul dia tu, ingat bagus sangat kah?
Ambo toksey isap rokok, bahayo. Saya tidak mahu menghisap rokok, bahaya.
Mat tokser tuka moto dio nga moto Ali. Mat tidak mahu menukarkan motor dia dengan motor Ali.
Mok Alif tok bghehi anok-anok dio main koksey-koksey pete-pete. Mak Alif tidak suka anak-anak dia bermain di merata-rata tempat pada waktu petang.
Abih kube rue tamu rumoh sebab kambing masuk rumoh. Ruang tamu rumah bersepah kerana dimasuki kambing.
Imi tekke tokleh jawab prekso takdi. Helmi tertekan kerana tidak dapat menjawab peperiksaan sebentar tadi.
Sokmo Pok Mat kaloh kalu main gasing nga anok dio. Pak Mat selalu kalah apabila bermain gasing dengan anaknya.
Ayoh Zin bui adioh ari lahir kho anok dio Ayah Zin memberikan hadiah hari lahir kepada anaknya.

Pranala luar

References