Bahasa Melayu Sarawak
Bahasa Melayu Sarawak (Jawi: بهاس ملايو سراوق) merupakan logat Melayu yang dipertuturkan oleh suku melayu di Negara Bagian Sarawak, Malaysia (Kecuali di kawasan Limbang serta Lawas yang menuturkan Bahasa Melayu Brunei). Bahasa ini juga berperanan sebagai Lingua Franca di Sarawak. Ia banyak dipengaruhi oleh Bahasa Dayak, Bahasa Iban, Bahasa Banjar, Bahasa Jawa, serta Bahasa-Bahasa yang dipertuturkan di Filipina. Bahasa ini mempunyai persamaan dengan Bahasa Melayu Brunei serta Bahasa Melayu Pontianak yang dipertuturkan di kawasan berhampiran, berbanding dengan Bahasa Melayu yang digunakan di Semenanjung Malaya.
Bahasa Melayu Sarawak
بهاس ملايو سراوق | |||||
---|---|---|---|---|---|
Dituturkan di | Malaysia | ||||
Wilayah | Sarawak | ||||
Penutur | 500.000 - 600.000 penutur asli total 2.4 juta | ||||
Kode bahasa | |||||
ISO 639-3 | – | ||||
LINGUIST List | zlm-sar | ||||
Portal Bahasa | |||||
Bahasa Melayu Sarawak boleh dibahagikan kepada beberapa sub-dialek, antaranya Dialek Kuching, Miri, Sri Aman, Kota Samarahan, Bintulu dan Sibu. Bahasa Melayu yang dipetuturkan di Kuching yang terletak di selatan Sarawak berkerabat dengan Bahasa Melayu Mempawah, Sambas, serta Pontianak, manakala dialek Miri yang berada di utara Sarawak mempunyai pengaruh Bahasa Melayu Brunei berikutan kedudukan geografis di perbatasan Negara Brunei Darussalam.
Seperti Bahasa Melayu Kalbar, pengucapan R digunakan dalam Bahasa Melayu Sarawak disebut GH yang berpangkal daripada huruf 'غ' ghain.
Contoh perbedaan perkataan
Antara perbedaan perkataan antara Bahasa Melayu standar dan bahasa Melayu Sarawak:
Bahasa Melayu Sarawak | Bahasa Melayu Standar | |||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kamek | Saya | |||||||||||||||
Kitak | Kamu | |||||||||||||||
Nya | Dia | |||||||||||||||
Aok/Auk | Iya | |||||||||||||||
Sik | Tidak/Tak | |||||||||||||||
Sik Ada | Tidak Ada | |||||||||||||||
cari
Contoh perbedaan kalimat
Pranala luar
Rujukan |