Pertempuran Alesia
Artikel ini perlu diterjemahkan dari bahasa Melayu ke bahasa Indonesia. |
Pertempuran Alesia atau Pengepungan Alesia adalah konflik yang terjadi pada September 52 SM sekitar Gallia oppidum di Alesia, pusat bandar utama dan kota bukit suku Mandubii, terletak kemungkinannya di Chaux-des-Crotenay (Jura). Penyelidikan awal meletakkan Alesia di puncak Gunung Mont Auxois, di atas Alise-Sainte-Reine modern di Perancis, tetapi lokasi ini tidak sesuai dengan gambaran Caesar mengenai pertempuran tersebut. Alise-Sainte-Reine masih merupakan lokasi resmi Alesia. Pertempuran ini terjadi antara tentara Republik Romawi diperintah oleh Kaisar Julius (Julius Caesar), dibantu oleh komandan kavaleri Markus Antonius, Titus Labienus dan Gaius Trebonius, melawan persekutuan suku Gallia yang bersatu di bawah pimpinan Vercingetorix dari Averni. Alesia merupakan pertempuran utama antara bangsa Gallia dan Romawi dan menandakan titik perubahan dalam Perang Gallia pada Roma. Pengepungan Alesia dianggap sebagai salah satu pencapaian militer Caesar teragung dan masih merupakan salah satu contoh klasik pertempuran pengepungan. Kejadian ini digambarkan oleh beberapa penulis semasa, termasuk Caesar sendiri dalam De Bello Gallico. Selepas kemenangan Romawi, Gallia (letaknya di sekitar Perancis masa kini) ditaklukkan dan menjadi provinsi Romawi. Penolakan senat Romawi untuk memberikan Caesar penghormatan bagi kemenangannya dalam Perperangan Gallia akhirnya mambawa, sebahagiannya, kepada terjadinya perang saudara Romawi 50-45 SM.
Permulaan
Julius Caesar telah berada di Gallia semenjak 58 SM. Adalah menjadi adat bagi konsul, pegawai lantikan tertinggi Romawi, pada akhir tahun sebagai konsul, untuk dilantik sebagai gubernur salah satu jajahan Romawi oleh Senat Romawi, dan berikutan jawatan konsol pertamanya pada tahun 59 SM, Caesar dilantik sebagai gubernor Cisalpine Gallia (kawasan antara Alpen, Apennines dan Adriatic), dan Transalpine Gallia ("Gallia di luar Alps"). Dengan promagistrasi imperium, dia mempunyai kuasa mutlak dalam jajahan tersebut.
Caesar mengalahkan suku Gallia satu demi satu seperti Helvetii, Belgae atau Nervii, dan mendapatkan sumpah setia sekutu (pledge of alliance) kebanyakan yang lain. Kejayaan dalam Perang Gallia membawa sejumlah besar kekayaan kepada Republik dalam bentuk harta rampasan dan tanah baru untuk dikenakan cukai. Caesar sendiri menjadi amat kaya, kerana sebagai jeneral, dia mendapai kelebihan dari penjualan tahanan perang. Tetapi kejayaan dan kemashyuran turut membawa musuh. Triumvirate Pertama, gabungan politik (walaupun tidak rasmi) dengan Pompey dan Crassus, berakhir pada 54 SM, dengan kematian Julia (anak perempuan Caesar dan isteri Pompey) dan Crassus dalam pertempuran Carrhae. Tanpa kaitan politik dengan Pompey, mereka seperti Marcus Porcius Cato yang Muda memulakan kempen menentang Caesar, menimbulkan rasa syak dan menuduhnya sebagai ingin menumbangkan republik dan menjadi raja Romawie.
Pada musim sejuk 54-53 SM, suku Eburones yang dahulunya aman, dibawah pemerintahan Ambiorix, memberontak menentang penjajahan Romawi dan memusnahkan legion keempat belas dalam serangan hendap yang dirancang dengan rapi. Ini merupakan satu pukulan hebat bagi strategi Caesar bagi Gallia, kerana dia sekarang kehilangan satu per empat daripada tenteranya, dan evolusi politik di Romawi menjadikan tiada harapan baginya mendapatkan tentera bantuan dari Romawi. Pemberontakan Eburones merupakan kekalahan Romawi pertama yang jelas dan menimbulkan perasaan kebangsaan meluas dan pemberontakan yang meluas. Ianya hampir mengambil masa setahun, tetapi Caesar berjaya merampas kawalan Gallia dan mengamankan suku di sana. Bagaimanapun, pergeseran di Gallia tidak berakhir. suku-suku Gallia sekarang ini menyedari bahawa hanya dengan bersatu, boleh mereka mencapai kemerdekaan dari Romawi. Persidangan Ahli Majlis (general council) diadakan di Bibracte dimulakan oleh Aedui, suatu masa merupakan penyokong setia Caesar. Hanya Remi dan Lingones cenderung mengekalkan sekutu mereka dengan Romawi. Majlis Dewan (council) mengistiharkan Vercingetorix, salah seorang ketua suku Averni, komander bagi tentera Gallia bersatu.
Caesar ketika itu berkhemah musim sejuk di Cisalpine Gallia, tidak menyedari mengenai persekutuan yang ditubuhkan menentangnya. Isyarat masalah pertama datangnya dari Carnutes yang membunuh semua peneroka Romawi di bandar Cenabum (moden Orléans). Keganasan ini diikuti pula dengan penyembelihan kesemua warganegara Romawi, pedagang dan peneroka di semua bandar Gallia utama. Mendegarkan berita ini, Caesar dengan cepat menggerakkan orang-orangnya dan menyeberangi Alps, yang masih diselitupi salji, menuju pusat Gallia. Ini dilakukan dalam tempoh singkat dan Caesar berjaya mengejutkan semua suku Gallia. Dia memecahkan tenteranya kepada empat legion dengan Titus Labienus untuk melawan Senones dan Parisii di Utara. Caesar sendiri mengejar Vercingetorix dengan enam legion dan kalavari sekutu Jermannya. Kedua tentera bertembung di kota bukit Gergovia, di mana Vercingetorix menduduki kedudukan pertahanan yang kuat. Caesar terpaksa berundur bagi mengelakkan kekalahan sepenuhnya, selepas mengalami kerugian teruk. Pada musim panas 52 SM, beberapa pertempuran berlaku antara pasukan berkuda kalavari, dengan Caesar berjaya mengucar-kacirkan tentera Gallia. Vercingetorix memutuskan bahawa masanya belum baik bagi bertemu dalam perang besar-besaran dan berkumpul di kota Mandubii di Alesia.
Pertempuran dan pengepungan
Alesia merupakan kota atas bukit yang dikelilingi lembah sungai, dengan ciri-ciri pertahanan yang kukuh. Serangan langsung merupakan bunuh diri, Caesar memutuskan untuk kepungan, dengan harapan memaksa tentera menyerah dengan kelaparan. Mengambil kira terdapat 80,000 orang di Alesia, bersama dengan penduduk awam tempatan, ianya tidak mengambil masa yang lama. Untuk menjamin kepongan yang sempurna, Caesar memerintah pembinaan set kubu kepongan, dikenali sebagai circumvallation, sekeliling Alesia. Perincian kerja kejuruteraan ini diketahui berdasarkan Commentaries Caesar dan pencarigalian arkhaeologikal dilapangan tersebut. Sekitar 18 kilometre kubu setinggi 4 dibina dalam tempoh hanya tiga minggu. Garis ini diikuti pula dengan dua, paris seluas empat setengah meter, dan sedalam satu setengah meter. Parit berhampiran dengan kubu diisi dengan air dari sungai sekeliling. Ini merupakan kajayaan kejuruteraan utama, tetapi bukannya perkara baru bagi orang yang sebagai curule aedile, pegawai dilantik bagi bandar Romawi, yang pernah melengcungkan sungai Tiber kedalam Circus Maximus untuk perperangan laut olok-olok, sebagai bentuk hiburan awam. Kubu ini disokong pula dengan perangkap manusia dan lubang dalam di hadapan parit, dan menara peninjau didirikan berjarak tetap dilengkapi dengan artilleri Romawi.
Pasukan berkuda Vercingetorix sering menyerang kerja pembinaan sebagai usaha menghalang pengepungan sepenuhnya. Pasukan cavalry sokongan Jerman sekali lagi terbukti berguna dan menghalang musuh. Setelah dua minggu pembinaan, sepasukan cavalry Gallia berjaya meloloskan diri melalui bahagian yang belum siap di bina. Menjangkakan pasukan penyelamat akan dihantar, Caesar memerintah pembinaan garis pertahanan kedua, contravallation, menghadap keluar dan mengelilingi tenteranya antara set dinding pertahanan pertama dengan set dinding pertahanan kedua. Garisan kedua serupa dengan yang pertama dari segi reka bentuk dan memanjang sejauh 21 kilometre, termasuk empat kem cavalry. Set kubu pertahanan ini akan melindungi tentera Romawi apabila pasukan penyelamat Gallia tiba: mereka sekarang pengepong dan bersedia untuk dikepong.
Pada ketika ini, keadaan kehidupan di Alesia menjadi semakin teruk. Dengan 80,000 tentera dan penduduk tempatan, terlalu ramai manusia terkurung dalam plateau berebut makanan yang sedikit. Mandubii memutuskan untuk mengusir kanak-kanak dan wanita daripada (citadel), dengan harapan yntuk menyimpan makanan untuk pejuang dan berharap Caesar akan membuka ruang untuk membenarkan mereka lalu. Ini juga merupakan peluang bagi menerobos garis Romawi. Tetapi Caesar memerintahkan agar tiada apa dilakukan bagi penduduk awam ini dan kanak-kanak dan wanita dibiarkan kelaparan di tanah perantaraan antara dinding bandar dan dinding kepongan (circumvallation). Nasib buruk saudara mereka memburukkan lagi keadaan moral di dalam kota. Vercingetorix berusaha untuk meninggikan semangat, tetapi berhadapan dengan ancaman sebahagian orangnya hendak menyerah. Bagaimanapun, pasukan penyelamat sampai pada saat yang gentir ini, dengan itu mengukuhkan kembali azam mereka yang terkepong untuk terus menentang dan berjuang untuk hari lain.
Pada akhir bulan September, suku Gallia di bawah pemerintahan Commius, menyerang dinding contravallation Caesar. Vercingetorix turut mengarahkan serangan secara serentak dari sebelah dalam. Tiada satupun cubaan ini yang berjaya dan menjelang matahari terbenam pertempuran berhenti. Pada keesokan harinya, serangan Gallia dilakukan pada waktu malam. Kali ini mereka lebih berjaya dan Caesar terpaksa melepaskan sebahagian garis kubu pertahanannya. Hanya tindak pantas pasukan berkuda di bawah pemerintahan Marcus Antonius dan Gaius Trebonius yang menyelamatkan keadaan. Dinding sebelah dalam juga diserang, tetapi kehadiran parit, yang terpaksa dikambus oleh pengikut Vercingetorix, melewatkan mereka, dengan itu menghalang kejutan. Pada masa ini, keadaan tentera Romawi juga terdesak. Mereka sendiri terkepong, makanan terpaksa dicatu dan tenteranya hampir keletihan.
Pada keesokkan harinya, 2 Oktober, Vercassivellaunus, sepupu Vercengetorix, melancarkan serangan besar-besaran dengan 60,000 orang, menumpu pada kelemahan di kubu pertahanan Romawi (the open circle in the figure). yang cuba disembunyikan Caesar, tetapi telah dijumpai oleh Gallia. Kawasan tersebut merupakan zon dengan halangan semulajadi dimana dinding berterusan tidak dapat di bina. Serangan dilakukan bersama pasukan Vercingetorix yang mendesak dari setiap sudut dari arah kubu pertahanan dalam. Caesar mempercayai displin dan keberanian tenteranya dan mengeluarkan perintah bagi mengekalkan garisan pertahanan. Dia sendiri menunggang sekeliling perimeter menaikkan semangat legionarienya. Pasukan berkuda Labienus dihantar bagi menyokong pertahanan kawasan di mana garis pertahanan ditembusi. Dengan tekanan meningkat, Caesar terpaksa menyerang balas serangdan bahagian dalam dan berjaya menolak kembali orang-orang Vercingetorix. Pada masa ini bahagian yang dipertahankan oleh Labienus hampur roboh. Caesar memutuskan untuk tindakan nekad dan membawa 13 cohort pasukan berkuda (sekitar 6,000 orang) untuk menyerang pasukan bantuan 60,000 dari belakang. Tindakan ini mengejutkan kedua-dua penyerang dan yang bertahan. Melihat ketua mereka mengambil risiko sedemikian, orang-orang Labienus menggandakan usaha mereka dan suku Gallia menjadi panik dan cuba berundur. Sebagaimana contoh lain dalam pertempuran silam, tentera yang berundur dalam keadaan kucar-kacir menjadi mangsa mudah bagi pengejar Romawi yang berdisplin. suku Gallia yang berundur disembelih, dan Caesar dalam Commentaries menulis bahawa hanya keletihan orang-orangnya semata-mata yang menyelamatkan suku Gallia dari dihapuskan sepenuhnya.
Di Alesia, Vercingetorix melihat kekalahan pasukan pembantunya. Berhadapan dengan kelaparan dan moral yang rendah, dia terpaksa menyerah tanpa pertempuran akhir. Pada hari berikutnya, pemimpin Gallia dengan megah menyerahkan senjatanya kepada Julius Caesar, mengakhiri pengepungan Alesia.
Selepasnya
Alesia terbukti mengakhiri terbukti mengakhiri penentangan tersusun dan menyeluruh terhadap penjajahan Romawi di Gallia. Negara tersebut ditundukkan, menjadi jajahan Romawi dan akhirnya dibahagi-bahagikan kepada beberapa bahagian pentakbiran yang lebih kecil. Tidak sehingga abad ke 3 satu lagi pergerakan kearah kemerdekaan berlaku (lihat Empire Gallia). Pasukan di Alesia dijadikan tawanan termasuk juga tentera penyelamat yang terselamat. Mereka samaada dijual sebagai hamba atau diserahkan kepada legionarie Caesar, kecuali ahli suku Aedui dan Averni, yang dibebaskan dan diampunkan untuk mengekalkan persekutuan Romawi dengan suku penting ini.
Bagi Caesar, Alesia merupakan kejayaan tersendiri yang besar, kedua-dua dari segi ketenteraan dan politik. Senate diperalatkan oleh Cato dan Pompey mengistiharkan 20 hari kesyukuran (thanksgiving) untuk kejayaan ini, tetapi mengenepikan penghormatan bagi Caesar untuk menyambut perarakan kemenangan Romawi, kemuncak bagi kerjaya sebarang jeneral. Ketegangan politik meningkat, dan dua tahun kemudian, pada 50 SM, Caesar menyeberangi Rubicon, yang memulakan perang saudara Republik Romawi pada 49–45 SM, yang dimenanginya. Setelah dilantik sebagai consul, untuk setiap tahun semasa perang, dan dilantik sebagai diktator Romawi sementara beberapa kali, dia akhirnya dijadikan dictator perpetuus (diktator seumur hidup), oleh senet Romawi pada tahun 44 SM. Penghormatan dan kuasanya yang sentiasa meningkat melemahkan tradisi yang merupakan batu asas republik Romawi, dan mendorong kepada berakhirnya Republik Romawi dan permulaan Empire Romawi.
Komander pasukan berkuda Caesar mengikut beberapa haluan. Labienus menyokong Optimates ("orang baik"), the conservative aristocratic faction in the civil war, dan terbunuh dalam Pertempuran Munda pada tahun 45 SM. Trebonius, salah seorang leftenan Caesar yang paling dipercayai, dilantik sebagai consul, oleh Caesar, pada tahun 45 SM, dan salah seorang senator yang terbabit dalam pembunuhan Caesar pada Ides of March (15 March 44 SM, Dia sendiri dibunuh setahun berikutnya. Antonius kekal sebagai penyokong setia Caesar. Dia dijadikan timbalan Caesar, sebagai Tuan Kuda (Master of the Horse), dan ditugaskan di Itali kebanyakan masa semasa perang saudara. Pada tahun 44 SM dia dilantik sebagai rakan consular Caesar. Setelah pembunuhan Caesar, Antonius mengejar pembunuh Caesar dan bertanding untuk kuasa teragung dengan Octavian (kemudiannya menjadi Caesar Augustus), pertamanya membentuk perikatan dengan Octavian (dan Marcus Aemilius Lepidus) dalam Triumvirate Kedua, kemudain setelah dikalahkan olehnya dalam Pertempuran Actium pada tahun 31 SM. Bersama sekutunya dan kekasihnya ratu Cleopatra, dia lari ke Mesir, di mana mereka membunuh diri, pada tahun berikutnya.
Vercingetorix dijadikan tahanan dan dilayan dengan penghormatan di raja selama lima tahun berikutnya, sementara menunggu dipamirkan pada majlis kemenangan Caesar. Sebagaimana tradisi untuk ketua musuh yang ditawan dan diarak, pada akhir perarakan kemenangan, dia dibawa ke Tullianum (juga dikenali sebagai Penjara Mamertine) dan dicekik sampai mati.
Isu dalam lakunan semula sejarah kejadian tersebut
Selama beberapa tahun, lokasi sebenarnya pertempuran tidak diketahui. Teori berlawanan mulanya menumpu kepada dua bandar, Alaise di Franche-Comté dan Alise-Sainte-Reine di Côte-d'Or. Maharaja Napoleon III dari Perancis menyokong calon kedua dan semasa 1860an mebiayai carigali yang membongkar bukti yang menyokong kehadiran camp Romawi di kawasan tersebut. Dia kemudiannya mendirikan patung Vercingetorix di puing yang baru ditemui. Bagaimanapun, ketidakpastian kekal. Malah, mukabumi Alise-Sainte-Reine tidak menyamai gambaran Caesar. Sebagai contoh, tapak tersebut terlalu kecil untuk menempatkan 80,000 orang infantari Gallia, 10,000+ pasukan berkuda dan penduduk. Teori baru menyokong lokasi pertempuran di Chaux-des-Crotenay di pintu masuk pergunungan Jura. Penyelidikan awal di Chaux-de-Crotenay menghasilkan sistem pertahanan Romawi lengkap yang serupa dengan gambaran Caesar ditapak tersebut. Bagaimanapun, penyelidikan arkhaelogikal diperlukan bagi mengesahkan dengan tepat lokasi Alesia.
Jumlah tepat mengenai saiz tentera yang terbabit, dan jumlah korban, sukar diketahui. Jumlah sedemikian sentiasa merupakan senjata propaganda, dan perlu disyaki. Caesar, dalam De Bello Galliaonya, merujuk kepada tentera bantuan Gallia sebagai suku juta, kemungkinannya diperbesarkan bagi meningkatkan kemenangannya. Malangnya, rekod tunggal mengenai perkara tersebut datangnya dari Romawi dan dianggap berat sebelah. Ahli sejarah moden biasanya mempercayai jumlah antara 80,000–100,000 orang adalah lebih dipercayai. Fakta yang diketahui adalah setiap tentera dalam legion Caesar mendapat seorang Gallia sebagai hamba, yang bererti sekurang-kurangnya 40,000 tahanan, kebanyakkannya dari pasukan yang dikepong. Pasukan penyelamat kemungkinannya mengalami kerugian besar, sebagaimana tentera lain yang hilang kawalan perang dan berundur sambil diserang pasukan berkuda Romawi.
Rujukan
- J.F.C. Fuller, Julius Caesar: Man, Soldier, and Tyrant, Da Capo Press, 1991, ISBN 0306804220
- Julius Caesar (sek. 45 SM), Commentaries on the Gallic Wars, Harvard University Press. ISBN 0674990803
- Tersedia online, eg: Terjemahan Inggris oleh W. A. McDevitte and W. S. Bohn (1869)
- Adrian Goldsworthy (2002) Roman Warfare. Cassell. ISBN 0304362654
- Account of the battle and surrounding events (diperoleh akhir November 2005)
- Livius.org account of the battle (diperoleh akhir November 2005)