Anwar Sadat
Anwar Sadat
Anwar Sadat lahir (25 Desember 1918 -6 Oktober 1981) merupakan ahli politik Mesir dan Presiden Mesir dari 1970 sehingga 1981. Anwar Sadat telah terbabit dalam rampasan kuasa yang menggulingkan Raja Farouk I. Pada tahun 1969, selepas menjawat banyak jawatan dalam kerajaan Mesir, dia dilantik menjadi timbalan presiden kepada rakannya Gamal Abdel Nasser. Apabila Nasser meninggal pada tahun berikutnya, Anwar Sadat menjadi Presiden.
Pada tahun 1973, Anwar Sadat, bersama dengan Syria, mengetuai Egypt dalam Peperangan Yom Kippur dengan Israil, untuk mengambil kembali sebahagian daripada semenanjung Sinai, yang ditakluk oleh Israil ketika Peperangan Terusan Suez 1956 dan dalam Perperangan Enam Hari. Kemenangan Anwar Sadat berjaya menaikan moral rakyat Mesir, membina asas untuk perjanjian damai beberapa tahun berikutnya.
Pada tahun 1977, Anwar Sadat melawat Jerusalem diatas undangan Perdana Menteri Israil, Menachem Begin yang merupakan permulaan perbincangan perdamaian antara Israel dan Mesir. Pada tahun 1978, terhasillah Perjanjian Damai Kem David, yang mana Anwar Sadat dan Menachem Begin menerima Hadiah Keamanan Nobel. Bagaimanapun tindakan ini ditentang hebat oleh dunia Arab terutamanya kumpulan radikal Muslim. Ramai yang percaya bahawa hanya ancaman ketenteraan dapat memaksa Israil berunding mengenai Palestine, dan Perjanjian Damai Kem David mengenepikan Mesir yang merupakan sebuah negara ketenteraan Arab yang penting daripada kemungkinan ini.
Pada September 1981, Anwar Sadat mengenakan tindakan keatas organisasi Muslim, termasuk kumpulan pelajar, dan organisasi Coptic, dengan membuat hampir 1600 tangkapan menyebabkan dia dikecam diseluruh dunia diatas tindakannya.
Pada 6 Oktober 1981, Anwar Sadat dibunuh ketika perbarisan ketenteraan oleh ahli tentera yang merupakan sebahagian daripada Jihad Islam Mesir yang menentang perjanjiannya dengan Israil dan juga tindakan kejamnya dalam tindakan bulan September. Anwar Sadat diganti oleh timbalannya Hosni Mubarak (seorang juruterbang), yang selepas pembunuhan Anwar Sadat telah membuat tangkapan, penyiksaan, dan tahanan tanpa perbicaraan dalam usaha untuk menghapuskan kumpulan radikal Islam.