Bahasa Melayu Sarawak

bagian dari rumpun bahasa Austronesia

Bahasa Melayu Sarawak (Dialek Sarawak: Klakar Sarawak (Berbahasa Sarawak), Jawi: بهاس ملايو سراوق) merupakan logat Melayu yang dipertuturkan oleh suku melayu di Negara Bagian Sarawak, Malaysia (Kecuali di kawasan Limbang serta Lawas yang menuturkan Bahasa Melayu Brunei). Bahasa ini juga berperanan sebagai Lingua Franca di Sarawak. Ia banyak dipengaruhi oleh Bahasa Dayak, Bahasa Iban, Bahasa Banjar, Bahasa Jawa, serta Bahasa-Bahasa yang dipertuturkan di Filipina. Bahasa ini mempunyai persamaan dengan Bahasa Melayu Brunei serta Bahasa Melayu Pontianak yang dipertuturkan di kawasan berhampiran, berbanding dengan Bahasa Melayu Basahan yang digunakan di Semenanjung Malaya.

Bahasa Melayu Sarawak
بهاس ملايو سراوق
Dituturkan diMalaysia
WilayahSarawak
Penutur
500.000 - 600.000 penutur asli
total 2.4 juta
Kode bahasa
ISO 639-3
 Portal Bahasa
L • B • PW   
Sunting kotak info  Lihat butir Wikidata  Info templat

Bahasa Melayu Sarawak boleh dibahagikan kepada beberapa sub-dialek, antaranya Dialek Kuching, Miri, Sri Aman, Kota Samarahan, Bintulu dan Sibu. Bahasa Melayu yang dipetuturkan di Kuching yang terletak di selatan Sarawak berkerabat dengan Bahasa Melayu Memperawah, Sambas, serta Pontianak, manakala dialek Miri yang berada di utara Sarawak mempunyai pengaruh Bahasa Melayu Brunei berikutan kedudukan geografis di perbatasan Negara Brunei Darussalam.

Seperti Bahasa Melayu Pontianak, pengucapan R digunakan dalam Bahasa Melayu Sarawak disebut GH yang berpangkal daripada huruf 'غ' ghain.

Contoh perbedaan perkataan

 
Negara Bagian Sarawak.

Antara perbedaan perkataan antara Bahasa Melayu standar dan bahasa Melayu Sarawak:

Bahasa Melayu Sarawak Bahasa Melayu Standar
Kamek Saya
Kitak Kamu
Nya Dia
Aok/Auk Iya
Sik Tidak/Tak
Sik Ada Tidak Ada
Kenak Kenapa
Sitok Sini
Sinun Sana
Sia Sine
Ne Mana
Madah Mengadu / Beritahu
Kelakar Berbicara / berbincang
Sidaknya Mereka
Sidak Orang
Empun Punya
Kinektok Sekarang
Dudi Kemudian
Ya Itu
Ari Marek Kemarin
Ari Ya Hari Itu
Mbiak/Biak/Miak Anak
Bulak Bohong

Contoh perbedaan kalimat

Bahasa Melayu Sarawak Bahasa Melayu Standar
Sine rumah kitak? Di manakah rumah kamu?
Nak ne rumah kitak? Yang mana satu rumah kamu?
Kamek dari Kuching. Saya dari Kuching.
Nya tetak nangga Awang gugok/terusuk ke dalam parit. Dia ketawa apabila melihat Awang terjatuh ke dalam parit.
Pusak tok kamek empun/mpun! Kucing ini milik saya!
Kamek sik kerja hari tok. Saya tidak bekerja hari ini.
Nenek kamek polah bubur Nenek saya membuat bubur

Pranala luar