Nad Tatrou sa blýska

salah satu lagu kebangsaan

Nad Tatrou sa blýska (Halilintar di atas Tatra) adalah lagu kebangsaan Slovakia.

Lirik digubah oleh Janko Matúška pada tahun 1844 semasa kampanye demonstrasi besar-besaran oleh para pelajar pada tahun itu. Melodinya diambil dari sebuah lagu rakyat. Lagu Nad Tatrou sa blýska ini menjadi populer semasa kampanye Sukarelawan Slovak 1848/1849.

Pada tahun 1920, bait pertama lagu ini menjadi bahagian dari lagu kebangsaan Cekoslovakia. Sewaktu Slovakia memisahkan diri dari Cekoslovakia, pada 1993, dua bait pertama lagu ini menjadi lagu kebangsaan negara Slovakia yang merdeka.

Lirik

Nad Tatrou sa blýska
hromy divo bijú.
Zastavme ich bratia,
ved' sa ony stratia,
Slováci ožijú.

To Slovensko naše
posiaľ tvrdo spalo.
Ale blesky hromu
vzbudzujú ho k tomu,
aby sa prebralo.

Terjemahan (literal)

Sang halilintar menyambar di atas Tatra,
Dentuman guruh membunyi dengan ganas
Saudara semua mari kita hentikan mereka,
(kamu akan lihat bahawa) mereka akan lenyap,
Bangsa Slovak akan pulih.

Slovakia kami
Sudah lama terlena
Tetapi dentuman guruh
telah memberinya semangat
untuk bangkit.

Lihat pula