USS Maine (ACR-1)

Revisi sejak 1 Mei 2009 16.41 oleh SieBot (bicara | kontrib) (bot Menambah: zh:缅因号战舰)
USS Maine
Karier (US)
Dipesan3 Agustus 1886
Mulai dibuat 17 Oktober 1888
Diluncurkan 18 November 1889
Harga Unit -
Ditugaskan17 September 1895
Status Tenggelam karena ledakan pada 15 Februari 1898
Karakteristik umum
Berat benaman 6,682 tons
Panjang 319 ft (97 m)
Lebar 57 ft (17.4 m)
Draft22 ft (6.7 m)
Kecepatan 17 knots (31 km/h)
Awak kapal 374 perwira dan ABK
Persenjataan4 × 10 in (250 mm) guns
6 × 6 in (150 mm) guns
7 × 6 pounders (3 kg)
8 × 1 pounders (0.5 kg)
4 × 14 in (350 mm) surface torpedo tubes

Kapal USS Maine (ACR 1) yang pertama merupakan kapal perang kelas kedua Amerika Serikat seberat 6682 ton, yang pada asalnya telah ditetapkan sebagai Kruiser Berperisai (Armored Cruiser) #1. Pihak Kongres meluluskan pembinaannya pada 3 Agustus 1886, dan lunasnya telah diletakkan pada 17 Oktober 1888, di New York Navy Yard. USSMaine telah dilancarkan pada 18 November, 1889 diresmikan oleh Miss Alice Tracey Wilmerding, dan ditauliahkan pada 17 September 1895, di bawah pemerintahan Kapten AS Crowninshield.

Kerjaya aktifnya dihabiskan beroperasi di sepanjang persisiran pantai timur AS dan di kawasan Karibia. Pada Januari 1898, USS Maine telah hantar ke Havana, Kuba, untuk melindungi kepentingan Amerika Serikat ketika kekacauan sipil dan kebangkitan penduduk tempatan. Tiga minggu kemudian, pada 9:40 petang 15 Februari, satu letupan yang dashyat pada Maine memecah kesunyian di pelabuhan Havana. Penyiasatan kemudiannya mendedahkan bahawa lebih dari lima tan ubat bedil untuk meriam enam inci dan sepuluh incinya meledak, hampir mehapuskan satu per tiga bahagian hadapan kapal. Baki kapal terbenam pada dasar pelabuhan. Kebanyakan kakitangan Maine sedang berehat atau tidur di kuarter di bahagian hadapan kapal apabila letupan berlaku. Dua ratus dan enam puluh enam orang kehilangan nyawa mereka akibat daripada kecelakaan: 260 tewas di dalam letupan atau seketika sejurus selepas itu, dan enam orang lagi mati akibat dari kecederaan. Kapten Sigsbee dan kebanyakan dari pegawainya terselamat kerana tempat tinggal mereka berada di bahagian buritan kapal. Pada 28 Maret, Badan Pneyiasatan Mahkamah Navy Amerika Serikat merumuskan bahawa letupan itu disebabkan oleh periuk api tentera laut.

Tragedi ini merupakan satu pencetus Perang Amerika-Spanyol yang bermula pada April 1898. Pada ketika itu, ia telah digunakan sebagai alasan untuk mencetuskan peperangan oleh mereka yang telah telahpun cenderung untuk berperang dengan Spanyol. Pada 1976, Admiral Hyman Rickover daripada Navy Amerika Serikat menyiarkan suatu keputusan penyiasatan yang memutuskan bahawa tragedi ini disebabkan secara sendiri, kemungkinannya hasil dari satu kebakaran di tempat arang batu. Sebahagian pakar sejarah telah mempertikaikan jumpaan ini, dan menegaskan bahawa kegagalan untuk menyedari secara pembakaran semulajadi di bunker arang batu adalah tidak mungkin. Orang lain pula menegaskan bahawa Maine merupakan mangsa sabotaj atau korban untuk membakar pendapat umum menentang Sepanyol.

Pada 5 Agustus, 1910, pihak Kongres telah meluluskan pengapungan semula Maine. Pada 2 Februari, 1912, Maine telah diapungkan di bawah penyeliaan Kor Jurutera Tentera dan ditunda ke laut di mana ia telah ditenggelam di kawasan air dalam di Teluk Meksiko pada 16 March, 1912, dengan penghormatan tentera dan istiadat yang bersesuaian.

Terdapat satu tugu peringatan untuk mereka yang mati di Perkuburan Kebangsaan Arlington "Arlington National Cemetery".

Lihat pula

Pranala luar