Abdul Hadi bin Awang

Ahli kenegaraan Malaysia

Yang Berhormat Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Jawi: حاج عبد ﺍﻟﻬﺎدي اوڠ, lahir 20 Oktober 1947) merupakan Presiden Partai Islam Se-Malaysia dan mantan Menteri Besar Terengganu (1999-2004).[1]

Yang Berhormat Tuan Guru Datuk Seri
Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
Mulai menjabat
14 September 2003
Anggota Parlemen
dapil P37 Rusila, Terengganu
Mulai menjabat
8 Maret 2008
Mayoritas163
Anggota Majelis Terengganu
dapil N20 Rhu Rendang
Mulai menjabat
8 Maret 2008
Mayoritas1,435
Menteri Besar Trengganu
Masa jabatan
1999–2004
Sebelum
Pendahulu
Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad
Pengganti
Idris Jusoh
Sebelum
Informasi pribadi
Lahir20 Oktober 1947
Terengganu Marang, Terengganu
Partai politikborder|25px| PAS - Pakatan Rakyat
Anak14 orang
PekerjaanPolitikus
Facebook: abdulhadiawang X: abdulhadiawang Instagram: abdulhadi_awang Telegram: hadiawang LinkedIn: abdulhadiawang Youtube: UCMBTQsal4FYluBB0pQpIx8Q Modifica els identificadors a Wikidata
Sunting kotak info
Sunting kotak info • L • B
Bantuan penggunaan templat ini

Kehidupan awal

Lahir pada 6 Dzulhijjah 1366H, di Kampung Rusila, Marang, Terengganu. Anak ke-5 dari 9 orang saudara. Ayahnya adalah seorang guru agama dan imam di Masjid Rusila, Marang.

Keluarga

Ia memiliki dua orang isteri yaitu Puan Hajah Zainab bt. Awang dan Dr. Norzita Taat. Dikaruniai 13 orang anak. Dengan istri pertamanya memiliki 11 orang anak sedangkan dengan istri kedua, ia memiliki 3 orang anak. Anak sulung berusia 22 tahun dan kini belajar di Universitas Iman, Yaman.

Pendidikan

Beliau diberi pendidikan awal daripada ayahnya sendiri pada usia kecil. Mula belajar di Sekolah Kebangsaan Rusila, Marang kemudian Sekolah Agama Marang dan seterusnya mengambil aliran Sanawi di Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin (Sma(a)sza), Kuala Terengganu. Di samping itu beliau belajar agama, Bahasa Arab serta politik dari ayah sendiri iaitu Tuan Guru Haji Awang Muhamad. Melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah dengan biasiswa dari Kerajaan Arab Saudi dari tahun 1969 - 1973, tamat dengan B.A. (Syariah). Melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Azhar ke peringkat M.A. (Siasah Syariyyah) dan berjaya menamatkannya hanya dalam masa 2 tahun (1974 - 1975).[2]

Politik dan NGO

Beliau menjadi Ketua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Terengganu (1977-1978). Pada 1982,apabila Presiden ABIM, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan ABIM dan menyertai UMNO, Abdul Hadi menyertai PAS bersama Ustaz Fadhil Noor.

Sebenarnya Abdul Hadi mula aktif sejak tahun 1964 iaitu semasa belajar lagi sebagai Setiausaha Ranting (sekarang cawangan) PAS Kampung Rusila, Marang. Pada 1976, setelah tamat belajar dan pulang ke tanah air dilantik menjadi Ketua Pemuda PAS Terengganu serta EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat. Pada tahun 1977 dipilih menjadi Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan kemudiannya disahkan ke jawatan tersebut pada tahun 1980. Pada tahun 1989 di pilih menjadi Timbalan Presiden PAS setelah Dato' Fadzil Mohd Noor dipilih menjadi Presiden PAS.

Pilihan raya

Mula menyertai pilihan raya sebaik sahaja pulang ke tanah air pada tahun 1978 di DUN Marang dan kalah di tangan Tengku Zahid Musa dengan majoriti 68 undi. Pada tahun 1982 diamanahkan sekali lagi menjadi calon PAS di DUN Marang dan Parlimen Dungun. Menang di DUN Marang tetapi kalah di Parlimen Dungun di tangan Haji Awang Jabar. Pada tahun 1986, bertanding DUN Rhu Rendang dan menang tetapi kalah di Parlimen Marang di tangan Abdul Rahman Bakar. Pada tahun 1990 menang di DUN Rhu Rendang dan Parlimen Marang. Begitu juga tahun 1995, menang di DUN Rhu Rendang dan Parlimen Marang.

Antarabangsa

Mula terlibat di peringkat antarabangsa di Madinah apabila menjadi Ketua Pelajar Malaysia Universiti Islam Madinah di samping menjadi Setiausaha Agung Gabungan Pelajar-pelajar Asia Tenggara di Madinah. Semasa di Asia Barat, beliau aktif bersama Gerakan Ikhwanul Muslimin bersama Dr. Said Hawa, Profesor Muhamad Al Wakeel serta Dr. Abdul Satar Al Khudsi. Di Mesir pula, beliau menjadi Setiausaha Seksyen Syariah dan Undang-undang Persatuan Melayu Republik Aram Mesir.

Sebagai pemimpin kanan PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang banyak terlibat di peringkat antarabangsa samada gerakan Islam atau gerakan rakyat.

Antaranya :-

  1. Ahli Penyelaras Sekretariat Parti-parti Islam Sedunia yang berpusat di [[Istanbul, Turki.
  2. Ahli Sekretariat Perjuangan Rakyat mempertahankan Baitul Maqdis yang berpusat di Amman, Jordan.
  3. Ahli Majma' Taqrir di kalangan mazhab-mazhab Islam yang berpusat di Tehran, Iran.
  4. Ahli deligasi ahli Parlimen parti-parti Islam yang dipimpin oleh Dr. Necmetin Erbakan, bekas Perdana Menteri Turki menemui Setiausaha Agung PBB, Butros Butros Ghali serta menemui Ahli Senat Amerika Syarikat.
  5. Menyertai delegasi ahli-ahli Parlimen Parti Islam melawat Eropah yang diketuai oleh Dr. Erbakan.
  6. Menyertai delegasi pemipin parti Islam seluruh dunia menemui raja-raja serta presiden negara-negara Asia Barat sebelum Perang Teluk.
  7. Mengiringi Presiden PAS, Dato' Fadzil Mohd Noor bersama delegasi pemimpin Jerman Islam seluruh dunia untuk mendamaikan kumpulan-kumpulan Mujahidin Afghanistan.

Kerjaya

Kerajaan

  • Menjadi Pegawai Yayasan Islam Terengganu setelah tamat belajar 1977 - 1978.
  • Menjadi Menteri Besar negeri Terengganu semasa tahun 1999-2004

Badan bukan kerajaan

  • Menjadi Ketua Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Negeri Terengganu 1977 - 1978.[2]

Hasil penulisan

  1. Bagaimana Islam memerintah negara: PTS; 2009.
  2. Islam adil untuk semua : PTS Islamika, c2009.
  3. Fahaman & ideologi umat Islam : PTS Islamika, 2008.
  4. Takwa : takut tetapi rindu : PTS Publications, 2008.
  5. Beriman kepada qadak & qadar : PTS Publications & Distributors, 2008
  6. Beriman kepada hari akhirat : PTS Islamika, 2008.
  7. Beriman kepada Malaikat & kitab : PTS Islamika, 2007.
  8. Beriman kepada Rasul : PTS Publications, 2007.
  9. Beriman kepada Allah : PTS Islamika ; 2007.
  10. Inilah akidah muslim; PTS publications, 2007.
  11. Islam & demokrasi: PTS Islamika, 2007.
  12. Ramadan : tetamu yang dirindui: PTS Islamika, 2007.
  13. At-Tibyan dalam mentafsirkan Al-Qur'an : surah Al-Hasyr (Pengusiran) & Al-Fil (Gajah): As-Syabab Media, 2002.
  14. Surah al-Hujurat (bilik-bilik): As-Syabab Media, 2002.
  15. Muqaddimah aqidah al-Muslimin : Pustaka Aman Press, 1988.
  16. Jika Islam mentadbir : wawancara wartawan U.P.I., Paul Wedel dengan Abdul Hadi Awang : Penerbitan Gedung Ummah, 1984
  17. Taktik & Strategi Berpolitik Gaya Khulafa ar-Rasyidin

Rujukan

  1. ^ "Latar Belakang". Diakses tanggal 5 September 2011. 
  2. ^ a b Hooker, Virginia Matheson. Malaysia: Islam, society and politics. Diakses tanggal 5 Septemvber 2011. In his early childhood, Hadi Awang was taught by his own father 

Pautan luar

Templat:Kotak Jawatan
Templat:Kotak Jawatan