Singapura

negara di Asia Tenggara
Revisi sejak 28 Agustus 2004 14.01 oleh Yosri (bicara | kontrib) (Ada yang menyunting laman ''Singapura'' di Wiki Melayu ke bahasa Indonesia.)

Republik Singapura (Bahasa Cina 新加坡共和国, Xīnjīapō Gònghégúo; Bahasa Inggris Republic of Singapore; Bahasa Tamil சிங்கப்பூர் குடியரசு, Cingkappūr Kudiyaracu), adalah negara pulau di Asia Tenggara, terletak di sebelah selatan Semenanjung Malakka, sebelah selatan negeri bagian Johor, Malaysia dan sebelah utara kepulauan Riau Indonesia.

新加坡共和国
Republik Singapura
சிங்கப்பூர் குடியரசு
Republic of Singapore

Bendera Singapura Lambang_Singapura
Motto: Majulah Singapura
Berkas:Lokasi Singapura.png
Bahasa ResmiBahasa Inggris, Bahasa China,
Bahasa Melayu dan Bahasa Tamil
Bahasa KebangsaanBahasa Melayu
IbukotaSingapura kota
PresidenS. R. Nathan
Perdana MenteriGoh Chok Tong
Wilayah
 - Total
 - % Air
urutan ke 174
692.7 km²
1.444%
Penduduk
 - Total (Juli 2003)
 - Kepadatan
urutan ke 115
4,608,595
6751/km²

GDP
 - Total (2001)

 - GDP/kapita


$106.3 milyar


$23,872.99
Kemerdekaan
 - Tanggal
Dari Malaysia
9Agustus 1965
Mata UangSingapore Dollar (S$, SGD)
Zona WaktuUTC +8
Lagu KebangsaanMajulah Singapura
Internet TLD.SG
Kode Negara65



Singapura adalah negara kecil yang amat makmur. Model pemerintahannya berdasarkan model pemerintahan Britania Raya


Berkas:Peta Singapura.jpg
Peta Singapura


Republik Singapura (Cina 新加坡共和国, Xīnjīapō Gònghéguó; Tamil சிங்கப்பூர் குடியரசு, Cingkappūr Kudiyarasu; Inggeris Republic of Singapore), adalah sebuah negara di Asia Tenggara yang terletak di penghujung Semenanjung Malaysia, berhampiran dengan Negeri Johor Darul Takzim (Malaysia) dan Kepulauan Riau (Indonesia).

Negara yang seluas 692.7 km persegi ini mempunyai penduduk yang berjumlah 4.16 juta, terdiri daripada bangsa Cina (76.8%); Melayu (13.9%); India (7.9%) dan lain-lain (1.4%).

Bahasa-bahasa yang digunakan di Singapura adalah Inggeris (rasmi dan perantaraan), Melayu (bahasa kebangsaan), Cina (Mandarin) dan India (Tamil).

Sejarah

Untuk rencana lanjutan, lihat Sejarah Singapura

Sejarah Singapura bermula pada kurun ke-14 Masehi. Pada masa itu, Singapura dikenal sebagai Temasek, salah satu pelabuhan dan bandar terpenting di rantau Nusantara. Ia berada di bawah pemerintahan kerajaan Sriwijaya yang pada masa itu sedang mengalami kemunduran.

Selepas hilangnya kuasa Sri Vijaya ke atas Temasek, ia dituntut oleh kerajaan Majapahit dan kerajaan Ayuthia (Siam). Namun kubu pertahanan bandar tersebut berhasil menghalang seranagan Siam. Pada waktu itu juga, nama Temasek berubah menjadi Singha Pura, atau "Bandar Singa" dalah bahasa Sanskrit.

Inggris tiba di Singapura pada tahun 1819 Sir Thomas Stamford Raffles menetapkannya sebagai sebuah pusat perdagangan.

Dari kurun 19 hingga 20, Singapura merupakan jajahan Inggris dan menjadi salah satu anggota Negeri-Negeri Selat (Straits Settlements) bersama Pulau Pinang dan Melaka.

Singapura berada di bawah penjajahan Jepang pada tahun 1942 sampai dengan 1945 yaitu pada saat Inggris kalah perang pada Perang Dunia II. Singapura dikembalikan kepada kerajaan Inggris pada akhir Perang Dunia. Dan pada tahun 1959 diberi hak untuk memerintah secara sendiri. Pada September 1963, Singapura menganggotai Persekutuan Malaysia tetapi berpisah dua tahun kemudian. Pada tanggal 9 Agustus 1965, Singapura merdeka dan didirikan sebagai negara replublik.

Singapura membangun dengan pesat dan menjadi sebuah negara yang berjaya dari segi ekonomi. Ia mempunyai perhubungan dagang yang kuat, sebuah perlabuhan yang sibuk, dan GDP per kapita yang setanding dengan negara-negara di Eropah Barat.

Politik

Untuk rencana lanjutan, lihat Politik di Singapura

Perlembagaan Singapura berdasarkan sistem Westminster karana Singapura merupakan bekas jajahan Inggris. Jabatan Presiden adalah simbolik dan kekuasaan pemerintahan berada di tangan perdana menteri yang merupakan ketua partai politik yang memiliki kedudukan mayoritas di parlemen.

Arena politik dikuasai oleh Partai Tindakan Rakyat (PAP) yang telah memerintah sejak Singapura merdeka. Pemerintah PAP sering dikatakan memperkenalkan undang-undang yang tidak memberi kesempatan tumbuhnya penumbuhan partai-partai pembangkang yang efektif. Cara pemerintahan PAP dikatakan lebih cenderung kepada authoritarian daripada demokrasi yang sebenarnya. Namun, cara pemerintahan tersebut berhasil menjadikan Singapura sebuah negara yang maju, bebas daripada rasuah dan memiliki pasaran ekonomi yang terbuka. Para ahli politik menganggap Singapura sebuah negara yang berfahaman 'Demokrasi Sosialis'.

Ekonomi

Untuk rencana lanjutan, lihat Ekonomi Singapura

Singapura memiliki sebuah pasaran ekonomi yang maju dan terbuka, dengan GDP (Gross Domestic Product) per kapita kelima tertinggi di dunia. Bidang ekspor, perindustrian dan jasa merupakan hal yang penting dalam ekonomi Singapura. Pemerintah Singapura berhasil menetapkan simpanan uang yang tinggi dengan memperkenalkan sistem penyimpanan uang yang wajib kepada para pekerja. Lihat: Tabung Simpanan Pekerja (CPF). Singapura juga memperbaiki dan meningkatkan pendidikan dan teknologi. Era globalisasi yang terjadi pada saat ini menyebabkan Singapura lebih perhatian kepada usaha untuk menjadikan negara tersebut sebagai sebuah pusat keuangan dan teknologi dalam kawasan Asia.

Geografi

Untuk rencana lanjutan, lihat Geografii Singapura

Singapura, sebuah negara pulau sebesar 692.7 km² tercantum kepada Johor melalui sebuah Coast Way di Woodlands. Singapura juga mempunyai sebuah Jembatan kedua yang menyambung Singapura kepada kawasan Gelang Patah di Johor. Jambatan tersebut dikenal sebagai Laluan Kedua Tuas (Di Malaysia, ia dikenali sebagai 'Linkedua'). Singapura sebuah negara pulau juga memiliki beberapa pulau-pulau kecil yang lain seperti Pulau Tekong, Pulau Ubin dan Sentosa.

Demografi

Untuk rencana lanjutan, lihat Demografi Singapura

Singapura merupakan salah satu negara yang paling padat di dunia. 85% daripada rakyat Singapura tinggal di rumah susun yang disediakan oleh Dewan Pengembangan Perumahan (HDB). Sumber: Jabatan Statistik Singapura

Penduduk Singapura terdiri daripada mayoritas etnis Cina (76.8%), etnis Melayu yang merupakan penduduk asal (13.9%), dan etnis India (7.9%). Sumber: Jabatan Statistik Singapura Banci Penduduk 2000.

Bahasa-bahasa resmi adalah Inggeris, Cina Mandarin dan Tamil. Bahasa Melayu juga merupakan bahasa kebangsaan Singapura tetapi lebih bersifat simbolik; ia digunakan untuk menyanyikan lagu kebangsaan dan juga sewaktu latihan dan dalam perbarisan pasukan tentera dan polis. Pemerintah PAP lebih cenderung dengan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar (lingua franca) dan penggunaan bahasa Melayu hanya terbatas kepada kaum Melayu saja. Hanya segelintir daripada kaum Cina dan India yang fasih dalam bahasa kebangsaan (majoriti daripada mereka telah melalui masa Singapura sebelum merdeka).

Budaya

Untuk rencana lanjutan, lihat Budaya Singapura

Singapura adalah sebuah negara kecil yang didiami keturunan pendatang dari pelbagai kaum. Pada masa ini sebuah budaya "Singapura" yang unik belum berleluasa kerana tidak dapat banyak perkahwinan di antara kaum-kaum di sini. Namun, sebuah kumpulan masyarakat yang dikenali sebagai kaum Peranakan atau 'Baba' wujud akibat perkahwinan di antara masyarakat Melayu dan Cina pada masa silam. Setiap kaum di Singapura masih berpegang teguh kepada adat dan budaya masing-masing dan ini dibuktikan dengan adanya berbagai-bagai perayaan yang terdapat di Singapura seperti: Tahun Baru Cina, Hari Vesak, Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji, Deepavali, Krismas dan Tahun Baru.

Lihat juga


Pranala Luar


Lihat pula: